Tarikan Semula Jadi Bundaberg

Tarikan Semula Jadi Bundaberg

Koloni penyu yang sukar ditemui ini merupakan antara tarikan semula jadi yang mampu membuat anda terpegun. Ia berhampiran Bundaberg, empat jam memandu ke utara dari Brisbane.  Bandaraya bersejarah yang terkenal dengan tanaman tebu ini juga merupakan pintu gerbang paling selatan ke Terumbu Sawar Besar, disempadani karang dan kai, serta pantai putih bersih yang mengunjur sepanjang 140km.  Pergi menyelam dan bersnorkel di Kepulauan Lady Musgrave dan Lady Elliot , berenang serta memancing dari taman negara pesisir pantai.  Bundaberg juga menawarkan lebih banyak tarikan bandar tradisional, termasuk muzium, bangunan warisan dan taman botani yang subur dengan bunga-bungaan. 

Anda hanya perlu memandu sebentar dari Bundaberg untuk ke Mon Repos Conservation Park, yang menjadi tempat tumpuan terbesar penyu laut yang bersarang di timur tanah besar Australia.  Antara November dengan Mac, anda boleh menyertai lawatan yang diadakan setiap malam untuk melihat penyu hijau, flatback dan loggerhead yang terancam, bersarang dan menetas di pantai kecil ini.  Pertengahan November hingga Februari adalah masa terbaik untuk melihat penyu betina bertelur, sementara penyu yang baru menetas pula biasanya mula meninggalkan sarang mereka dari pertengahan Januari.   Pada bulan Januari anda mungkin dapat mengimbas kedua-dua penyu dewasa bersarang dan anak penyu yang baru menetas, merangkak ke pinggir laut untuk berenang buat pertama kali. 

Sepanjang musim panas, sejumlah kecil daripada penyu-penyu ini juga bersarang dan menetas di Kepulauan Lady Elliot dan Lady Musgrave yang berhampiran, pulau karang yang paling selatan di Terumbu Sawar Besar.   Terdapat juga tempat yang cukup hebat untuk bersnorkel dan menyelam, dengan pari kola dan memancing di tengah-tengah hidupan laut yang berwarna-warni ini. Tinggal di pusat peranginan eko di Pulau Lady Elliot, yang menempatkan 19 tapak menyelam.  Sertai rombongan jalan kaki terumbu berpandu atau kembara berjalan kaki mengelilingi pulau ini, sambil meninjau hidupan unggas yang pelbagai di sini. 

Lebih utara sedikit terdapat Pulau Lady Musgrave, sebuah taman negara dan satu-satunya pulau karang di Terumbu Sawar Besar dengan lagun yang boleh dilayari.  Berenang dan bersnorkel di perairan lagun yang bening, dan berwarna pirus bersebelahan ikan trout karang dan ikan beraneka warna lain yang besar-besar belaka.  Menyelam skuba bersama-sama pari kola dan malung, menggelungsur di atas terumbu dalam bot dengan dasar kaca atau saksikan tapak sulaiman, landak laut, kepah dan karang yang terdedah apabila air surut.  Terokai pulau dalam perjalanan sehari atau biarkan diri anda terdampar – anda cuma perlu tempah lebih awal untuk salah satu daripada 40 tempat berkhemah.

Bundaberg juga merupakan hab Coral Coast, unjuran pantai putih bersih yang permai, taman negara dan pekan pesisir pantai yang santai.  Luncur ombak besar di Agnes Water dan kunjungi pekan kembarnya pada tahun 1770, sebuah tempat persinggahan kapal persiaran terumbu dan kapal carter untuk memancing.  Berenang atau memancing di Elliot Heads, menyelam di Coral Cove dan Innes Park atau tinjau kanggaru di Woodgate Beach. 

Sekembalinya anda ke Bundaberg, anda boleh menjejaki warisan bandar ini di muzium dan bangunan kolonialnya yang indah.  Naiki kapal persiaran menyusuri Sungai Burnett, naiki kereta api gula melalui Botanic Gardens dan lawati kilang Rum Bundaberg yang terkemuka. 

Kunjungi Bundaberg, di mana penyu Mon Repos adalah antara pelbagai tarikan bandaraya ini.

Idea Australia selanjutnya