Perth

Rancang percutian anda di dan dari Perth di Australia.

Rancang percutian anda di dan dari Perth di Australia. Anda pasti amat menggemari ibu kota Australia yang terletak paling barat di tanah besar ini, di tebing Sungai Swan, disempadani pantai-pantai Lautan Hindi dan ladang anggur Swan Valley.

Dapatkan gambaran keseluruhan ringkas Perth di samping imbasan bandaraya lain di Australia. Ketahui lebih lanjut mengenai tempat-tempat yang perlu dikunjungi di bandar ini dan di sekitarnya. Perth memiliki segala-galanya, dari Kings Park yang subur menghijau dan pantai-pantainya yang lengang hinggalah ke pelabuhan indah Fremantle dan Pulau Rottnest, yang berhampiran. Jadual perjalanan tiga hari kami menawarkan idea mengenai apa yang anda boleh lakukan semasa percutian Perth anda.

Ketahui destinasi Australia Barat lain yang boleh anda terokai dari Perth. Memandu ke selatan, ke kilang wain, ombak, gua dan hutan yang menjulang ke langit di Sungai Margaret atau menghala ke utara ke Monkey Mia dan Terumbu Ningaloo. Lebih jauh ke hadapan, terletak pengalaman landskap outback yang terbentang luas di Kimberley serta sejarah kerubut emas di pekan-pekan seperti Kalgoorlie. Terokai perjalanan yang sukar dilupakan yang boleh anda lakukan dari Perth dan merentas benua ini.

Dalam lingkungan 30 minit dari Perth anda boleh menerokai ladang anggur bertaraf dunia di Swan Valley, belayar di Swan River menelusuri taman-taman dan bangunan pencakar langit atau menikmati matahari terbenam yang menakjubkan di pantai. Naiki feri ke Rottnest Island yang bebas kenderaan, di mana anda boleh menerokai sejarahnya, berbasikal ke mana-mana 63 pantai dan berkayak ke lebih daripada 20 teluk-teluk yang terpencil. Rasai juadah di Fremantle dan nikmati suasana kafe yang meriah di sepanjang jalan pelabuhan kurun ke-19 yang telah dipelihara dengan baik sampai sekarang. Pastikan juga anda mengetahui serba sedikit sejarah maritim dan penjara yang menarik di Freemantle. Terokai Taman Kings dan kagumi stesen peninjaunya, taman bunga rapi dan warisan Orang Asli. Berenang, meluncur air, memancing, meluncur angin dan belayar di satu daripada 19 pantai Sunshine Coast di Perth yang bersih dan tidak penuh sesak, dari Cottlesloe ke Scarborough.

Kunjungi tempat-tempat menarik semasa percutian anda di Perth yang terkenal dengan cuacanya yang cerah, keindahan alam semula jadi dan jauh daripada kesibukan. Belayar menyusuri Swan River yang biru berkilauan atau lihat bandar dan jalan airnya dari Kings Park. Berenang, bermain luncur air atau hanya menyaksikan matahari terbenam dari Cottesloe Beach, kemudian pergi ke kedai makan yang murah harganya dan bar bertrend di Northbridge.

Di sebalik sungainya yang permai dan pantainya yang luas, Perth mempunyai presint bandar menarik, yang menawarkan pengalaman beli-belah, kehidupan malam dan makanan yang hebat. Alami suasana dunia perniagaan di pusat bandar Perth, jamu mata di sepanjang Oxford Street di Leederville yang bergaya dan tonton muzik secara ‘live’ di Mount Lawley. Terokai bar hip dan medan selera di Northbridge atau kunjungi teater di sepanjang jalan yang dibarisi pepohon hijau rendang di Subiaco.

Cottesloe Beach merupakan salah satu pantai bandar yang paling terkenal antara semua pantai bandar Australia Barat. Ia terletak di tengah-tengah di antara kawasan pusat perdagangan Perth dan pelabuhan Fremantle di pinggir bandar Perth sebelah barat, yang hanya 15 minit jauhnya dari pusat bandar. Cottesloe terkenal dengan gaya hidupnya yang santai dan merupakan destinasi percutian popular bagi penduduk Perth selama lebih daripada 100 tahun. Suasana desa dan warisan lautnya pasti akan menggoda anda untuk menjelajah lebih jauh melampaui pasirnya yang keemasan. Ia juga tempat terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Lautan Hindi sambil menikmati makanan laut yang segar.

Makanan sentiasa diraikan di pelabuhan Fremantle yang bersejarah. Di bandar raya ini anda boleh menjamu selera di jalan-jalan yang tersenarai dalam warisan dunia dan sibuk dengan penghibur jalanan atau di lorong yang berliku-liku yang dipenuhi dengan barisan hasil seni. Hidangan anda seterusnya sedekat muzik yang kedengaran dari pub kolonial atau angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup dari pelabuhan.

Jelajahi jaluran pantai putih bersih, terumbu karang, pekan nelayan yang damai, dan taman negara yang lasak dalam perjalanan hebat dan menakjubkan sepanjang Coral Coast (Pantai Karang), Australia Barat. Menghala ke utara untuk menikmati udang krai (crayfish) segar di Geraldton dan buah-buahan tropika yang lazat di Carnarvon. Berenang dengan yu paus besar di Ningaloo Reef (Terumbu Ningaloo) dan naiki pemacu empat roda melalui ngarai di Taman Negara Cape Range yang berhampiran.

Musim panas di Lembah Swan adalah semuanya mengenai kehidupan yang baik. Pandulah ke kilang wain yang diusahakan keluarga dan kilang bir butik atau lawatinya melalui pelayaran mewah menyusuri Sungai Swan. Makan malam di tempat terbuka di restoran ladang anggur atau berkelah ala gourmet di taman. Menjelajah kampung kolonial yang menarik di Guildford, membeli-belah barangan seni dan antik dan kembali semula ke abad 19 dengan bermalam di kemudahan yang tersenarai sebagai warisan.

Rottnest Island, hanya sejauh perjalanan feri yang singkat dari Perth, terasa bagaikan anda di alam yang lain daripada kehidupan bandar. Rottnest Island telah dipisahkan dari tanah besar Australia Barat kira-kira 7,000 tahun yang lalu apabila paras laut naik. Catatan awal penghunian manusia di Rottnest Island adalah lebih daripada 6,500 tahun dahulu, apabila kaum Orang Asli Nyungah tinggal di kawasan ini. Dikenali oleh Orang Asli tempatan sebagai Wadjemup, pulau ini mempunyai kepentingan spiritual kepada komuniti Orang Asli.

Jelajahi Margaret River, Ningaloo Reef, Broome dan malah Darwin serta Sydney dalam satu pengembaraan yang penuh aksi dari ibu kota yang terletak paling ke barat Australia. Dari Perth anda boleh pergi ke selatan menuju ke ladang anggur, ombak, hutan dan gua di Margaret River. Menyelam sambil melihat bangkai kapal karam dan lihat ikan paus di sepanjang perjalanan. Dari utara Perth, anda tiba di Ningaloo Reef yang merupakan terumbu pinggir terbesar di dunia serta Broome, dan di sini anda boleh menunggang unta ketika matahari terbenam di sepanjang Cable Beach.

Gunakan peta untuk menerokia tempat untuk dikunjungi dan aktiviti untuk dilakukan

States
States

Idea Australia selanjutnya