Rottnest Island, Australia Barat

Rottnest Island, WA. © Tourism Western Australia

Rottnest Island, Australia Barat

Rottnest Island, hanya sejauh perjalanan feri yang singkat dari Perth, terasa bagaikan anda di alam yang lain daripada kehidupan bandar. Rottnest Island telah dipisahkan dari tanah besar Australia Barat kira-kira 7,000 tahun yang lalu apabila paras laut naik. Catatan awal penghunian manusia di Rottnest Island adalah lebih daripada 6,500 tahun dahulu, apabila kaum Orang Asli Nyungah tinggal di kawasan ini. Dikenali oleh Orang Asli tempatan sebagai Wadjemup, pulau ini mempunyai kepentingan spiritual kepada komuniti Orang Asli.

Rottnest Island telah pun menjadi destinasi pelancong yang masyhur semenjak awal tahun 1900-an apabila feri membawa pelancong ke pantai yang indah dan teluk yang mengagumkan di pulau ini sewaktu lawatan hari Ahad.

Berjalan kaki dengan santai melalui petempatan utama mengembalikan anda kepada zaman dahulu manakala anda melepasi rumah-rumah berseni bina kolonial yang telah dibina pada pertengahan tahun 1800-an. Berek-berek lama di sini merupakan pilihan yang baik untuk perkhemahan dan kembara beg galas.

Lawatan di darat dan di laut menawarkan pengalaman unik, dari pertemuan dengan hidupan liar, hingga lawatan berkenaan sejarah dan budaya yang membawakan warisan laut, banduan serta Perang Dunia Kedua Rottnest ini hidup dan nyata di hadapan anda.

Rottnest Island diklasifikasikan sebagai Simpanan Alam Semula Jadi Kelas A yang melindungi tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai dan luar biasa serta hidupan marin dan hidupan liar yang melimpah ruah. Temui walabi kecil, marsupial comel seperti kanggaru kecil yang hanya boleh didapati di Australia Barat. Dalam bulan-bulan musim luruh dan musim sejuk (Mac hingga Ogos) anda boleh melihat anak-anak kanggaru ini sekadar melihat keluar dari pau ibunya dan dalam musim bunga (September hingga November) melompat-lompat menjelajahi dunia barunya. Sertai pelayaran hidupan liar dan saksikan anjing laut berbulu, helang laut, penyu, ikan lumba-lumba dan ikan paus.

Laut di sekeliling Rottnest Island mengandungi beberapa tinggalan kapal karam - warisan penjelajahan awal pesisir pantai Australia Barat, yang amat sesuai sebagai tempat menyelam dan bersnorkel. Australia Barat mempunyai pemilikan bot per kapita yang tertinggi di Australia dan Rottnest Island merupakan destinasi popular bagi pelayaran.

Tanpa kereta di jalan raya, menunggang basikal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk ke mana-mana di pulau ini. Sewaan basikal boleh didapati di terminal feri dan di seluruh pulau. Bayseeker Bus juga memberi perkhidmatan ke sekeliling pulau, dengan tempat berhenti di pantai terlindung dan tempat meluncur air. Aktiviti keluarga yang lain iaitu sukan golf, tenis, membeli-belah dan kafe serta restoran boleh didapati di Thomson Bay yang terletak berdekatan.

Pergilah kei Wadjemup Hill dan alami pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari rumah api Wadjemup Lighthouse. Air laut Lautan Hindi bak nilam kristal membingkaikan gambar pulau ini yang mengagumkan. Sertai lawatan dan jelajahi rumah api sebenar yang masih berfungsi.

Pergi ke luar dan alami jejak berjalan kaki seperti West End Boardwalk dan Vlamingh’s Heritage Trail. Apabila anda sampai di pedalaman pulau ini, anda akan menemui lanskap purba tasik garam berwarna merah jambu, bukit pasir beralun dan pokok-pokok yang diukir oleh angin laut yang beratus tahun.

Terdapat pelbagai penginapan di Rottnest Island, dari vila dengan pemandangan lautan serta rumah penginapan warisan, di samping kabin, hotel dan hostel pengembara beg galas yang selesa.

Feri ke Rottnest Island berlepas mengikut jadual dari Barrack Street Jetty; Hillarys Marina dan Fremantle di Perth atau tiba dengan bergaya dengan helikopter atau teksi udara.

Idea Lebih Lanjut mengenai Australia