Kehidupan di atas bumbung Melbourne

Kehidupan di atas bumbung Melbourne

Untuk penggunaan ruang bandar yang berdaya cipta, jangan pandang lebih jauh dari Melbourne, di mana bar, panggung wayang dan restoran beroperasi di atas bumbung setiap musim panas. Hirup pemandangan indah kaki langit bandar raya ini dari semua sudut sambil anda mendengar muzik secara live, bersantai di bar atas anjung dan menonton wayang berbumbungkan bintang. Gabungkan inovasi moden dengan keanggunan era zaman dahulu, tempat-tempat di atas bumbung yang semakin meningkat di Melbourne paling sesuai untuk meluangkan waktu tengah hari dan petang secara santai pada musim panas. Ramai juga yang menukarkannya kepada ruang tertutup supaya mereka boleh mencerap pemandangan bandar tanpa mengira musim.

Terdapat sebuah panggung wayang di atas bumbung di tengah-tengah bandar raya ini yang menayangkan filem rumah seni, klasik dan yang baru terbit antara November hingga Mac. Berehat dalam kerusi geladak sambil anda menonton filem berlatarkan bangunan lama dan menara bandar Melbourne yang bergemerlapan. Nikmati makan di atas bumbung atau bincangkan filem yang baru ditonton di bar berlesen, yang dibuka hingga awal pagi. Panggung wayang ini direka untuk memanfaatkan malam musim panas yang panjang di Melbourne, namun jika cuaca menjadi dingin, anda boleh menyewa selimut.

Muzik secara live dimainkan walau apa pun cuacanya, dengan acara Happy Mondays berlangsung di bar atas bumbung Melbourne dari Disember hingga akhir Januari. Tempat di ruang terbuka yang intim ini amat hebat untuk menonton band Australia dan antarabangsa. Nikmati panorama bandar raya dan santap burger gourmet dan kentang goreng yang dihantar oleh trak burger yang lebih bergaya di Melbourne.

Anda boleh memanjat tangga di seluruh bandar raya untuk mengalami kehidupan atas bumbung Melbourne yang sibuk. Jenguk lorong-lorong bandar yang berliku-liku dan bersemangat, Yarra River atau bangunan lama bandar raya ini. Di atas Bourke Street anda boleh makan makanan Itali sebenar dengan gaya alfresco atau hayati kitsch tropika di bar di mana pelayannya memakai kemeja Hawaii dan menyajikan pina colada. Satu lagi bumbung Bourke St yang popular pula dihiasi gaya majlis minum teh di taman abad ke- 19, dengan ruang tamu merah jambu, rumput olok-olok dan perabot taman.

Terdapat juga tempat makan dengan pemandangan Yarra yang menyajikan minuman bergas dan piza yang dibakar dengan kayu api serta menawarkan pandangan aksi tebing sungai dari atas. Di pusat bandar, bersantai dengan rentak ceria DJ di atas dek hasil inspirasi Ibiza di atas Perpustakaan Negeri. Atau nikmati koktel prateater di salah sebuah bar anjung di atas daerah teater Melbourne yang terletak di antara Exhibition dengan Russell Street. Banyak hotel Melbourne turut menghayati trend atas bumbung ini, dengan kolam renang, spa, dek mentari dan bar atas bumbung untuk dinikmati oleh para tetamu, teman dan taulan.

Musim panas ini, saksikan sendiri penggunaan ruang yang inovatif di Melbourne, di lokasi atas bumbung yang sibuk di seluruh bandar raya ini.

Idea Australia selanjutnya