Nikmati makanan dan selami masa silam di Fremantle

Nikmati makanan dan selami masa silam di Fremantle

Nikmati makanan yang lazat dan terokai sejarah yang menakjubkan di Fremantle.
Makanan sentiasa diraikan di pelabuhan Fremantle yang bersejarah. Di bandar raya ini anda boleh menjamu selera di jalan-jalan yang tersenarai dalam warisan dunia dan sibuk dengan penghibur jalanan atau di lorong yang berliku-liku yang dipenuhi dengan barisan hasil seni. Hidangan anda seterusnya sedekat muzik yang kedengaran dari pub kolonial atau angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup dari pelabuhan.

Mulakan lawatan makanan-dan-keseronokan anda di pusat kopi kapucino yang sibuk dan dikelilingi deretan kafe luar bangunan serta restoran dan pub lama pelaut yang penuh dengan pengunjung dari seluruh pelosok dunia di Fremantle. Untuk merasa makanan laut yang terkenal di Fremantle, restoran dan kafe yang terletak di sepanjang Fishing Boat Harbour merupakan tempat terbaik untuk mencuba tangkapan segar dari Indian Ocean.

Fremantle juga menawarkan pelbagai juadah lain di sepanjang jalan yang berliku-liku. Makan di luar di kedai makanan orang Asia atau India atau di salah sebuah kedai piza dan pasta yang begitu banyak terdapat di sini serta bersuasana ceria dan kedai-kedai ini menonjolkan komuniti orang Itali di bandaraya ini. Untuk hasil tani yang segar, jangan ketinggalan melawat pasar hujung minggu dan di sini penghibur jalanan bersaing dengan penjaja serta gerai buah-buahan yang berwarna-warni dan gerai sayur-sayuran.

Di bandar raya ini, pengalaman anda dengan makanan di sini dipengaruhi oleh kepelbagaian penduduknya serta keindahan warisannya yang begitu banyak. Fremantle merupakan contoh landskap jalanan pelabuhan abad ke 19 di Australia yang dipelihara paling baik di dunia dan jalannya penuh dengan cerita tentang banduan penjenayah, hero maritim, pemberontak yang sanggup membunuh dan peneroka.

Anda boleh menyelami masa silam semasa lawatan pada waktu siang hari atau lawatan waktu malam dengan lampu suluh anda di Fremantle Prison yang merupakan penjara pertama dan struktur terbesar yang dibina oleh banduan di negeri ini. Ia penuh dengan cerita dari laut di Muzium Maritim Australia Barat dan dari sini anda dapat melihat Indian Ocean. Di sini anda dapat melihat kapal pesiar Australia II yang memenangi Piala America, kapal selam kelompok Oberon dan bangkai kapal terkenal abad ke 17 iaitu Dutch Batavia.

Jelajahi sejarah penjenayah bandar raya ini di Laluan Jalan Kaki Banduan yang akan membawa anda ke Pensioner’s Barracks dan Essex Street yang suatu masa dahulu merupakan jalan yang paling berbahaya di Fremantle. Atau lihat kehidupan sebelum terdapatnya penempatan orang Eropah di Laluan Warisan Manjaree. Anda dapat lihat salah satu tradisi lisan yang tertua di dunia apabila anda beredar dari Cantonment Hill iaitu tempat semangat dingo dan melepasi mercu tanda lain yang penting bagi orang Nyoongar.

Dari makanan laut hingga ke bangkai kapal, banyak perkara yang ditawarkan oleh Fremantle kepada orang yang suka makan dan peminat sejarah.

 

 

 

Idea Australia selanjutnya