Darwin

Darwin

Nikmati cuaca sederhana sejuk Darwin, makanan serta budaya eklektik pesta luar, restoran tepian air, taman tropika dan kawasan seni. Kenali Darwin di Mindil Beach Markets, berlayar di Darwin Harbour dan pelajari sejarah wilayah ini di muzium. Darwin merupakan laluan ke Litchfield National Park, Tiwi Islands, Kakadu dan Arnhem Land serta perjalanan merentasi benua seperti Ghan, Explorers Highway dan Savannah Way.

Sediakan diri untuk pengembaraan di ibu kota Wilayah Utara. Bahagian dunia yang menarik dan unik, Top End kaya dengan budaya Orang Asli dan keindahan alam semula jadi. Wilayah ini bukan sahaja mempunyai hidupan liar paling menakjubkan di dunia, tetapi bahagian bandar wilayah ini juga menawarkan pelbagai restoran yang hebat, berkelas dan penginapan mewah untuk para pengunjung.

Nikmati udara nyaman di Darwin dan rasalah pelbagai hidangan dan budaya di festival dan pasar luar bangunan di bandaraya ini. Kemudian jelajahi sejarah dramatik kawasan ini – daripada serangan udara Perang Dunia II hingga ke Cyclone Tracey – di muzium dan galeri. Belayar di pelabuhan Darwin ketika matahari terbenam, belayar di sebelah buaya dan meredah belukar melalui hutan monsun. Berenang di dalam lubang air yang jernih di Litchfield National Park dan kunjungi komuniti penuh warna-warni di Tiwi Island. Ibu negeri yang beriklim tropika dan cerah ini mempunyai tarikan yang segar yang susah untuk anda lepaskan.

Nikmati pengalaman terindah di Darwin yang nyaman udaranya dan terletak di pelabuhan besar di Timor Sea.  Tukar baju sut bandar anda kepada pakaian seragam tropika – baju-T dan seluar pendek – dan pergi menjelajah bandar yang meriah dan mempunyai pelbagai budaya ini.  Berjalan atau berbasikal melalui taman tropika dan lihat seni Orang asli di muzium dan alamilah kepelbagaian budaya di Mindil Beach Sunset Market.  Kunjungi Cullen Bay Marina yang bergaya dan berjalan bersama warisan di dermaga yang bersejarah.

Sebahagian besar aksi Darwin berlaku sepanjang kawasan dermaganya yang diberi nafas baru, yang dibarisi restoran, kedai, lagun berpasir dan kawasan taman. Berenang di lagun, memancing dari dermaga, makan hasil tangkapan ala alfresco dan nikmati pemandangan melewati rumah agam di kawasan dermaga ini. Anda juga boleh menjejaki sejarah kawasan ini yang kaya dalam laluan jalan kaki serta melalui karya seni awam.

Seni berada di mana-mana di Darwin, dengan pedalaman bandar raya Parap menjadi hab bagi galeri kontemporari dan Orang Asli.  Lihat masa depan seni Darwin dalam ruang seni menguja, yang mempamerkan kedua-dua seniman yang baru muncul dan sudah mantap. Menjamu mata seni Orang Asli dari seluruh Wilayah Utara dan lihat hasil kerja kontemporari yang moden dan teknologi terkini, dari pemasangan audio hinggalah ke fotografi.

Nikmati cita rasa Asia dalam seting tropika di Pasar Senja Pantai Mindil Darwin di antara bulan Mei dan Oktober. Nikmati aroma sate yang sedang dibakar dan bihun pedas di udara, di bawah lambaian pepohon kelapa kala senja. Selamat datang ke Pasar Senja Pantai Mindil Darwin – di mana anda boleh menikmati cita rasa Asia-Pasifik dan seni dan kraf setempat dalam persekitaran tropika yang panas lembap.

Di kebanyakan bahagian lain di dunia, musim dingin bermaksud anda perlu memakai pakaian berlapis-lapis dan duduk di dalam rumah. Ini tidak berlaku di Wilayah Utara Australia, apabila musim dingin dari Mei hingga Oktober adalah masa yang cukup baik untuk berpesta di luar. Berpesta berbumbungkan bintang-bintang di angkasa dalam pesta muzik Bass in the Grass Darwin. Riuh rendah bersorak untuk unta kegemaran anda dalam Piala Unta Imparja di Alice Springs. Temui rentak purba budaya Orang Asli di Pesta Garma yang termasyhur di seluruh dunia di Arnhem Land.

Litchfield National Park yang terkenal dengan kawasan hutan yang subur, air terjun menakjubkan, kolam terjun yang berkilau serta busut anai-anai yang tinggi merupakan destinasi yang semakin popular dari Darwin. Bagi mereka yang tinggal di Northern Territory, ia hanyalah satu perjalanan singkat, iaitu 2 jam dari sini. Apatah lagi disebabkan semua tarikan semula jadinya – termasuk air terjun Buley Rockhole serta Florence Tolmer dan Wangi Fallsyang mempesonakan begitu mudah dikunjungi dari jalan utama Litchfield.

Lalui Adelaide dan tanah lembap Mary River sehingga ke Taman Negara Kakadu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Di sini anda boleh meredah belukar melalui tubiran berceranggah dan hutan hujan yang subur, dan menemui harta karun bahtera batu Orang Asli Australia. Pelajari tentang sejarah peneroka Pine Creek di Wilayah tersebut dan berenang di dalam lekukan berair jernih di landskap semula jadi di Taman Negara Litchfield. Anda boleh melakukan pemanduan impian ini di jalan yang berturap sepenuhnya menggunakan kenderaan pacuan dua roda.

Mengembara dari selatan ke utara Australia menerusi perjalanan dengan kereta api yang terhebat di dunia. Mulakan perjalanan dari Adelaide dan saksikan bukit-bukau kehijauan Australia Selatan lama-kelamaan menghilang ditelan gurun yang gersang, Red Centre yang terabai dan akhir sekali keindahan tropika Bahagian Utaranya. Ataupun, anda boleh juga bermula dari Darwin, dan menyaksikan perubahan landskap ini dari utara ke selatan pula. Jelajahi pekan pedalaman Alice Springs dan Katherine yang terkenal ini semasa kereta api berhenti seketika di pekan tersebut. Lawati tapak keramat Orang Asli Australia di sekitar Alice Springs atau ambil penerbangan helikopter untuk menyaksikan Simpsons Gap dari udara.

Dari Darwin, mengembara merentasi Australia dalam satu garisan lurus ke Alice Springs dan Adelaide. Atau mengembara dalam satu garisan melengkung melalui hujung barat laut Australia sambil memandu di Savannah Way menuju ke Broome. Berkanu menyusuri Katherine Gorge dan terbang merentasi Bungle Bungles yang berbentuk sarang lebah di kawasan hutan Kimberley Australia Barat. Dari Darwin, memandu kereta di Nature’s Way ke Kakadu National Park yang tersenarai dalam Warisan Dunia kerana kepentingan budaya dan keadaan semula jadinya. Lihat Uluru, Kings Canyon dan tarikan lain di Red Centre dari pusat pedalaman di Alice Springs. Adelaide yang elegan adalah tempat asas bagi anda untuk menjelajah Barossa Valley, Flinders Ranges, Fleurieu Peninsula dan hidupan liar yang menakjubkan di Kangaroo Island.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya