Melbourne

Melbourne

Terokai lorong rahsia dan ruang bumbung Melbourne, hab kebudayaan Federation Square, bar yang sibuk, butik dan tempat makanan serta MCG yang ikonik. Hayati St Kilda, Royal Botanic Gardens, Brunswick Street ala bohemia dan keterujaan Spring Racing Carnival. Sertai acara bertaraf dunia seperti Australian Grand Prix. Lawatan sehari ke Mornington Peninsula atau Phillip Island untuk melihat penguin pari-pari.

Melbourne terdiri daripada laluan lorong sesat yang tersembunyi, bar mewah, restoran eksklusif dan butik di luar jalan biasa. Di sini anda boleh menyelami budaya, menyertai pelbagai aktiviti sukan, merasa pelbagai makanan yang lazat serta mencuba wain, menari hingga fajar menyingsing atau bersiar-siar di taman dan jalan-jalannya yang berhias dengan tanaman rimbun. Lawat Federation Square, ruang budaya mercu tanda bandaraya ini dan nikmati bir sambil menyaksikan matahari terbenam di persiaran St Kilda. Membeli-belah sakan di Brunswick Street yang funki atau Chapel Street dengan kedai-kedai berkelas tinggi. Berjalan-jalan ke kafe, bistro dan bar di Southbank dan lihatlah pelbagai juadah dari seluruh dunia di Carlton, Richmond dan Fitzroy. Sertai Aboriginal Heritage Walk melalui Royal Botanic Garden dan bersorak beramai-ramai di Melbourne Cricket Ground.

Tidak sempat tidur di Melbourne, bandar raya yang mampu memenuhi cita rasa semua, baik pencinta kebudayaan, peminat sukan, penggemar fesyen, mahupun mereka yang meminati pelbagai makanan.  Temui kafe, bar, dan butik di lorong-lorong bandar yang tersorok daripada jalan raya yang begitu teratur.  Nikmati sepenuhnya ambien tepi sungai dari Southbank dan kunjungi Federation Square, titik pertemuan budaya kreatif dan kafe bertemu.  Layari sepanjang Yarra dan merayau santai padang menghijau dan tasik-tasik di Royal Botanic Gardens (Taman Botani Diraja).  Serap sepenuhnya tenaga unik bandar raya pelbagai presint berbeza, dari South Yarra yang berkelas tinggi hinggalah ke pesisir pantai St Kilda dan pinggir bandar Fitzroy.  Kemudian luangkan sehari untuk berjalan ke pantai, kilang wain, galeri dan balapan golf di Semenanjung Mornington.

Anda tidak akan tahu apa yang tersembunyi bila anda berjalan keluar daripada grid jalan raya di bandar raya Melbourne ke dalam selirat lorong gelap di belakangnya. Warga tempatan sendiri pun pasti menemui kejutan di sini, di mana tempat makanan, fesyen dan seni adalah kecil, pelik dan kadangkala tersembunyi. Terokai bar jaz lewat malam atau saksikan dunia berlalu dari trattoria kecil, menjamu mata di butik dan lihat seni bandar. Anda boleh menemui rahsia sebenar bandar raya ini di jalan-jalan Melbourne yang amat berbeza.

Untuk penggunaan ruang bandar yang berdaya cipta, jangan pandang lebih jauh dari Melbourne, di mana bar, panggung wayang dan restoran beroperasi di atas bumbung setiap musim panas. Hirup pemandangan indah kaki langit bandar raya ini dari semua sudut sambil anda mendengar muzik secara live, bersantai di bar atas anjung dan menonton wayang berbumbungkan bintang. Gabungkan inovasi moden dengan keanggunan era zaman dahulu, tempat-tempat di atas bumbung yang semakin meningkat di Melbourne paling sesuai untuk meluangkan waktu tengah hari dan petang secara santai pada musim panas. Ramai juga yang menukarkannya kepada ruang tertutup supaya mereka boleh mencerap pemandangan bandar tanpa mengira musim.

Find art, fashion and food on Melbourne’s Soho strip. Boredom isn’t an option on Brunswick Street, the vibrant Melbourne strip where people from all walks of life go to shop, eat, drink, meet and dance.

Federation Square adalah tempat perjumpaan di Melbourne. Ia adalah kawasan budaya yang unik yang menemukan campuran tarikan yang kreatif, muzium dan galeri, di samping pelbagai restoran, kafe dan bar.

Hanya enam kilometer dari kawasan pusat perdagangan, St Kilda merupakan taman permainan di tepi pantai bandar Melbourne. St. Kilda adalah sebahagian daripada City of Port Phillip yang termasuk pinggir bandar Port Melbourne dan South Melbourne.

