Mornington Peninsula

Red Hill, Mornington Peninsula, VIC. © Tourism Victoria & David Mitchener

Mornington Peninsula

Tidak jauh dari Melbourne, anda boleh melihat bukit bergulung, kebun buah-buahan, dusun buah zaitun, rumah agam bersejarah dan lebih daripada 200 ladang anggur di Mornington Peninsula, Victoria. Dalam wilayah peminat makanan ini, anda boleh membeli sayur-sayuran organik dari gerai tepi jalan atau memetik sendiri strawberi, beri dan ceri dari kebun buah-buahan. Bersiar-siar di dusun buah zaitun dengan pemandangan lautan atau berkelah di salah satu taman awam dan taman persendirian. Terdapat taman bunga mawar yang berkurun usianya, pagar sesat pokok renek yang berukir dan rumah agam warisan untuk anda nikmati. Setelah penat mengembara di alam makanan dan wain, bersantailah di spa penjagaan diri atau bermain sepusingan golf di padang kejohanan yang paling terkemuka di Australia.

Topografi semula jadi dan iklim sederhana wilayah ini amat sesuai untuk penanaman anggur. Kebanyakan ladang anggur dan tempat simpanan wain bawah tanah berkelompok di sekeliling Red Hill, Merricks, Balnarring, Moorooduc, Shoreham dan Main Ridge. Pinot noir dan chardonnay ialah ciri khusus wilayah ini.

Beli sayur-sayuran organik dari gerai tepi jalan atau petik sendiri strawberi, beri dan ceri dari kebun buah-buahan. Bersiar-siar di dusun buah zaitun dengan pemandangan lautan atau berkelah di salah satu taman awam dan taman persendirian. Lawati taman bunga mawar yang berusia seratus tahun, pagar sesat pokok renek yang berukir dan halaman rumput di rumah agam warisannya. Montalto Estate terkenal terutamanya kerana seni bina gaya Australia, tempat simpanan wain bawah tanah yang selesa serta nyaman dan keindahan kawasan sekelilingnya.

Mornington Peninsula juga merupakan destinasi percutian pantai yang disukai oleh penduduk Victoria. Lawati kota Mornington, tempat pelbagai kapal layar tenggelam timbul di pelabuhan. Berenanglah di pantai Mount Martha, Safety Beach dan Dromana yang selamat; atau saksikan luncur air yang lebih bergelora di Portsea, Sorrento, Rye, Point Leo dan Gunnamatta.

Di sana terdapat banyak spa penjagaan diri dan mata air panas setempat agar anda dapat berehat dan bersantai. Tujuh buah padang golf di Mornington Peninsula tersenarai dalam padang golf 50 Terbaik di Australia. Nikmati kafe kosmopolitan di Portsea. Cuba lihat hasil kerja anak seni tempatan di galeri di Mornington, Sorrento dan Flinders.

Nikmati pemandangan laut dan hidupan liar pada aktiviti berjalan kaki di puncak cenuram melalui Mornington Peninsula National Park. Ikuti acara berjalan kaki Fort Nepean Walk melepasi terowong yang menjaga Port Phillip Bay. Atau ikuti laluan Bushrangers Bay Trail ke rumah api Cape Schanck Lighthouse. Daki puncak taman Arthurs Seat State Park untuk melihat pemandangan teluk dan latar langit Melbourne yang mengagumkan. Jejak Two Bays Trail sepanjang 26 kilometer benar-benar mencabar, kerana ia merupakan jejak berjalan kaki berterusan yang terpanjang di semenanjung ini, dihubungkan oleh pelantar laluan, tangga, jambatan dan laluan berumput. Cuba lihat anjing laut berbulu, ikan lumba-lumba dan burung laut dalam pelayaran hidupan laut bermula dari Sorrento.

Mornington Peninsula juga menjadi tuan rumah bagi beberapa acara bertemakan makanan dan wain sepanjang tahun. Nikmati hasil tani yang melimpah-ruah di Dromana Strawberry Festival dan Frankston Sea Festival dalam bulan Januari dan Mornington Peninsula Pinot Noir Celebration dalam bulan Februari.

Mornington Peninsula terletak kira-kira sejam pemanduan ke selatan Melbourne.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia