Percutian impian di Gold Coast

Percutian impian di Gold Coast

'Tiada yang seumpama melompat kegembiraan kerana dapat menikmati keindahan sinaran matahari, laut dan pasir di sekeliling anda di Surfers Paradise.'

Bercuti di Gold Coast bersama keluarga jauhnya merupakan “mimpi jadi nyata” kepada Lilly, pensyarah kolej Malaysia yang sentiasa sibuk.

“Ia mengandungi semuanya untuk percutian sempurna – matahari, laut, pasir dan luncur, ditambah pula di samping keluarga yang menyayangi bersama saya…Saya juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti lima hari ini dan mungkin tidak lagi dibenarkan mengambil lima hari untuk semester ini, ini menjadikan percutian ini dua kali lebih berharga. “ kata Lilly.

Lilly dan tujuh ahli keluarganya tinggal di Surfers Paradise, di sebuah apartment “sejauh balingan batu dari laut”. Dari situ mereka menemui banyak daripada ribuan tarikan Gold Coast. termasuk taman tema yang anak buah lelaki Lilly yang berusia sepuluh tahun teruja untuk melihatnya. Lilly menaiki roller coaster Superman dua kali di Movie World, pengalaman yang dihuraikan olehnya sebagai “sesuatu yang mencabar untuk seseorang sebaya saya”!

Dalam itenari termasuk juga lawatan sehari ke Brisbane, di mana keluarganya bertemu beberapa orang kawan dari Australia dan melihat pemandangan seluruh bandar itu dari atas Mount Coot-tha. Satu hari diperuntukkan khas untuk Mount Tamborine di pedalaman Gold Coast, di mana keluarganya menikmati panorama dari dua tempat meninjau dan melakukan perjalanan udara yang menakjubkan melalui kanopi hutan hujan. Mereka turut meninjau kedai di North Tamborine dan melawat ladang anggur dengan gua cacing bercahaya buatan manusia.

“Saya amat kagum dengan cacing bercahaya...kerana ia bagaikan bucu-bucu bintang dan itu membuatkan saya sedar betapa hebatnya alam semula jadi,” kata Lilly.

Keluarga tersebut pulang awal dari Mount Tamborine untuk meluangkan lebih masa di pantai, di mana Lilly menangkap gambar ahli keluarganya melompat bersama-sama serentak. Gambar itu adalah seperti katanya “simbol keseronokan dan kegembiraan yang kami rasai sebagai sebuah keluarga.”

Semasa di Gold Coast, keluarganya turut melawat Currumbin Wildlife Sanctuary, di mana mereka menyaksikan pemberian makan kepada belut yang menakjubkan, bertemu dengan Tasmania Devil dan mengusap bulu lembut beruang koala. Mereka melihat dolfin dan tiga ikan paus semasa lawatan melihat ikan paus dan meluangkan petang yang menyeronokkan bersiar-siar di pasar hujung minggu Carrara. Keluarganya turut memuaskan hati dengan hidangan makanan laut segar, termasuk “sotong garam dan lada hitam terbaik di restoran di Chinatown Brisbane. “Lilly yang “sukakan kepelbagaian bunga di Australia turut menemui pokok yang senama dengannya – Lilly Pilly – semasa percutian ini.

“Percutian ini meninggalkan kesan mendalam kepada saya…kebersamaan keluarga yang jauh dan kegembiraan yang datang apabila setiap ahli keluarga bersatu dengan yang lain, walaupun mempunyai sedikit perbezaan,” kata Lilly.

Sekembalinya di Malaysia, Lilly sekarang sibuk membuat penyelidikan dan “melawat tempat secara maya” untuk percutian Australia seterusnya. Uluru, Melbourne dan Great Ocean Road dan Tasmania telah disenarai pendekkan, tetapi Lilly sangat teruja untuk melihat Sydney.

“Saya gemar mengumpul setem Australia dan saya sangat teringin melihat Sydney Opera House dalam alam realiti daripada melihatnya di atas setem,” kata Lilly.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya