Lorong tersembunyi Melbourne

Lorong tersembunyi Melbourne

Anda tidak akan tahu apa yang tersembunyi bila anda berjalan keluar daripada grid jalan raya di bandar raya Melbourne ke dalam selirat lorong gelap di belakangnya. Warga tempatan sendiri pun pasti menemui kejutan di sini, di mana tempat makanan, fesyen dan seni adalah kecil, pelik dan kadangkala tersembunyi. Terokai bar jaz lewat malam atau saksikan dunia berlalu dari trattoria kecil, menjamu mata di butik dan lihat seni bandar. Anda boleh menemui rahsia sebenar bandar raya ini di jalan-jalan Melbourne yang amat berbeza.

Lorong-lorong Melbourne yang penuh semangat ini, berliku-liku tanpa dapat ditelah di antara jalan raya yang tersusun rapi di mana kereta lembu menarik barangan pada abad ke-19 yang lalu. Hari ini anda membebaskan diri daripada lalu lintas moden di Melbourne dan menyusuri lorong-lorong belakang yang indah ini.

Biarkan aroma kopi yang bermutu dan saluran runcit gourmet memikat anda untuk menyusuri Degraves Street dan Centre Place. Berhenti di gedung barangan rumah di sepanjang jalan-jalan ini. Terdapat lebih banyak budaya kopi hebat di sepanjang Crossley Street, serta butik bergaya dan tempat makan tengah hari yang kecil, namun amat popular. Berhampiran dengan tempat ini terdapat Liverpool Street yang dibarisi tempat makan Asia yang berpatutan harganya dan restoran Itali yang memberi layanan mesra.

Anda akan menemui pelbagai makanan Itali yang enak di sepanjang Hardware Lane, di mana pelayan yang bersemangat menggamit-gamit, mengajak anda ke restoran mereka. Dalam musim panas, kesemuanya dibuat al fresco, sementara band mendendangkan anda dari kaki lima. Makan di restoran bawah tanah di sepanjang George Parade, yang terletak di luar ‘Paris End’ Collins Street. Atau menuju ke daerah Chinatown yang permai untuk makan tengah hari ‘yum-cha’. Berjalan-jalan di jalur utama Chinatown di Little Bourke Street, atau terokai lorong-lorong sempit yang dibarisi dengan bar yang bergaya. The Block Place dan The Causeway juga merupakan tempat yang baik untuk makan.

Tinjau gugusan butik penuh gaya dan gedung mercu tanda yang di sekitar Little Collins Street. Cari rekaan pereka fesyen tempatan di Manchester atau Flinders Lane, di mana perniagaan barang lama bandar ini bermula. Untuk saluran runcit yang benar-benar anggun, kunjungi Arked Royal dan Block yang tersenarai sebagai warisan, dengan lantai mozaiknya dan kemasannya yang cukup mewah.

Melewati bangunan-bangunan ini, lorong-lorong Melbourne semakin menjadi ruang untuk para seniman melahirkan nilai artistik mereka. Lihat mural grafiti berwarna warni yang sentiasa berubah di Hosier Lane dan di sepanjang Union Lane. Cocker Alley menampilkan karya grafiti Banksy, manakala lorong Jane Bell, Rutledge dan Spark lanes ditatu dengan budaya jalanan setempat.
 
Lorong-lorong Melbourne sibuk dengan bar-bar kecil yang menawarkan pelbagai jenis suasana. Yang menyeronokkan adalah mendapatinya tersembunyi di reluang rahsia dan di belakang pintu yang tidak di sangka-sangka. Meyers Place, hab kehidupan malam bandar raya ini, mempunyai segala-galanya dari bar koktel bergaya hinggalah speak easy gaya 1920an. Bennetts Lane, Manchester Lane dan Goldie Place merupakan tempat jaz live yang intim, atau anda boleh menghayati sejarah rock’n’roll tempatan di sepanjang ACDC Lane. Kunjungi pub yang paling lama dikendalikan di Melbourne, yang mencelapak merentas Bank Place dan Mitre Lane. Atau cari rahsia kehidupan malam yang tersembunyi di Croft Alley, Sniders Lane, Presgrave Place, Goldie Place dan Warburton Lane.

Dari budaya kafe fesyen lama hinggalah ke seni jalanan sangat menarik, anda akan mendapati banyak kejutan di celah-celah lorong rahsia di Melbourne.

Idea Australia selanjutnya