Festival Orang Asli Australia

Festival Orang Asli Australia

Dari tradisi purba hingga amalan kontemporari, Orang Asli Australia meraikan dan berkongsi budaya mereka di pelbagai festival yang berwarna-warni. Timba ilmu mengenai orang Yolngu yang tinggal di timur laut Arnhem Land dalam pesta penuh semangat iaitu Festival Garma atau menghala ke Semenanjung Cape York untuk meraikan Festival Tarian Orang Asli Laura. Nikmati pelbagai seni Orang Asli di Pameran Seni Orang Asli Darwin atau alami segala-galanya dari konsert ke komedi di Festival Mimpi Queensland. Pilih daripada tiga acara Orang Asli di Ord Valley Muster Kununurra atau dengari pemuzik Orang Asli baharu muncul sebagai sebahagian daripada Festival St Kilda Melbourne. Alami kehidupan bersama komuniti Tanah Arnhem yang terpencil dalam Festival Stone Country atau mengembara ke masa lampau dalam pesta Dreamtime di Walking with Spirits.

Ord Valley Muster, Western Australia
Ord Valley Muster, Western Australia

Ord Valley Muster, Western Australia

Anda akan berpeluang untuk menyertai tiga acara Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada Ord Valley Muster, yang diadakan pada bulan Mei di Kununurra. Berkelah sambil menonton Konsert Barramundi, yang dimulakan oleh pemilik tanah Miriwoong Gajeroong dengan tarian tradisional, didgeridoo dan kayu ketuk. Aksi kontemporari seperti Mary G, yang mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Ratu Orang Kulit Hitam Kimberley’ turut dipersembahkan. Pelajari mengenai kepentingan semangat Ord Valley dari Orang Asli setempat semasa acara Sharing our Stories yang bermaksud Berkongsi Kisah Kita. Atau sertai Waringarri Corroboree, sebuah pameran kerja seni East Kimberley yang diiringi oleh corroboree tradisional. Lihat Aboriginal Dreaming yang bermaksud Jejak Mimpi Orang Asli dihidupkan melalui nyanyian dan tarian sambil menjamu selera dengan daging lembu dan damper (roti orang asli) yang dimasak dengan unggun api.

Festival Tarian Orang Asli Laura, Queensland
Festival Tarian Orang Asli Laura, Queensland

Festival Tarian Orang Asli Laura, Queensland

Ratusan penari dan ribuan penduduk berpusu-pusu ke pekan kecil Laura untuk Festival Tarian Orang Asli Laura yang diadakan dua tahun sekali dalam bulan Jun. Ini merupakan peluang bagi masyarakat Orang Asli dari seberang Semenanjung Cape York untuk merayakan dan berkongsi budaya mereka melalui tarian, nyanyian, seni dan persembahan. Ahli keluarga  kembali mengeratkan hubungan dan menyampaikan kisah mereka sementara para pengunjung dari serata tempat datang untuk mengalami budaya yang berusia lebih 40,000 tahun ini. Pasangkan khemah di tapak perkhemahan festival, yang diadakan di atas tanah suci berhampiran seni batu pra-sejarah Laura yang terkenal. Anda boleh tiba di sini dengan melencong daripada Great Tropical Drive di antara Cooktown dan Mareeba.

Festival Jejak Mimpi, Queensland
Festival Jejak Mimpi, Queensland

Festival Jejak Mimpi, Queensland

Para  seniman Orang Asli menyertai penghibur Orang Asli dari seluruh dunia dalam Festival Jejak Mimpi, yang diadakan di Woodford selama tiga hari dalam bulan Jun. Segala-galanya ada, dari konsert hinggalah ke galeri ke filem dan forum ditawarkan semasa perhimpunan global yang penuh bersemangat dan pelbagai ini. Hadiri upacara pembukaan di mana Orang Asli Jinibara mengalu-alukan kedatangan anda ke negara mereka. Alami rawatan tradisional, sertai bengkel kraf, saksikan persembahan tarian kontemporari dan berkumpul di sekeliling unggun api untuk Dreaming atau Bermimpi. Anda juga akan mendapati drama, aksi komedi, pameran makanan dan wain, bar, ruang seni dan festival kanak-kanak. Woodford terletak 90 minit ke utara Brisbane atau dua jam ke selatan Noosa dengan memandu.

Walking with Spirits, Wilayah Utara
Walking with Spirits, Wilayah Utara

Walking with Spirits, Wilayah Utara

Kembara jauh ke dalam Dreamtime di Walking with Spirits, hujung minggu unik dan penuh budaya yang berlangsung pada akhir bulan Julai atau awal bulan Ogos. Bertempat di MalkgulumbuItu, sebuah tapak air terjun dan tasik lebih kurang 100 kilometer tenggara dari Katherine. Di sini, orang Jawoyn berkongsi kisah mereka melalui corroborree tradisional di samping tarian, muzik, wayang, filem dan imej yang bersemangat.  Berkhemah di sekitar pokok paperbark dan bersatu dengan roh moyang yang membentuk tanah ini serta haiwan, tumbuhan dan musimnya. Inilah satu-satunya waktu dalam setahun untuk melawat lokasi yang terpencil dan cantik ini, dan tiket ke perayaan ini adalah terhad.

