Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian

Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian

'Tiada yang seumpamanya... mengambil masa untuk menghayati ketenangan air terjun; mendengar bunyi air melata di atas batu-batu.'

Liffey Falls, berdekatan Deloraine, adalah salah satu daripada tempat ajaib yang ditemui Gayle dan Terry semasa setahun mereka tinggal di Tasmania. Hanya setelah sehari berkahwin, pasangan ini berpindah dari Brisbane ke Hobart, di mana Terry memulakan kerja baru. Disebabkan tiada masa untuk berbulan madu, Terry dan Gayle bertekad melakukan lawatan harian ke kawasan luar bandar Tasmania setiap kali mereka dapat.

“Kami dapati yang setiap jenis landskap atau pemandangan yang anda harap untuk lihat di tanah besar Australia, boleh juga didapati di Tasmania, dalam bentuk yang lebih padat. Anda boleh memandu dari satu hujung ke hujung yang lain dalam tempoh kurang daripada satu hari, dan boleh merentasi pulau ini melalui jalan yang berbeza. Setiap selekoh di jalan raya merupakan satu lagi pemandangan seperti di dalam poskad,” kata Gary.

Dengan rakan-rakan dan keluarga yang kerap mengunjungi Gayle dan Terry, pasangan itu kemudiannya menjadi pakar lawatan harian dari Hobart. Salah satu destinasi kegemaran mereka ialah Tasman Peninsula, rumah kepada petempatan banduan yang bersejarah di Port Arthur dan cenuram laut yang berceranggah dan menakjubkan di Tasman National Park. Semenanjung ini disambungkan dengan tanah besar Tasmania oleh genting Eaglehawk Neck, di mana Terry dan Gayle melihat formasi batu menarik seperti Blowhole dan Tessellated Pavement.

 Kami juga menemui pekan kecil aneh dipanggil pekan Doo, di mana semua orang menggunakan ‘Doo’ sebagai sebahagian daripada nama rumah mereka, contohnya Xanadoo dan Gunnadoo. Orang-orang Tasmania mempunyai sifat lucu dan keseronokan yang hebat,” kata Gary.

Pasangan ini juga suka melawat Mt Field National Park, tempat asal “Russell Falls yang hebat, yang turut boleh dimasuki walaupun menggunakan kerusi roda”. Ke selatan bandar itu, Terry dan Gayle mengikuti pelayaran taman rimba sekitar Bruny Island, melihat “anjing laut berjemur di atas pantai yang berceranggah.” Perjalanan 90 minit ke arah berbeza membawa mereka ke Tahune Forest, di mana mereka berjalan setinggi bangunan tiga tingkat melalui kanopi hutan.

Gayle dan Terry juga berjalan ke pusat utara Tasmania, menemui Deloraine, sebuah kampung mempesona yang tersenarai sebagai warisan dan tarikan-tarikan di sekitarnya. Mereka melawat King Solomons Cave di Mole Creek Karst National Park dan merayau melalui hutan hujan beriklim nyaman ke Liffey Falls, terletak di dalam Great Western Tiers.

Di kampung halaman baru mereka di Hobart, Terry dan Gayle suka menunjukkan pelawat sekitar Salamanca Markets. Satu lagi pengalaman kegemaran mereka ialah menikmati teh Devonshire (dengan krim asli King Island) di Mt Nelson sambil melihat ke bawah Derwent River.

“Salah satu daripada pengalaman paling diingati berlaku pada suatu hari musim panas, semasa kami memandu ke Mt Wellington. Di puncak gunung, banyak keluarga sedang bermain salji, membuat orang salji dan membaling bola salji. Kurang daripada satu jam selepas itu, kami telah memandu sampai ke pantai, di mana banyak keluarga sedang berjemur di matahari dan bermain luncur dan pasir. Itulah Tasmania sebenarnya – tempat yang penuh keunikan, semuanya dalam jarak yang dekat,” kata Gayle.

Sedekad telah berlalu kini, semenjak tahun yang tidak dapat dilupakan oleh Terry dan Gayle di Hobart. Balik semula di Queensland, pasangan itu teringin menjadikan Launceston sebagai tempat untuk bulan madu mereka yang telah terlalu lama tertunda.

“Ia bukanlah suatu kebetulan yang bentuk Tasmania seperti hati, kerana ia memang mempunyai caranya tersendiri untuk mencuri hati anda,” kata Gayle.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya