Darwin dan sekitarnya

Darwin dan sekitarnya

Nikmati udara nyaman di Darwin dan rasalah pelbagai hidangan dan budaya di festival dan pasar luar bangunan di bandaraya ini. Kemudian jelajahi sejarah dramatik kawasan ini – daripada serangan udara Perang Dunia II hingga ke Cyclone Tracey – di muzium dan galeri. Belayar di pelabuhan Darwin ketika matahari terbenam, belayar di sebelah buaya dan meredah belukar melalui hutan monsun. Berenang di dalam lubang air yang jernih di Litchfield National Park dan kunjungi komuniti penuh warna-warni di Tiwi Island. Ibu negeri yang beriklim tropika dan cerah ini mempunyai tarikan yang segar yang susah untuk anda lepaskan.

Lima cara untuk meneroka Darwin dan sekitarnya:

Mindil Beach, Darwin, NT
Mindil Beach, Darwin, NT

1. Di festival, pasar dan di pelabuhan

Di Darwin, aktiviti menarik ada di luar – di pasar, taman, tepi pantai atau di atas bot. Anda boleh menyertai penduduk tempatan minum bir dan makan sepinggan sate panas di The Mindil Beach Sunset Market dari bulan Mei hingga Oktober. Atau lihat mereka membina bot yang diperbuat daripada tin bir atau tin minuman ringan di Darwin Beer Can Regatta yang diadakan pada bulan Julai setiap tahun. Di Deckchair Cinema dari bulan April hingga November anda boleh menonton filem di bawah deretan bintang sambil berkelah untuk makan malam dan minuman dari bar. Nikmati cuaca tropika Darwin dengan makan malam di tepi pelabuhan di Cullen Bay Marina atau belayar di pelabuhan sambil menyaksikan matahari terbenam lengkap dengan pelajaran sejarah.

Crocodile, NT
Crocodile, NT

2. Hidupan liar dan taman tropika

Berbasikal melepasi bunga orkid dan bromeliad dan tumbuhan tradisional Orang asli di George Brown Botanic Garden. Berenang dan berbarbeku sambil menyaksikan matahari terbenam serta menjelajah tempat suci Orang asli di Casuarina Coastal Reserve. Di Berry Springs Nature Park, anda boleh lihat burung di hutan monsun dan memancing di lubang renang yang jernih airnya. Lihat ikan, burung pemangsa, haiwan yang aktif pada waktu malam dan reptilia dari jarak dekat di Territory Wildlife Park yang terletak 45 minit pemanduan dari Darwin. Lihat buaya dari jarak dekat di Crocodylus Park, Darwin Crocodile Farm atau sambil belayar untuk melihat buaya ini di sepanjang tepi pantai dan sungai di Darwin.

Chinese Temple, Darwin, NT
Chinese Temple, Darwin, NT

3. Ketahui sejarahnya

Ketahui lagi tentang warisan kaya Orang Asli Darwin di Museum and Art Gallery di Northern Territory. Di sini anda boleh juga mengenang kembali Cyclone Tracy tragis yang melanda Darwin pada malam Krismas pada tahun 1974. Lihat Chinese Temple yang hampir musnah di Litchfield Street. Darwin menghadapi 64 serangan udara Jepun semasa Perang Dunia II dan anda boleh menonton filem dramatik tentang pengeboman ini dan melawat bunker tempat strategi pertahanan Top End dirancang di East Point Military Museum. Lihatlah kapal terbang pengebom asal B52 di Aviation Heritage Centre dan rangkaian denai menuju ke terowong minyak Perang Dunia II di sekitar Wharf Precinct. Di Myilly Point Historical Precinct anda boleh melihat beberapa buah kotej yang masih ada yang direka bentuk oleh arkitek B.C.G Burnett dengan gaya kolonial yang terkenal sebelum Perang Dunia II.

Litchfield National Park, NT
Litchfield National Park, NT

4. Di bawah air terjun di Litchfield National Park

Luangkan masa untuk lawatan seharian ke air terjun dan kolam junam, hidupan liar, banjaran dan hutan hujan di Litchfield National Park yang terletak sejam setengah pemanduan kereta dari Darwin. Berenang di dalam lubang renang yang jernih di kaki Florence Falls dan berjalan dalam belukar melalui hutan hujan monsun ke Walker Creek. Berkelah bersebelahan kelawar buah bergayut di Wangi Falls dan lihat pemandangan lembah yang luas terbentang di Tolmer Falls. Pergi belayar sambil melihat hidupan liar di Reynolds River yang merupakan sebahagian ladang lembu yang diusahakan. Jelajahi lanskap Tarzan dengan pemilik Orang asli tradisional iaitu orang Wagait atau lihatlah desa masa lampau dalam puing di Blyth Homestead.

Tiwi Islands, NT
Tiwi Islands, NT

5. Lawatan ke Tiwi Island

Jom sertai keseronokan Tiwi Islands Grand Football Final yang diadakan pada setiap bulan Mac di Nguiu. Melihat-lihat dan membeli seni Tiwi yang unggul kerana reka bentuknya yang hebat, perhiasannya yang cantik dan warnanya yang terang. Minum teh billy dan teh rendam dengan wanita-wanita Tiwi sambil mereka menunjukkan cara menenun dan melukis tradisional. Kemudian saksikanlah mereka mempersembahkan tarian tradisional dan upacara pengasapan untuk menghalau roh jahat. Tangkap ikan barramundi besar semasa lawatan memancing di pantai Tiwi. Anda akan disambut oleh penduduk yang mesra dan lanskap yang subur di hutan hujan, pantai dan kolam batu di Melville dan Bathurst Island. Kedua-dua tempat ini dikenali sebagai Tiwi Islands. Jelajahi tempat-tempat ini dalam masa sehari atau bermalam di sini dengan menaiki kapal terbang selama 20 minit atau menaiki feri selama dua jam dari Darwin.

Darwin

Darwin

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari.

Waktu terbaik untuk pergi :
Semasa musim kering (Mei – Oktober) apabila kelembapan berkurangan dan festival luar bangunan diadakan di Darwin.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Northern Territory.