Sydney dan sekitarnya

Sydney dan sekitarnya

Lihatlah pelabuhan Sydney yang cantik, gaya hidup luarnya yang menggoda dan keindahan semula jadinya yang menawan. Berkayak di bawah Sydney Harbour Bridge atau melambai ke arah Opera House semasa anda menaiki feri merentasi pelabuhan menuju ke Manly. Belajar meluncur air di Bondi Beach atau berenang di dalam air tenang di Coogee. Lihatlah dengan penuh keasyikan jalan mati batu buntar di The Rocks atau pasar, butik, kafe dan pub di Paddington. Selain pelabuhan yang terkenal di dunia dan lebih daripada 70 pantai yang indah, Sydney juga menawarkan makanan yang lazat, festival dan keseronokan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Jangan ketinggalan lima pengalaman ini di Sydney:

Rocks Markets, Sydney, NSW
Rocks Markets, Sydney, NSW

1. Jelajahi Rocks yang bersejarah

Terokai sejarah berwarna-warni penjenayah Sydney di kawasan tepi pelabuhan dan di sinilah sejarah ini bermula. Hanya lima minit dari Circular Quay, anda boleh dengar cerita orang digantung dan menghantui kawasan ini, ketika lawatan hantu dan bersiar-siar di pasar hujung minggu atau mendaki Harbour Bridge yang panjang. Di antara kekeliruan lorong batu pasir dan laman dalam, anda akan nampak kotej tukang yang bersejarah dan teres yang elegan, galeri seni, hotel dengan pemandangan pelabuhan dan pub tertua di Sydney. Lihat ramai orang berparti di atas jalan batu buntar apabila The Rocks meraikan Australia Day pada 26hb Januari , Anzac Day pada 25hb April dan Malam Tahun Baru.

Sydney, NSW
Sydney, NSW

2. Berkunjung ke pelabuhan terkenal di dunia

Belayar melepasi Opera House menaiki kapal pesiar yang dicarter atau berdayung dari Rose Bay dengan kayak. Belayar melihat pemandangan yang indah dari Circular Quay atau Darling Harbour, melepasi rumah agam di kawasan dermaga, taman negara dan pulau Shark, Clark, Rodd dan Goat. Melawat Fort Denison yang bersejarah atau ketahui tentang kehidupan penduduk pertama di Sydney iaitu orang Gadigal semasa pelayaran kebudayaan Orang Asli. Lihatlah pelabuhan bergemerlapan dari taman hijau di Royal Botanic Garden yang melengkung mengelilingi tepinya. Atau lihat pemandangan ini dari restoran di kawasan dermaga di Mosman yang terletak di sebelah utara jambatan ini atau Watsons Bay di South Head. Berjalan dari Rose Bay ke Vaucluse atau dari Cremorne Point ke Mosman Bay yang merupakan beberapa laluan dari antara 16 laluan yang indah di pesisir bawah pelabuhan ini.

Manly, NSW
Manly, NSW

3. Melawat Manly dengan menaiki feri

Mengembara merentasi Sydney Harbour dengan menaiki feri ke Manly yang terletak di antara pantai tempat meluncur air dan pelabuhan pedalaman yang tenang. Bersiar-siar melalui tanah belukar di Manly yang indah menuju ke Spit Bridge dan belajar menyelam skuba di Cabbage Tree Bay atau berbasikal ke Fairy Bower. Berkelah di Shelly Beach di lautan dan belayar atau berkayak dari Manly Wharf mengelilingi pelabuhan. Sewa skuter dan pergi balik di pantai utara seperti Narrabeen dan Palm Beach. Jelajah kedai, bar dan kafe di Corso yang sibuk dan dikelilingi pokok pain dan makan di restoran bertaraf dunia dengan pemandangan laut.

Paddington, NSW
Paddington, NSW

4. Nikmati budaya kafe dan beli-belah di Paddington

Bersiar-siar di pasar hari Sabtu, melihat-lihat butik fesyen di Oxford Street yang sibuk atau terokai kedai barang antik dan galeri seni di Woollahra yang berkelas tinggi. Kunjungi pangkalan Victoria Barracks Army 1840-an yang dibuka kepada orang ramai sekali seminggu dan lihat teres yang dipulihkan semula di tepi jalan yang luas dan penuh dengan pokok. Berbasikal atau ber-rollerblade di Centennial Park yang luas kemudian berhenti untuk makan tengah hari di kafe di Oxford St atau di Five Ways yang indah. Menonton filem di sebuah panggung wayang rumah seni atau membaca novel pada tengah malam di salah satu kedai jual buku yang terbesar. Makan angin di antara pub bersejarah yang ceria suasananya. Keadaan di sini semakin sibuk selepas sesuatu permainan tamat di stadium berdekatan atau pada hari perlumbaan apabila kaum lelaki dan wanita tiba dengan berpakaian serba cantik dari tempat perlumbaan.

Bondi Beach, NSW
Bondi Beach, NSW

5. Berjalan dari Bondi ke Coogee

Lihat pemandangan yang menakjubkan di Lautan Pasifik sambil anda berjalan di cenuram batu pasir yang terpahat oleh air laut dan berliku-liku di antara Bondi dan Coogee. Berenang di dalam kolam batu di Bondi Icebergs yang terkenal atau hanya melihat perenang sambil menikmati koktel pada waktu matahari terbenam dari atas restoran. Lihat ombak ganas di Tamarama yang digelar Glamarama kerana orang cantik yang berbaring di atas pasirnya yang berwarna emas. Dari pertengahan bulan Oktober hingga bulan November, jalan dari sini ke Bondi ditukar menjadi galeri luar bangunan bagi pameran Sculpture by the Sea. Anda boleh meluncur air, berkelah di atas rumput atau berhenti untuk minum kopi di Bronte yang mesra keluarga. Atau berenang, snorkel atau menyelam skuba di Clovelly Gordon’s Bay yang tenang. Lihat kubur penyajak Henry Lawson, Dorothea Mackellar, juruterbang Lawrence Hargrave di Waverley Cemetery yang terletak di tepi cenuram. Akhiri lawatan anda di Coogee yang indah dan merupakan syurga pengembara backpacker.

Sydney

Sydney

Berapa lama saya perlukan:
Minimum 2 hari

Waktu terbaik untuk pergi :
Sydney ialah tempat yang boleh dilawati sepanjang tahun dengan musim panasnya yang cerah dan musim sejuknya yang nyaman.

 

Idea Australia selanjutnya

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan berkunjung ke laman web Tourism New South Wales.