Gold Coast dan sekitarnya

Gold Coast dan sekitarnya

Harungi ombak besar di Broadbeach, snorkel melalui bangkai kapal di Main Beach atau berjalan di atas pasir keemasan yang dikelilingi bangunan pencakar langit di Surfers Paradise. Rasai keseronokan anda menunggang tunggangan maya di Dreamworld, berenang dengan dolfin di Sea World dan saksikan pembikinan filem di Warner Bros Movie World. Jelajahi air terjun, hutan hujan, tempat peninjau dan meredah belukar dengan pemandangn yang indah di kawasan pedalaman subur di Gold Coast. Membeli-belah sakan di pasar seni dan kraf, pusat beli-belah besar dan berangin serta butik atasan. Kemudian sertai keriangan, glamor dan keseronokan di bar, kelab malam dan acara di Gold Cost.

Lima cara untuk berglamor di Gold Coast:

Surfers Paradise, QLD
Surfers Paradise, QLD

1. Jom ke pantai

Meluncur air di atas ombak bertaraf dunia di Broadbeach, Kirra dan Main Beach. Atau berbaring di atas pasir keemasan di Surfers Paradise dan kemudian anda boleh melawat kedai, kafe dan restoran di Cavill Avenue yang ceria. Di bawah air pun pemandangannya tidak kurang hebatnya. Snorkel atau menyelam melihat bangkai kapal di Scottish Prince yang merupakan syurga bagi pelbagai jenis hidupan marin di Main Beach. Lihat dari jarak dekat, ikan yu moray dan wobbegong dari Kirra Beach dan ikan gitar, ikan cupak dan penyu di laluan laut Gold Coast. Terokai terumbu buatan di Narrow Neck. Apabila anda selesai meneroka bawah air, makan di luar di Broadbeach serta berbasikal dan berkelah di Mermaid Beach yang mesra keluarga. Anda boleh membeli-belah di butik atasan, menjelajah astaka mandi bersejarah atau bermesra dengan selebriti yang menyamar di Main Beach, tempat di Gold Coast untuk dilihat.

Berenang di dalam kolam batu yang jernih airnya, berkelah di puncak yang cantik pemandangannya dan beri makan burung tropika dengan tangan anda sendiri di hutan hujan subtropika yang subur di McPherson Range. Kunjungi Cameron Fall, Cedar Creek Fall dan Witches Fall di Tamborine Mountain National Park. Terokai Natural Arch yang mempesonakan – air terjun yang jatuh menjunam melalui bumbung gua yang juga merupakan habitat kumpulan cacing kalimantang terbesar di Australia - di Springbok National Park. Atau berkelah bersebelahan pokok purba dan haiwan asli dan burung di syurga ekologi di Lamington National Park. Singgah di butik kilang anggur di Gold Coast Hinterland Wine Trail dan kunjungi perkampungan pergunungan yang aneh tapi menarik seperti Mount Tamborine serta beristirehat di hutan hujan yang tenang dan indah.

Dreamworld, QLD
Dreamworld, QLD

3. Berseronok di taman tema

Berenang bersama-sama dolfin, peluk anjing laut dan bertemu beruang polar di Sea World dan di sini anda juga boleh memberanikan diri menunggang tunggangan seperti Bermuda Triangle yang penuh misteri atau rollercoaster Corkscrew yang mendebarkan. Di Dreamworld, anda boleh menyaksikan pembikinan filem, naik helikopter sambil melihat pemandangan indah atau harungi ibu segala gelombang pasang surut dengan menaiki Wipeout. Susuri arus dengan kayu balak yang berongga atau cuba tunggangan rollercoaster motosikal pertama Australia. Di Warner Bros Movie World anda boleh menyaksikan pembikinan filem, rasai keseronokan kegayatan menunggang rollercoaster Lethal Weapon atau akhiri lawatan ini dengan percikan air di Wild West Falls Adventure Ride. Pergi ke kolam berombak gergasi di Wet ‘n’ Wild Water Park dan terokai hutan beku di Frozen World. Bertemu dengan ratusan burung nuri gunung yang pelbagai warna di Currumbin Sanctuary dan kanggaru serta emu di Fleays Wildlife Park.

Gold Coast, QLD
Gold Coast, QLD

4. Membeli-belah sepuas-puasnya

Bersiar-siar melihat pasar seni dan kraf pada sebelah petang di Cavill Avenue atau lihat kedai pereka fesyen di sepanjang Orchid and Elkhorn Avenues. Singgah di pusat beli-belah mega berangin yang bertaburan di Gold Coast termasuklah Pacific Fair, Harbour Town, Paradise Centre dan Marina Mirage. Atau naik bas dari Surfers ke Carrara Market iaitu pasar hujung minggu yang besar dan di sini anda dapat membeli semua barang dari buah-buahan segar hingga tali pinggang kulit. Lihat hasil kerja artis tempatan dan dapatkan keju tempatan yang lazat di Tamborine Mountain Art and Craft Market. Atau beli cenderahati asli buatan tangan di Broadbeach Art and Craft Market. Dengan pelbagai kedai yang sibuk tujuh hari seminggu, Gold Coast merupakan syurga runcit.

Gold Coast, QLD
Gold Coast, QLD

5. Berseronoklah di tempat hiburan malam dan acara

Nikmatilah suasana yang menyeronokkan di Cavill Avenue. Di sini setiap malam ialah hari minggu. Kemudian sertai bot parti dari Surfers Paradise atau belayar melalui terusan di Gold Coast dengan menaiki gondola. Pergilah ke restoran, pub yang mesra layanannya, bar kelas tinggi dan kelab malam yang sibuk di Surfers Paradise, Broadbeach dan Coolangatta-Tweed. Di Gold Coast, kesibukan parti yang berterusan ini dimeriahkan lagi dengan festival yang diadakan setiap bulan pada setiap tahun. Ketahui tentang burung yang pandai menyanyi di Tamborine Mountain, taman yang subur dan burung yang pandai menyanyi yang berwarna-warni semasa Spring Flower and Garden Festival pada bulan September. Atau menjamu selera dengan makanan dan wain hebat dalam suasana yang mempesonakan semasa festival Tastes of Gold Coast pada bulan Ogos. Sertailah orang ramai bersorak semasa maraton utama Australia iaitu Gold Coast Marathon pada bulan Julai. Atau berseronok dengan pembakaran getah dan aksi nekad semasa Indy 300 iaitu parti terbesar di Queensland pada bulan Oktober.

Gold Coast

Gold Coast

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Sepanjang tahun - Gold Coast mengalami musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang sederhana sejuk dengan purata cahaya matahari 300 hari setahun.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut, rancang jadual perjalanan anda dan tempah lawatan anda di laman web Tourism Queensland.