Bondi ke Bronte, Sydney

Bondi ke Bronte, Sydney

Musim panas Sydney semuanya mengenai pesisir pantainya, dan tidak banyak tempat yang setanding  dan dianggap sebagai ikon seperti dari Bondi ke Bronte.  Pelajari bagaimana untuk meluncur, sertai orang-orang yang menarik di Tamarama dan berenang di kolam batu mesra keluarga Bronte.  Lihat kesemua tiga pantai pada laluan Brondi ke Bronte - pesisir pendek yang menakjubkan sepanjang cenuram batu pasir. 

Mulakan perjalanan anda pada lengkok Pantai Bondi, satu kilometer di mana orang ramai dari pelbagai tempat datang bermain.  Ia merupakan pusat aktiviti sepanjang tahun, terutamanya pada musim panas, di mana orang ramai bersantai di atas pasir.  Berenang antara bendera dan belajar meluncur dalam ombak yang lembut di hujung utara pantai.   Makan tengah hari dengan pemandangan Campbell Parade atau pergi ke tempat makan di Hall Street.  Membeli belah di butik dan melihat pasar Ahad untuk barangan perhiasan yang dibuat sendiri, rekaan tempatan dan barangan terpakai yang bergaya.  Menonton aksi pinggir air dari sesiaran atau mengagumi kanak-kanak akrobatik di Taman Luncur Bondi.  Luangkan masa di kolam lautan Bondi Icebergs, atau memerhatikan perenang dengan minuman di restoran di atas. 

Dengan keindahan yang menakjubkan dan pelbagai kelompok orang ramai, Pantai Bondi merupakan pusat pelbagai acara musim panas.  Di sinilah tempatnya pelancong memakai topi Santa dan pakaian renang menyambut Hari Krismas.  Seminggu kemudian, ucapan selamat datang tahun baru dengan bunga api dan pesta tarian pantai dengan DJ antarabangsa.   Pada bulan Januari, festival filem pendek Flickerfest menghangatkan pawagam musim panas Sydney dengan tayangan di Bondi Pavilion dan di bawah bintang di Pantai Bondi. 

Semua hanyalah glamor semula jadi sepanjang atas cenuram, yang bermula di Icebergs pada mercu selatan Brondi.   Menghayati pemandangan menggembirakan melalui Lautan Pasifik bersama dengan cenuram berceracak, dimakan masa melewati tempat terkenal tempatan.  Pada awal bulan November, anda juga melepasi lebih daripada seratus arca yang cantik sebagai sebahagian dari Arca Pameran Laut.  Barang pameran yang terdahulu termasuklah serangga besi yang merayap di atas kereta, batu berukirkan wanita sedang bermandikan cahaya matahari di atas batu dan iglu wayar pada Pantai Tamarama.

Digelar Glamarama kerana kumpulan orang ramai yang menyenangkan, Tamarama menawarkan peluncuran ombak yang hebat, separa bulatan yang dalam untuk pemain bola tampar dan kawasan berumput untuk barbeku dan berkelah.  Dari sini, perjalanan tepi pantai mendaki sekali lagi, menawarkan pemandangan lautan yang sayup mata memandang sebelum menuruni cerun ke arah Bronte.  Berenang dari pantai atau di dalam Bronte Baths, yang mana laluan renang beralun-alun oleh ombak lautan.  Peluncur air boleh menunjukkan kehebatan masing-masing dengan meluncur ombak di bahagian selatan atau pecahan pantai di utara.  Taman dengan deretan pohon amat digemari untuk perkelahan keluarga beramai-ramai dan kemeriahan permainan bola sepak. Anda juga dapat menikmati kopi yang istimewa di cafe yang nampak bergaya. 

Berjalan pulang ke Bondi, naiki bas ke bandar atau jika mahu, boleh teruskan dengan menyusuri jalan di sepanjang pantai.  Dari Bronte, ia menganjur ke selatan, ke tempat mensnorkel di Clovelly dan Teluk Gordons;  Coogee sesak dengan kaum keluarga dan pengembara yang menggalas beg dan Maroubra yang mencabar dengan ombak besarnya. 

Pada musim panas ini, asyikkan diri anda dengan berjemur di bawah cahaya matahari Sydney dengan berjalan dari Bondi ke Bronte.

 

Idea Australia selanjutnya