The Rocks

The Rocks, Sydney

Sejarah awal banduan di Sydney masih segar di Rocks, selirat jalan berturap batu bundar dan cul-de-sac yang terletak hanya lima minit dari Circular Quay. Anda cuma perlu melangkah keluar dari pantai depan pelabuhan untuk menemui teres batu pasir dan kotej serta antara pub tertua di Sydney. Presint bersejarah ini turut menarik kedua-dua pengunjung dan warga tempatan dengan muzium dan galerinya, pasar hujung minggu yang meriah dan hotel dengan pemandangan pelabuhan. Masa lampau dan masa kini bertembung dengan cara yang paling baik di The Rocks, yang menjadi tempat bagi rombongan pelancongan menyeramkan dan antara perayaan yang paling meriah di Sydney.

Lorong-lorong yang curam dan berselirat di The Rocks mengunjur ke bahagian barat Circular Quay dan lengkung keluli Sydney Harbour Bridge yang utuh. Mulakan pengembaraan anda dengan menikmati pemandangan di pantai depan pelabuhan, dari Opera House yang menjadi ikon di sebelahnya hingga ke bawah jambatan. Kunjungi Pylon Lookout, atau dapatkan pemandangan yang lebih baik dengan memanjat rentang jambatan dalam kumpulan tersusun.

Pub di sini adalah antara yang tertua di Sydney, dan anda boleh menyertai rombongan berjalan kaki untuk belajar mengenai sejarahnya yang berwarna-warni. Dengar muzik ‘live’ atau rasai bir yang dibru di sini di mana pelayar, tentera dan pemunggah kargo meraikan dan menghilangkan kegusaran mereka dengan minum sepuasnya dalam tahun 1800an. Pemandu pelancong boleh membantu anda membayangkan kehidupan golongan ini, yang telah bergelut dengan kemiskinan dan kesusahan, serta keadaan yang diselubungi pelbagai penyakit. Selami kisah mereka sambil anda merayau-rayau antara pub, teres Playfair Street, bangunan setor dan kotej pekerja yang bersejarah.

Kini, ia menempatkan butik dan galeri yang anggun, di mana anda boleh membeli-belah cenderahati kelas elit atau melihat para pelukis Australia berkarya. Di pasar Minggu yang popular, anda boleh dapati segala-galanya dari barangan kemas buatan tangan yang bergaya hinggalah ke perisa bush tucker gourmet. Selepas itu, dapatkan bacaan kad tarot dalam kedai buku esoterik atau makan tengah hari segera di patiserie atau kafe dengan laman dalam dengan ciri kolonial.

The Rocks juga merupakan hab bagi beberapa tarikan artistik Sydney yang paling terkenal. Di Walsh Bay yang berhampiran, anda boleh menyaksikan persembahan daripada Sydney Theatre Company atau sertai kelas tarian dengan Sydney Dance Company. Berhadapan dengan Circular Quay terletak Muzium Seni Kontemporari, yang mempamerkan pameran teknologi moden terkini dari seluruh Australia dan dunia.

Untuk pengalaman bersejarah, tuju ke Muzium Keadilan dan Polis, yang pernah satu masa dahulu menjadi mahkamah yang memproses kes jenayah yang berlaku di kawasan dermaga Sydney yang ganas. Tinjau ke dalam penjara reman lama dan bilik penjaga polis yang telah dibaik pulih pada tahun 1890an. .Untuk menyelam lebih dalam ke dalam sejarah awal hitam Sydney, sertai rombongan pelancongan menyeramkan mengelilingi The Rocks. Dengar kisah seram dan menakutkan sambil anda berjalan melalui lorong-lorong belakang yang kecil berbekalkan lantera sebagai sumber cahaya.

Roh mungkin menggemari lorong berturap batu bundar, namun anda lebih mungkin bertemu para pelancong antarabangsa atau kakitangan pejabat bandar minum di salah sebuah hotel warisan daripada makhluk ini. Anda juga mungkin mendapati diri anda terperangkap dalam gerombolan yang riuh rendah semasa salah satu perayaan terbesar di Sydney. Dengar band bermain secara ‘live’ dan alami suasana Hari Australia pada 26 Januari atau saksikan pertunjukan bunga api di atas Sydney Harbour pada Malam Tahun Baru. Jangan ketinggalan untuk mengunjungi The Rocks, di mana masa lampau dan masa kini Sydney bertembung dengan cara yang terhebat.

Idea Australia selanjutnya