Taman Tema Gold Coast

Acara Movie World, Gold Coast, QLD. © Tourism and Events Queensland

Taman Tema Gold Coast

Gold Coast ialah ‘ibu kota taman tema Australia’ dengan banyak pilihan yang sesuai dengan semua peringkat umur. Dari permainan paling tinggi dan pantas di dunia, hinggalah taman tempat menyaksikan hidupan liar asli Australia, atau berendam dalam kolam renang dan gelongsor air; anda boleh menikmati semua ini di Gold Coast. Temui watak filem dan adi wira kegemaran anda; atau berenang dengan ikan lumba-lumba dan ikan jerung. Terokai kanopi hutan hujan; atau cari telur dinosaur yang telah wujud sejak berabad-abad yang lalu. Peluk koala; beri makan kanggaru dan temui pelbagai burung asli yang berwarna-warni. Di sini juga terdapat banyak hiburan di dalam bangunan, termasuk tempat tumpuan bersifat futuristik dan muzium.

Dreamworld, QLD
Dreamworld, QLD

Dreamworld

Dreamworld ialah taman tema terbesar di Australia dan hanya dengan yang mengunjungi yang satu ini, anda bagaikan melawati pelbagai dunia sekali gus. Dreamworld mempunyai pelbagai permainan, pertunjukan dan tempat menarik, termasuklah The Tower of Terror 2, salah satu permainan mengujakan yang paling tinggi dan laju di dunia. Lawati Tiger Island, di mana harimau Bengal dan Sumatra bermain dengan penjaga masing-masing. Di ‘Australian Wildlife Experience’ anda dapat melihat lebih 500 haiwan asli Australia. Cabar diri anda di Flowrider – iaitu kombinasi sempurna meluncur, papan selaju dan meluncur badan. Dreamworld terletak bersebelahan dengan WhiteWater World.

WhiteWater World, QLD
WhiteWater World, QLD

WhiteWater World

WhiteWater World mempunyai antara tempat tumpuan air terbaik di dunia, termasuklah empat gelongsor air paling popular. Sewa kabana persendirian untuk keluarga anda dan sejukkan badan dari kepanasan Queensland. Pelajaran meluncur dianjurkan di Cave of Waves bermandikan sinaran lampu selepas taman ditutup, beberapa kali seminggu.

Wet'n'Wild Water World, QLD
Wet'n'Wild Water World, QLD

Wet'n'Wild Water World

Wet'n'Wild Water World ialah taman tema air terbesar di Australia dan menggabungkan gelongsor air terkini yang menyeronokkan serta kolam bersantai untuk semua ahli keluarga. Terjun tujuh tingkat ke bawah dengan speed coaster atau bermalasan di dalam kolam ombak gergasi. Di sini juga terdapat kira-kira 20 ekar taman subtropika yang redup untuk anda berehat.

Warner Bros. Movie World, QLD
Warner Bros. Movie World, QLD

Warner Bros. Movie World

Warner Bros. Movie World ialah tempat filem kegemaran anda menjadi kenyataan. Temui bintang filem dan nikmati permainan rollercoaster seperti Green Lantern Roller Coaster dan Superman Escape dan lain-lain yang berdasarkan watak Warner Bros kegemaran anda. Watak filem dan adi wira. Di Kids’ Fun Zone, temui watak Looney Tunes kegemaran anda termasuklah Bugs Bunny dan Daffy Duck.

Sea World, QLD
Sea World, QLD

Sea World

Sea World telah menjadi taman tema paling digemari keluarga selama lebih 35 tahun. Sea World bukan hanya mempunyai permainan, tempat tumpuan dan pertunjukan yang menguja. Ia juga komited terhadap penyelidikan dan penyelamatan marin, serta merupakan tempat pelawat boleh belajar dan berhubungan dengan pelbagai haiwan marin. Tontoni pertunjukan Dolphin Discovery; beruang polar dan penguin yang berenang di dalam air; dan saksikan ikan jerung yang menakutkan dari dekat. Dihubungkan dengan monorel ke taman tema Sea World, Sea World Resort dan Water Resort merupakan satu-satunya hotel taman tema Australia.

Warner Brothers Australian Outback Spectacular, QLD
Warner Brothers Australian Outback Spectacular, QLD

Hiburan dalam bangunan

Bagi anda yang gemar permainan futuristik dan hiburan keluarga di dalam bangunan perlu mencuba Infinity; Timezone; Ripley’s Believe It Or Not Odditorium; atau Dracula's Haunted House. Gold Coast Wax Museum tersenarai sebagai salah satu Muzium Lilin Paling Hebat Di Dunia. Ia merupakan satu-satunya muzium terbesar di Australia dan memaparkan figura lilin bersaiz hidup, salinan British Crown Jewels dan diorama sejarah Australia. Alami semangat pengembaraan kawasan pedalaman Australia di Warner Brothers Australian Outback Spectacular. Kuda liar, kawanan lembu yang merempuh dan bakat pengendalian kuda yang tak dapat dilupakan akan mengagumkan anda.

Tree Top Challenge, QLD
Tree Top Challenge, QLD

Pedalaman Gold Coast

Di kawasan pedalaman Gold Coast, anda dapat menerokai kanopi hutan hujan di Tamborine Rainforest Skywalk. Thunderbird Park di Tamborine Mountain mempunyai laluan berjalan kaki, beratus-ratus burung, haiwan asli dan tumbuhan unik Australia. Cari ‘thunder-eggs’ yang terbentuk semasa dinosaur masih bertebaran di bumi; bermain tali di Tree Top Challenge atau berseronok menunggang kuda merentasi hutan hujan ini. Sertai aktiviti memanjat pokok di Adventure Parc di Currumbin Wildlife Sanctuary di mana anda juga boleh memeluk koala; memberi makan kanggaru dan burung serindit berwarna-warni. Di Tropical Fruit World anda berpeluang merasai lebih 500 buah-buahan pelik dan eksotik.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia