Melbourne dan sekitarnya

Melbourne dan sekitarnya

Melbourne terdiri daripada laluan lorong sesat yang tersembunyi, bar mewah, restoran eksklusif dan butik di luar jalan biasa. Di sini anda boleh menyelami budaya, menyertai pelbagai aktiviti sukan, merasa pelbagai makanan yang lazat serta mencuba wain, menari hingga fajar menyingsing atau bersiar-siar di taman dan jalan-jalannya yang berhias dengan tanaman rimbun. Lawat Federation Square, ruang budaya mercu tanda bandaraya ini dan nikmati bir sambil menyaksikan matahari terbenam di persiaran St Kilda. Membeli-belah sakan di Brunswick Street yang funki atau Chapel Street dengan kedai-kedai berkelas tinggi. Berjalan-jalan ke kafe, bistro dan bar di Southbank dan lihatlah pelbagai juadah dari seluruh dunia di Carlton, Richmond dan Fitzroy. Sertai Aboriginal Heritage Walk melalui Royal Botanic Garden dan bersorak beramai-ramai di Melbourne Cricket Ground.

Lima pengalaman Melbourne yang mesti dialami:

Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

1. Membeli-belah sakan

Dapatkan harga tawaran istimewa di Rose Street Artist’s Market dan membeli-belah di butik moden di Brunswick Street. Belilah barangan dari pereka berjenama seperti Akira Isogawa dan Zimmerman di Chapel Street di Prahran atau di bangunan bersejarah Pejabat Pos Utama (General Post Office) di Melbourne. Untuk semua perkara dari fesyen hingga ke perabot pada harga yang berpatutan, lawati Bridge Road di Richmond. Melbourne merupakan syurga pembeli yang menawarkan butik terbaik, fesyen atasan, kedai kelengkapan rumah funki dan piazza gaya Eropah di arked dan laluan lorong tersembunyi di bandaraya ini.

Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

2. Pergi dari satu bar ke bar lain dan menari hingga terbit matahari

Nikmati koktel dalam bar yang asalnya dulu sebuah kontena laut di Chinatown dan nikmati bir sambil menyaksikan matahari terbenam di pub St Kilda atau dengar kabaret di persekitaran gaya retro di bar jaz di bandaraya ini. Bersantai sampai makan snek tapas yang lazat dan wain eksotik di bar di Little Collins Street dan bergaul di kedai merah jambu dengan rumput tiruan di Bourke Street. Anda boleh berparti dari senja dalam bar di Brunswick Street. Atau menari hingga fajar menyinsing di bar yang terletak di laluan lorong yang bermandikan cahaya lampu gantung di bandaraya ini, jauh dari.sinaran lampu berwarna-warni di bawah pintu tembaga berat.

Queen Victoria Market, VIC
Queen Victoria Market, VIC

3. Menjamu selera dengan pelbagai juadah

Biarkan aroma kopi yang bagus menyerbak ke arah anda di laluan lorong Eropah yang gothik. Bandaraya ini terkenal dengan kopinya dan budaya kafe dunia tua tapi ada lebih banyak lagi yang mesti diterokai. Selepas anda menghirup kopi espresso (‘short black’) atau minum wain aperitif pada waktu tengah hari, cuba minum teh di hotel abad ke-sembilan belas atau menjamu selera di restoran terkenal seperti Nobu, Botanical dan Becco. Beli buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut segar di Queen Victoria Market pada hari Sabtu yang ramai pengunjung dan penghibur jalanan. Makan di restoran, kafe, bistro dan bar di Southbank atau makan di seberang Yarra River di Federation Square. Menjelajah dan menjamu selera dengan hidangan pelbagai budaya di Melbourne: Carlton untuk makanan Itali klasik, Richmond untuk makanan Vietnam yang murah dan Fitzroy untuk snek Sepanyol.

Federation Square, Melbourne
Federation Square, Melbourne, VIC

4. Kenali budaya

Tonton persembahan oleh Australian Ballet yang bertapak di sini di ibu negeri kebudayaan Australia. Atau nikmati persembahan muzikal yang mempesonakan di Princess Theatre. Melihat-lihat koleksi terbaik seni antarabangsa Southern Hemisphere di National Gallery of Victoria. Atau lawati Australian Centre untuk melihat Moving Image di Federation Square iaitu mercu tanda 'ruang ' budaya untuk penduduk Melbourne. Cabar diri anda sendiri dengan koleksi kreatif di Australian Centre for Contemporary Art di Southbank. Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang warisan kebudayaan Orang asli Melbourne, lihatlah seni kontemporari dan seni kerohanian atau sertai Aboriginal Heritage Walk melalui Royal Botanic Gardens.

Melbourne Cricket Ground, VIC
Melbourne Cricket Ground, VIC

5. Sertai acara sukan

Bersorak dalam permainan Australian Rules Football dengan penonton yang ramai di Melbourne Cricket Ground semasa musim sejuk. Bermain kriket sakan pada musim panas apabila bandar ini menjadi tuan rumah untuk Ashes dan One Day International. Atau sertai orang ramai menonton Australian Tennis Open di tebing Yarra. Jika anda gila kereta, pergi ke Melbourne pada bulan Mac untuk menyaksikan Australian Formula 1 Grand Prix di Albert Park. Dan sama ada anda seorang peminat perlumbaan atau hanya kaki kuda biasa, anda tentunya tidak mahu ketinggalan menyaksikan lumba kuda terunggul di dunia pada hari Selasa pertama pada bulan November – Melbourne Cup.

Melbourne

Melbourne

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Melbourne ialah tempat yang boleh dilawati sepanjang tahun walaupun musim sejuk dari bulan Jun hingga bulan Ogos agak sejuk cuacanya.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism Victoria.