Hidup memang sangat mudah di Semenanjung Mornington, syurga musim panas yang dipenuhi dengan perkampungan tepi pantai, ladang anggur, pantai, taman negara, galeri, padang golf, spa siang dan restoran. Menawarkan suasana romantik, persantaian, kesukaan dan kembara, adalah mudah untuk melihat mengapa penduduk Melbourne sangat menyukai tempat ini untuk melepas diri sepanjang minggu atau hujung minggu.
Ia mengambil masa sejam memandu di sekitar Port Philip Bay dari Melbourne ke Frankston, di mana rangkaian bandar percutian bagaikan khayalan dan pantai keemasan bermula. Lawati Mornington, dengan kapal layar singgah di pelabuhan, dan bersiar-siar di sepanjang pantai yang tenang di Mount Martha, Safety Beach dan Dromana. Perhatikan kotak pantai berwarna-warni yang berbaris di atas pasir di sepanjang semenanjung. Berenang bersama dolfin di Sorrento yang bersejarah atau sertai pendudukan popular Melbourne di kafe kosmopolitan di Portsea. Sorrento dan Portsea berada di hujung semenanjung, di antara teluk pantai yang tenang dan tempat luncur hebat di Selat Bass.
Tiada kekurangan aktiviti untuk dilakukan di pinggir laut yang menakjubkan ini. Jika berjalan kaki berada teratas dalam senarai anda, lihat pemandangan pinggir laut yang menakjubkan dan kanggaru pada laluan berjalan puncak cenuram melalui Taman Negara Semenanjung Mornington. Ikuti Fort Nepen Walk melalui labirin terowong yang menjaga Teluk Port Phillip. Atau ambil Denai Teluk Bushrangers untuk ke Rumah api Tanjung Schank, melalui tanjung tinggi basalt dan kolam batu. Mendaki puncak Taman Negara Arthurs Seat, di mana anda boleh meninjau teluk dan latar langit Melbourne. Untuk cabaran sebenar, laluan Two Bays Trail melingkari sepanjang 26km melalui hutan belukar dan pantai. Ia merupakan laluan berjalan berterusan yang terpanjang pada semenanjung, dihubungkan oleh jalan yang landai, curam, jambatan dan laluan berumput.
Di luar pesisir, anda boleh menyelam dengan ikan, naga laut, terumbu karang yang lembut dan juga menyelam ke kapal selam Perang Dunia Pertama dalam taman marin di sekitar Port Philip Heads. Perhatikan anjing laut, dolfin dan itik laut pada pelayaran hidupan liar dari Sorrento. Bulan November hingga Mac ialah musim ikan siakap merah, dan anda boleh memancing daripada pangkalan di sepanjang teluk, dari pantai laut liar atau menyewa ke dalam Selat Bass. Meluncur di pantai Sorremto dan Portsea atau Rye, Point Leo atau Pantai Gunnamatta. Menungganglah merentasi ombak Gunnamatta menaiki kuda, atau bersiar-siar dengan kuda di Arthurs Seat, Cape Schanck, Red Hill atau Sommerville.
Apabila anda mahukan kelainan dalam selera, pergilah ke daerah pedalaman. Anda akan mendapati wilayah pemandangan yang indah, dengan 170 ladang anggur dan 50 pintu bilik bawah tanah di sekitar Red Hill, Merrick, Balnarring, Moorooduc, Shoreham dan Main Ridge. Cuba rasai wain pinot noir dan chardonnay bermutu tinggi dan lawati kilang bir mikro. Beli sayuran organik di gerai-gerai di tepi jalan atau memetik sendiri strawberi, beri dan ceri dari dusun buah antara bulan November dan April. Bersiar-siar di dusun buah zaitun dengan pemandangan laut atau berkelah di salah satu taman awam dan taman persendirian. Terdapat taman ros yang berumur berkurun lamanya, pagar sesat dan laman yang rapi di rumah warisan untuk berehat.
Apabila anda telah kenyang dengan wain terbaik dan makanan yang enak, manjakan diri anda di spa siang di Mornington, Red Hill, Fingal, Rye atau Portsea. Atau bermain golf di padang golf subur menghijau bertaraf dunia yang direka oleh pereka profesional, yang merentasi semenanjung. Cubalah padang golf pesisir yang unik di Flinders atau nikmati suasana karnival di Portsea Cascade Pro-Am 2009 pada bulan Januari. Jika seni, kraf dan bahan boleh dikumpul menarik minat anda, lihatlah koleksi antik di kedai epal yang diubahsuai di Tyabb. Lihat hasil kerja artis tempatan dalam galeri di Mornington, Sorrento dan Flinders dan lihat lukisan yang berilhamkan pemandangan di Coastal Art Trail di sekitar Port Phillip Bay.
Semasa musim panas, Semenanjung Mornington sibuk dengan pelbagai jenis acara. Lihat bot belayar merentasi semenanjung di perlumbaan perahu layar dari Melbourne ke Hobart pada lewat bulan Disember. Bersoraklah dari pantai untuk Portsea Swim Classic atau Acara Renang dari Rye Pole ke Pier, kedua-duanya dalam bulan Januari. Pada bulan yang sama, raikan muzik di Pesta Jazz Briars Park di Mount Martha, dan Pesta Muzik Country Red Hill atau Pesta Jazz Coolart di Somers. Nikmati pameran hasil segar semenanjung di Pesta Strawberi Dromana dan Pesta Laut Frankston pada bulan Januari dan Sambutan Pinot Noir Semenanjung Mornington pada bulan Februari.
Sebagaimanapun anda mengalami tempat percutian musim panas ini, anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilakukan.