Dermaga Darwin

Dermaga Darwin

Sebahagian besar aksi Darwin berlaku sepanjang kawasan dermaganya yang diberi nafas baru, yang dibarisi restoran, kedai, lagun berpasir dan kawasan taman. Berenang di lagun, memancing dari dermaga, makan hasil tangkapan ala alfresco dan nikmati pemandangan melewati rumah agam di kawasan dermaga ini. Anda juga boleh menjejaki sejarah kawasan ini yang kaya dalam laluan jalan kaki serta melalui karya seni awam. Hari ini, keluarga, orang yang berniaga dan pelancong saling berhubungan di sepanjang dermaga, di mana Orang Asli Larrakia, pedagang Indonesia dan penduduk Eropah telah meninggalkan jejak mereka.

Rekreasi luar bangunan merupakan sebahagian besar daripada kehidupan di sepanjang dermaga Darwin, yang terletak dalam jarak dekat dari pusat bandar. Anda boleh berenang sepanjang tahun di lagun yang terletak di sepanjang dermaga Darwin. Salah satu menawarkan pengalaman pantai, dengan ombak yang berbeza untuk semua orang dari penunggang papan boogie hinggalah ke kanak-kanak kecil. Untuk renang yang lebih tenang, kunjungi lagun rekreasi, sebuah kawasan air yang luas di mana ikan berkembang biak, dan anda boleh belayar dan berkanu.

Laluan jalan kaki dan jejak motosikal berliku-liku di sepanjang dinding laut, di antara air lagun rekreasi yang diperangkap dengan pelabuhan terbuka. Berjalan kaki, tunggang basikal atau berjoging, hirup pemandangan dan pengalaman tenaga tropika Darwin yang unik. Terokai taman dan kawasan taman yang subur, nikmati pemandangan melewati rumah agam dermaga dan jamu mata di kedai dan restoran alfresco. Di hab makanan Stokes Hill Wharf anda boleh menikmati cuaca nyaman dan pemandangan indah matahari tenggelam bersama hidangan makanan laut. Dermaga ini juga merupakan tempat popular untuk nelayan rekreasi dan tempat berlepas bagi pelayaran carter memancing dan kapal persiaran pelabuhan.

Presint dermaga Darwin mempunyai sejarah yang kaya dan pelbagai, bermula dengan pemilik Orang Asli Larrakia yang telah berabad lamanya menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang dari Indonesia. Penduduk awal berbangsa Melayu dan Cina turut membina kediaman mereka di sini, membentuk babak penting dalam sejarah kebudayaan Darwin. Di sinilah peneroka Eroaph Perintis meranduk air untuk tiba ke tanah besar, sebelum berkhemah di ‘gully’ di tepi Fort Hill. Kawasan dermaga ini juga merupakan tempat serangan udara Jepun buat pertama kalinya yang membawa Perang Dunia Kedua ke Australia. Ia merupakan tapak taman awam pertama yang pernah pada suatu masa dahulu menjadi tempat landasan kereta api yang menghubungkan Frances Creek dengan jeti, dengan stesen berdekatan dengan Stokes Hill.

Kisah dan peristiwa yang menakjubkan ini diperingati dalam hasil karya seni awam yang bertaburan di sekitar kawasan dermaga, di dalam bangunan dan juga di kawasan awam. Anda juga boleh menjejaki sejarah dengan menapak melalui Terowong Penyimpanan Minyak Perang Dunia II atau ikuti Traveler’s Walk,yang merupakan laluan awam ke pekan semasa pembinaan Stokes Hill Wharf pada tahun 1895. Lihat tambak batu yang dibina pada awal abad ke-20 dan lawati tapak di mana peneroka Australia Selatan yang bercita-cita tinggi George Woodroffe Goyder membina khemah.

Terokai dermaga Darwin, di mana kehidupan tropika moden bertemu lapisan sejarah di bahagian paling utara bandar ini.

Idea Australia selanjutnya