Tasmania - Launceston, Devonport dan Burnie

Tasmania - Launceston, Devonport dan Burnie

Pekan Tasmania yang kompak dan indah pemandangannya, iaitu Launceston, Devonport dan Burnie mempunyai banyak tarikan untuk menceriakan para pelancong.  Temui restoran, galeri, kawasan taman dan skap jalan raya bersejarah, serta bersua muka dengan penduduk setempatnya yang mesra dan terokai tarikan di sekitarnya.  Di bahagian utara Tasmania terdapat Launceston, lokasi bagi suasana kebudayaan yang berkembang maju dan hidupan liar di Cataract Gorge.  Di sepanjang pantai barat laut pulau ini yang berceranggah anda boleh menerokai pelabuhan Devonport yang indah dan bandar Burnie di tepi pantai yang bersemangat. 

Rumah Victoria papan tindih bertaburan di jalan-jalan  Launceston yang beralun, bandar kedua terbesar di Tasmania.  Merayau-rayau melalui taman yang berusia seabad lamanya dan terokai Cataract Gorge, kawasan hutan yang memukau, hanya beberapa minit dari pusat bandaraya.  Bersiar-siar melalui lurah yang disempadani paku-pakis, panjat atau menuruni dinding gaung atau nikmati panorama indah dari kereta kabel.  Tinjau restoran yang membarisi pesisir pantai yang diberi nafas baru, di mana terdapat boardwalk yang menuju ke Inveresk dan salah sebuah galeri terbaik di wilayah ini. 

Dari Launceston, laluan Tamar Valley Wine Route berliku-liku melalui tanah lembap, taman hidupan liar dan kilang wain ke Georgetown, dekat padang lavendar di Nabowla yang tersusun rapi dan koloni penguin kecil di Low Head.   Atau pandu melewati kawasan tumbuhan ke Scottsdale dan Bridport, di mana anda boleh bermain golf dengan pemandangan Bass Strait.  Berhampiran Launceston juga terdapat perkampungan yang damai seperti Longford, Ross dan Evandale.  Pada bulan April, Targa Tasmania, rali enam hari atas tarmak yang menguja, bermula di Launceston dan mengelilingi Tasmania. 

Disempadani tanah ladang yang subur dan pesisir pantai yang liar, Devonport dikenali kerana budaya kreatif, ketenangan dan udara lautnya yang bersih.   Berjalan mengelilingi pelabuhan ini, di mana kapal Spirit of Tasmania menjadi mercu tanda, dan teruskan perjalanan di sepanjang jalur pantai ke pantai The Bluff yang berpasir.   Tinjau pantai luncur air, pergi mendayung atau berlayar di sepanjang Sungai Mersey dan ketahui mengenai sejarah Orang Asli tempatan di Tiagarra Aboriginal Centre.  Saksikan burung penguin di Pantai Lillico dan memancing dari pantai atau Sungai Mersey.  
 Pekan yang indah permai bertaburan di pedalaman yang subur menghijau.  Cari barang antik di Latrobe, lihat mural di Sheffield dan beli-belah kraf di Deloraine.  Atau lakukan perjalanan di sepanjang pantai ke perkampungan tepi pantai seperti Penguin, Wynard dan Stanley, yang terletak dalam teduhan palam gunung berapi yang dikenali sebagai ‘The Nut’.  Meluncur gelombang yang besar di Marrawah dan belayar menyusuri Sungai Arthur menuju belantara Tarkine.  Di luar pesisir pantai terdapat Pulau King yang terpencil, di mana anda boleh menyelam bangkai kapal, pergi memancing dan merasai keju tempatan yang terkenal.

Jalan tepi pantai dari Devonport melalui pelabuhan Burnie, permulaan bagi lumba 10km perdana di Australia (enam batu), yang dikenali sebagai Burnie Ten.  Menjamu selera dengan ‘fish and chips’ di sepanjang pantai atau sertai mereka yang bercuti pada musim panas, ketika penyelamat nyawa berulang alik mengawasi kawasan pantai.  Burnie merupakan lokasi bagi ladang pepohon kayu putih dan kilang kertas yang mempamerkan hasil karya pelukis tempatan.  Ketahui mengenai sejarah bandar di Muzium Pioneer Village, sertai rombongan merasa keju di kilang keju dan rasai sedikit wiski malt di kilang penyulingan. 

Kunjungi Launceston, Devonport dan Burnie dan anda akan lihat bahawa bandar-bandar kecil  Tasmania mempunyai personaliti yang amat besar.

Idea Australia selanjutnya