Presint Seni Darwin

Presint Seni Darwin

Seni berada di mana-mana di Darwin, dengan pedalaman bandar raya Parap menjadi hab bagi galeri kontemporari dan Orang Asli.  Lihat masa depan seni Darwin dalam ruang seni menguja, yang mempamerkan kedua-dua seniman yang baru muncul dan sudah mantap. Menjamu mata seni Orang Asli dari seluruh Wilayah Utara dan lihat hasil kerja kontemporari yang moden dan teknologi terkini, dari pemasangan audio hinggalah ke fotografi.   Selepas itu, tinjau galeri-galeri lain di Darwin atau sertai rombongan untuk menerokai seni dan kraf berwarna-warni daripada Kepulauan Tiwi. 

Terletak lima minit dari pusat Darwin dengan memandu kereta, Parap merupakan tempat yang cukup sesuai untuk anda memulakan perjalanan menuju senario seni Darwin yang kaya dan pelbagai.   Galeri kontemporari ini memberi tumpuan yang lebih kepada seniman Orang Asli kontemporari, yang menggunakan bentuk baharu untuk mengungkapkan legenda Dreaming yang tidak lapuk dek zaman.  Banyak juga yang menggambarkan isu sosial dan politik semasa.  Anda juga akan melihat kerja seniman kontemporari lain, dengan pelbagai gaya dari warna air seperti dalam alam impian hinggalah ke geometri garang dan arca yang dilukis tangan. 

Anda boleh mencari seni dan kraf edisi terhad Wilayah Utara di galeri Parap yang satu lagi.  Atau saksikan gabungan kreativiti dan teknologi dalam ruang seni teknologi moden terkini yang bercirikan eksperimen dalam  audio, video, seni janaan komputer dan fotograf.   Satu lagi galeri mencari sumber karya daripada komuniti yang terpencil di seluruh gurun  Australia dan Top End, memberi gambaran keseluruhan tradisi seni berbeza di wilayah berlainan yang cukup hebat. 

Anda boleh mengetahui mengenai seni, budaya dan warisan Orang Asli di Musium dan Galeri Seni Wilayah Utara di Fannie Bay.  Pamerannya yang pelbagai merangkumi acara tahunan Telstra National Aboriginal and Torres Strait Islander Art Award, yang memberi anugerah kepada 100 kerja seni terpilih yang cemerlang. 

Galeri berkualiti di pusat Darwin merangkumi salah satu daripada usaha sama seniman Orang Asli Australia yang utama dan salah sebuah galeri seni Orang Asli milik persendirian.  Saksikan hasil kerja yang memukau dari Top End dan wilayah Utopia yang terpencil, yang terletak di Timur Laut Alice Springs.  Mahkamah Agung Wilayah Utara turut menempatkan koleksi seni Orang Asli yang menakjubkan.  Menuju ke sini untuk melihat hasil karya Ronnie Tjampitjinpa, tokoh peneraju pergerakan seni yang berasal dari Alice Springs.  Banyak lukisan lain meraikan warna-warna terang  Banjaran Gunung West MacDonnell. 

Kunjungi galeri seni yang pertama diwujudkan di Darwin di Stuart Park, di mana anda boleh mengimbas sepuluh bilik yang mengandungi seni dan kraf Orang Asli seperti barangan kaca, barang kemas dan seramik.   Di Casuarina, sebuah lagi studio utama Darwin mempamerkan cetakan edisi terhad dan hasil karya seniman-seniman terkemuka seperti mendiang Queenie McKenzie, Rover Thomas dan Putera Wales.

Untuk ekspedisi seni yang lebih panjang, sertai rombongan ke Pulau Tiwi yang terletak 20-minit dari Darwin dengan menaiki kapal terbang dan dua jam dengan menaiki feri.  Kepulauan Tiwi yang merangkumi Pulau Bathurst dan Melville, terkenal dengan seni dan krafnya yang berwarna-warni, yang berbeza daripada seni Orang Asli di tanah besar Australia.  Saksikan wanita Tiwi membuat demonstrasi anyaman dan lukisan tradisional dan jamu mata di pusat seni, di mana pasu, ukiran, barang kemas dan cetakan skrin merupakan antara gaya yang dipamerkan. 

Presint Seni Parap, hanya sebahagian daripada budaya seni visual Darwin yang bersemangat.

Idea Australia selanjutnya