Festival Garma , Northern Territory
Festival Garma , Northern Territory

Festival Garma , Northern Territory

Kenali budaya Yolngu yang tidak pernah lapuk di Festival Garma, yang diadakan di timur laut Tanah Arnhem menjelang bulan Ogos. Bergembira dengan nyanyian dan tarian upacara, selami seni visual yang kaya dan berbeza di daerah ini atau hadiri forum akademik di sini. Berburu untuk mendapatkan bush tucker, ubat bush dan pewarna bush dengan kaum wanita atau pelajari cara membuat dan membaling lembing dengan kaum lelaki. Tetamu bukan Orang Asli dialu-alukan ke pertunjukan lima hari yang penuh bersemangat ini bersama-sama kumpulan Orang Asli yang berjiranan di sini. Ia diadakan di tengah-tengah hutan pepohon stringybark di Gulkula, di mana roh leluhur Ganbulapula membuat didgeridoo yang pertama. Gulkula terletak sekitar 40km dari pekan Nhulunbuy dan 14km dari lapangan terbang Gove.

Pameran Seni Orang Asli Darwin, Northern Territory
Pameran Seni Orang Asli Darwin, Northern Territory

Pameran Seni Orang Asli Darwin, Northern Territory

Lukisan kulit kayu, arca logam, didgeridoo, seni fiber dan barang kemas adalah antara beberapa hasil seni yang dijual di Pameran Seni Orang Asli Darwin pada bulan Ogos. Ini merupakan peluang unik bagi anda untuk membeli secara langsung daripada lebih 40 pusat seni Orang Asli milik komuniti di seluruh Australia. Anda juga boleh menemui para seniman yang baharu muncul dan telah lama berkecimpung dalam dunia seni, berbual dengan mereka dan pelajari mengenai gaya artistik berbeza yang terdapat dalam kumpulan kebudayaan yang berlainan. Dapatkan bakul anyaman dari East Gippsland, lukisan titik Dreamtime dari Alice Springs atau dekati lukisan kanvas berwarna kuning oker yang dihasilkan oleh para pelukis Warmun di wilayah Kimberley.

Festival Gunbalanya ‘Stone Country’ , Northern Territory
Festival Gunbalanya ‘Stone Country’ , Northern Territory

Festival Gunbalanya ‘Stone Country’ , Northern Territory

Alami kehidupan dalam masyarakat Gunbalanya (Oenpelli) di barat Tanah Arnhem dalam Festival Stone Country pada bulan Ogos.  Sempena festival ini, mereka yang bertutur dalam bahasa Kunwinjku membuka pintu mereka untuk para pengunjung. Saksikan tarian, dengar didgeridoo dan rasai bush tucker. Sertai lawatan seni batu, naiki penerbangan untuk menyaksikan pemandangan landskap Kakadu yang pasti memukau atau bersorak untuk para atlet tempatan dalam karnival sukan mereka. Pusat seni komuniti menempatkan lukisan dan mengadakan demonstrasi seni gentian, manakala kugiran tempatan memainkan muzik untuk menceriakan suasana di festival ini. Gunbalanya terletak tiga jam dari Darwin atau 45 minutes dari Jabiru di Taman Negara Kakadu dengan memandu.

Yalukit Willam Ngargee, Victoria
Yalukit Willam Ngargee, Victoria

Yalukit Willam Ngargee, Victoria

Dengar penyanyi dan pancaragam Orang Asli, terokai pameran seni dan lihat tarian kontemporari bertaraf dunia di Yalukit Willam Ngargee. Ia merupakan sebahagian daripada Festival St Kilda di Melbourne pada bulan Februari semasa musim panas. Maksud nama ini ialah ‘tempat perhimpunan orang ramai’ dan acara yang bersemangat dan percuma ini menghimpunkan barisan artis yang cukup hebat. Temui penghibur Orang Asli yang baharu dan sudah lama berkecimpung, dari pemain didgeridoo yang dikenali sebagai Ganga Girl hinggalah ke Ian Tambo yang diilhamkan oleh Motown. Bersantai di bawah sinaran sang suria dan nikmati muzik di pentas atau saksikan kugiran bermain pada waktu malam di pub di St Kilda. Terdapat pelancaran buku dan pembacaan, tayangan filem pendek, penghibur yang mengembara dan Pasar Malam Koorie yang menjual pelbagai barangan dan seni yang unik.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya