Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia

Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia

“Tiada yang seumpama melihat bayangan Sydney Opera House ketika ia muncul dari tempatnya ketika matahari terbit.”

Usahawan yang kerap mengembara, Hitoshi sangat suka menerokai kawasan World Heritage dan memang akan menghayati dan mengambil gambar ketika matahari terbit setiap kali dia berada di sini. Hitoshi telah mengambil begitu banyak gambar matahari terbit dalam perjalanan antarabangsanya, yang kerap dilakukan untuk perniagaan dan sekali-sekala untuk bersantai. Namun begitu, pengembara yang cukup berpengalaman ini masih terpegun oleh Australia, di mana dia menikmati dan menghayati fajar menyinsing merentasi ikon World Heritage seperti Sydney Harbour dan Uluru.

“Saya melintasi Sydney Harbour pada awal pagi untuk melihat Opera House, simbol bandaraya ini, dari pinggir utara. Apabila langit semakin cerah, bayangan bangunan yang begitu hebat ini muncul dan terpantul pada permukaan pelabuhan, kata Hitoshi.

Ia merupakan pengenalan yang hebat kepada Sydney untuk Hitoshi, yang kemudiannya menerokai bandaraya ini dengan berjalan kaki. Dia berjalan di sekitar Circular Quay antara Opera House yang ikonik dan Sydney Harbour Bridge. Dia juga menemui Queen Victoria Building yang bersejarah, yang kini menempatkan cafe lama dan ratusan kedai barangan khusus. Di Hyde Park, Hitoshi mengembara sepanjang avenue yang dibarisi pokok ara majestik menuju ke Tomb of the Unknown Soldier. Dia juga berjalan ke bahagian dalaman bandaraya di Surry Hills, dengan campuran restoran, galeri, bar dan butik.

Dari Sydney, Hitoshi terbang ke Red Centre untuk melihat Uluru yang tersenarai sebagai World Heritage. Di sini, dia menyertai pengembaraan pagi dan petang, untuk menghargai kecantikan Uluru yang bertukar pada waktu fajar dan senja.

“Saya mempunyai kenangan hebat makan pagi semasa melihat Uluru penuh kemerahan dalam sinaran suria pagi, dan makan malam di bawah kanopi bintang."

Percutian Australia Hitoshi juga termasuk bangunan dan alam semulajadi World Heritage dari Melbourne ke Tasmania. Di Melbourne, dia menjelajah Royal Exhibition Building, yang bertempat di Carlton Gardens yang cantik, dan merupakan salah satu daripada pavilion pameran tertua di dunia yang masih kekal sehingga hari ini. Dia juga berjalan sepanjang Great Ocean Road yang berceranggah, melintasi pantai luncur, hutan hujan dan perkampungan nelayan sehingga Twelve Apostles.

Di Tasmania, Hitoshi mengembara sepanjang jalan batu bulat di Salamanca Place Hobart, mendaki ke puncak Mount Wellington dan menghayati sejarah banduan di Port Arthur. Dari Launceston, dia menerokai Cataract Gorge dan juga hutan belantara World Heritage di sekitar Cradle Mountain.

Hitoshi merancang untuk melihat lebih lagi World Heritage Sites dalam perjalanan Australia seterusnya. Hentian pertama ialah Lord Howe Island, di mana dia akan menghayati kecantikan alam semulajadi dalam perjalanan pendakian.



Baca lebih lanjut mengenai Cerita Percutian Australia

Canberra, bandaraya pencinta alam sekitar
Percutian impian di Gold Coast
Bulan madu Hobart – semuanya tentang lawatan harian
Keajaiban Geologikal di Karijini
Dari Perth ke Pinnacles
Fajar menyingsing di ikon World Heritage Australia
Kembara Australia – dari Red Centre ke Tasmania
Keseronokan keluarga di Margaret River
Keajaiban Kakadu yang sentiasa berubah

Tangalooma, Pulau Moreton
Taman Negara Tasman, Tasmania
Kimberley: cerita Australia yang takkan dilupakan
Valley of The Giants
Percutian Australia yang Hebat
Percutian Tasmania yang boleh diingati
Keseronokan sepanjang Great Ocean Road
Wave Rock: Satu Keajaiban Australia Barat

Idea Australia selanjutnya