Australia mungkin terhenti kerana Melbourne Cup tetapi selama Spring Racing Carnival diadakan, tidak seorang pun di Melbourne akan duduk diam.  Pelbagai acara lumba kuda, fesyen dan keseronokan ini bermula pada bulan September dan hanya berakhir pada pertengahan bulan November.  Flemington Racecourse merupakan pentas bagi perlumbaan terkenal seperti Derby Day, Melbourne Cup, Oaks Day tapi semua trek di seluruh negeri adalah sebahagian daripada aksi perlumbaan ini.  Anda tidak perlu tahu apa-apa tentang perlumbaan ini untuk menyukai tradisi sosial penuh gemilang ini yang mengumumkan tibanya musim bunga dengan cuacanya yang cerah dan terang di Melbourne.

Di Melbourne, anda tidak harus ketinggalan daripada menyaksikan Australian Grand Prix, yang mengambil alih Albert Park selama empat hari pada bulan Mac. Anda akan mendengar deruman enjin kereta lumba Formula One elit merentasi bandar raya ini. Di litar yang dibina khas, saksikan pemandu terpantas di dunia bergegar melepasi anda pada kelajuan sehingga 300km sejam. Saksikan perlumbaan V8 Supercar Australia atau lihat model kereta mewah seperti Ferrari, Porsche dan Lotus pada kelajuan tertinggi. Di luar litar, anda boleh mengunjungi pelbagai bar, menari di pesta muzik atau saksikan konsert rock selepas perlumbaan. Pada bulan Mac, Melbourne turut menjadi hos kepada berbagai-bagai acara yang mengujakan. Ini bermakna, anda juga boleh berkunjung dari trek lumba bandar raya ke restoran dan taman bunga.

Nikmati bulan Januari di Australia dengan sesi bersama gergasi tenis sedunia. Mulakan tahun baru dengan menonton lapan pasangan lelaki dan wanita yang hebat bertanding dalam Perth’s Hopman Cup. Lihat pemain antarabangsa menyediakan diri untuk Terbuka Australia di Brisbane dan Hobart yang bersejarah. Dapatkan tempat duduk untuk menyaksikan tenis hebat di Apia International di Sydney Olympic Park. Saksikan pemain lelaki, wanita dan bergu bertanding dalam Terbuka Australia di Melbourne, Grand Slam pertama setiap tahun, pada hujung Januari. Di luar gelanggang, nikmati pelbagai hiburan langsung dan gaya hidup musim panas bandaraya Australia yang cukup bertenaga.

Australia ialah sebuah negara sekular, tetapi cara paling tepat untuk menggambarkan suasana semasa permainan bola sepak ala Australia atau AFL – di Melbourne adalah keghairahan beragama. Inilah tempat lahirnya sukan ini, para pemainnya menjadi hero tempatan dan pasukan-pasukannya mempunyai penyokong yang berpuak-puak. Namun bukan warga Melbourne sahaja yang menggilai sukan dan permainan bola bujur ini. Hari ini AFL adalah liga sukan yang paling ramai peminat, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane.

Hidup memang sangat mudah di Semenanjung Mornington, syurga musim panas yang dipenuhi dengan perkampungan tepi pantai, ladang anggur, pantai, taman negara, galeri, padang golf, spa siang dan restoran.  Menawarkan suasana romantik, persantaian, kesukaan dan kembara, adalah mudah untuk melihat mengapa penduduk Melbourne sangat menyukai tempat ini untuk melepas diri sepanjang minggu atau hujung minggu.

Dalam kesibukan hari ini, lawatan ke Yarra Valley adalah ibarat satu perjalanan ke zaman silam. Perjalanan berkereta  mengambil masa kurang sejam dari Melbourne ke ladang wain daerah, perkampungan dan hutan yang diselaputi kabus. Rasailah wain di Yarra Glen dan minum teh Devonshire di Dandenong Ranges. Habiskan masa menikmati hidangan tengah hari di restoran pembuat wain atau berkelah di tepi air terjun dengan makanan hasil tempatan. Lalui Sherbrook Forest dengan menaiki keretapi stim atau terapung tinggi di atas kawasan desa dalam belon udara panas.

Gabungkan Melbourne, Hobart dan Adelaide dengan pantai, ladang anggur dan hutan belantara yang tersenarai dalam Warisan Dunia dalam pengembaraan melalui tenggara Australia.  Dari Melbourne, anda boleh bertemu dengan hidupan liar di Phillip Island dan melawat ladang anggur di Yarra Valley serta menjelajah padang golf dan makanan serta wain di Mornington Peninsula.  Dari Hobart, taman negara yang segar di Tasmania semuanya senang dilawati.  Kelilingi pulau ini dan berhenti di Freycinet National Park, Bay of Fires Walk atau Cradle Mountain - Lake St Clair National Park.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya