Hobart dan sekitarnya

Hobart dan sekitarnya

Jangan ketinggalan melawat ibu negeri kecil tetapi indah dan terkenal dengan bangunan gaya bina Georgia dan udara yang segar. Berjalan-jalan di Salamanca Market yang sibuk dan rasailah dengan tangan anda permukaan bangunan batu pasir di Salamanca Place. Kunjungilah ke MONA (Museum of Old and New Art) atau naiki Artbike percuma untuk melawati tempat-tempat tarikan kebudayaan di sekeliling bandar. Dakilah Mount Wellington untuk menikmati pemandangan meluas yang merentasi Hobart dan Derwent River yang lebar. Sertai lawatan hantu di Battery Point, berjalan menyeberangi jambatan Australia tertua di Richmond dan melawati perkampungan kecil yang comel di pinggir pantai Kettering. Lalui jalan berliku-liku melepasi kawasan ladang untuk menuju ke ladang wain beriklim sejuk di Coal Valley. Lihat layar tiga segi besar yang cerah warnanya di permukaan air dan menjamu selera dengan makanan laut segar di salah sebuah restoran di pinggir air Hobart.

Lima pengalaman Hobart yang mesti anda alami:

Bersiar-siar di Salamanca Place
Bersiar-siar di Salamanca Place

Bersiar-siar di Salamanca Place

Jelajahi Salamanca Place bersejarah yang merupakan mercu tanda terkenal Tasmania. Pada pagi Sabtu, anda boleh bersiar-siar di Salamanca Market yang sibuk dan lihat peniup kaca, tukang tembikar dan pelukis menjual hasil kerja mereka. Beli barangan seni atau beli buah-buahan dan sayur-sayuran organik, keju dari ladang dan bunga yang baru dipetik dari penanam tempatan yang peramah. Minum kopi di bawah sinar matahari sambil mendengar bunyi layar terkena tiang kapal dan bunyi kurtert alat tali yang kuat. Menjelajah galeri, teater, kedai kraf dan restoran di dalam gudang seni bina Georgian 1830an yang dulunya tempat yang sering dikunjungi pelaut, pemburu ikan paus dan pekerja.

Daki Mount Wellington
Daki Mount Wellington

Daki Mount Wellington

Lihat pemandangan luas yang mempesonakan merentasi Hobart, Bruny Island, South Arm dan Semenanjung Tasman dari pusat interpretasi di puncak Mount Wellington yang mengilhamkan.

Bersiar-siar melalui galur berhutan yang sejuk di sepanjang Pipeline Track yang bersejarah atau merentasi Wellington Range dengan menunggang kuda atau menunggang basikal lasak. Mendaki Sphinx Rock dan lihat Octopus Tree iaitu pokok tertinggi di hutan ini. Menakik atau mendaki puncak menara batu dolerit yang berceracak di Organ Pipe. Berkhemah di bawah bintang di langit, memandu kenderaan pacuan empat roda melalui denai lasak kawasan pergunungan atau berbasikal menuruni gunung dalam lawatan yang sangat mengujakan. Pengalaman hutan belantara di Mount Wellington ini adalah 1,270 meter dari paras laut tapi hanya 20 minit dari pusat bandar.

Menginap di subbandar tertua di Hobart
Menginap di subbandar tertua di Hobart

Menginap di subbandar tertua di Hobart

Menginap di inap dan sarapan bersebelahan rumah agam lama yang unggul dan kotej nelayan yang sederhana di Battery Point. Tempat ini mendapat namanya dari senjata api yang diletakkan di sini pada tahun 1818. Senjata api ini telah lama dikeluarkan tetapi Battery Point masih kekal dengan daya tarikan pelautnya. Lawat bangunan lama yang elegan seperti Arthur Circus Cottages, St. George's Anglican Church dan Van Diemen's Land Folk Museum, iaitu bangunan Georgian di atas tanah berlanskap. Lihat Kelly's Steps yang dibina oleh pengembara lagenda, James Kelly pada tahun 1839. Atau berjalan mengikut jejak banduan, renjer hutan, pemburu ikan paus, pelaut, pelayan bar dan pelacur ketika lawatan hantu.

Berkunjung ke Richmond dan Kettering
Berkunjung ke Richmond dan Kettering

Berkunjung ke Richmond dan Kettering

Anda boleh berjalan merentasi jambatan tertua di Australia dan berdiri di dalam sel penjara tertuanya di Richmond yang indah, dengan memandu selama 30 minit ke timur laut dari Hobart. Jelajahi jalan batu buntar di bawah cahaya lampu gantung semasa lawatan hantu atau berkelah di tebing Coal River. Lihat seni dan kraf tempatan di galeri dan kafe. Dalam perjalanan anda kembali ke Hobart, berhenti di salah sebuah kilang anggur di Coal Valley. Ke selatan dari Hobart, anda akan temui bandar tepi laut yang sunyi di Kettering di pesisir D'Entrecasteaux Channel. Makan tengah hari sambil melihat kapal layar dan bot nelayan terumbang-ambing di pelabuhan terlindung atau naik feri ke Bruny Island.

Nikmati makanan laut dan wain lazat
Nikmati makanan laut dan wain lazat

Nikmati makanan laut dan wain lazat

Nikmati wain klasik beriklim sejuk di tempat simpanan wain dan ladang wain di Coal River Valley, Derwent Valley dan Huon Valley, kesemua ini berdekatan dengan Hobart. Anda boleh menikmati semua ini dalam satu pinggan dipenuhi hasil segar di restoran di ladang anggur yang bercuaca cerah. Nikmatilah aroma kopi kisar di kafe di Salamanca Place, atau makan di salah sebuah restoran yang terunggul di Hobart.

Hobart

Hobart

Berapa lama saya perlukan:
2 - 3 hari 

Waktu terbaik untuk pergi :
November hingga Mac

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Tasmania.