Terapung di udara di Fiesta Belon Canberra

Terapung di udara di Fiesta Belon Canberra

Warna-warna  daun berguguran bukan sahaja menandakan musim luruh di Canbera, bahkan jua ia bermulanya Fiesta Belon Canberra. Selama 9 hari di pagi yang nyaman di bulan Mac, belon-belon udara panas berlepas dari padang Old Parliament House. Saksikan acara menarik dengan beribu-ribu orang membanjiri fiesta ini dan alami sendiri pengalaman berada di dalam belon udara panas.. Walau apa jua pun anda lakukan, ia cara yang paling baik untuk memulakan hari-hari anda di Canberra, terutamanya apabila diiringi oleh sarapan panas dan hiburan  menarik. Selepas itu, keluar dan kunjungi muzium nasional, galeri, kilang wain dan taman perang kemerahan di Canberra.
 
Jurukemudi dan anak kapal belon dari seluruh dunia, menuju ke Canberra untuk fiesta tahunan ini, yang mampu mengejutkan kaki tidur sekali pun untuk bangun dan menyaksikannya. Tiba di sana pada 6.30 pagi untuk melihat permulaan perarakan belon-belon ini terbang ke awan. Tahun-tahun yang lalu, reka bentuk belon telah merangkumi bentuk rumah, kookaburra, katak gergasi, sepasang lebah madu yang menari dan replika kepala Vincent Van Gogh. Ia memang satu pemandangan yang hebat untuk melihat begitu banyak belon terapung di tengah-tengah langit biru pada musim luruh, dan juga boleh dilihat pada biasan kolam Old Parliament House.

Nikmatilah  keharmonian ini, dan tempah awal dengan syarikat belon udara panas untuk menyertai pameran terapung berwarna-warni ini. Ia cara yang unik untuk melihat ibu negara Australia. Canberra merupakan antara beberapa tempat di mana belon boleh terbang hampir dengan bangunan kerajaan. Manfaatkan pemandangan ini sambil anda terapungdi atas bangunan kebangsaan terkemuka seperti Old Parliament House dan New Parliament House, Galeri Nasional, Muzium dan Memorial Perang. Terapung di atas kilauan Tasik Burley Griffin dan lihat taman bandar ini yang disempadani pepohon musim luruh. Anda akan naik semasa fajar mula menyingsing dan mendarat tepat pada masanya untuk menikmati hiburan secara live dan sarapan panas.

Ia cara yang aman dan tenang untuk memulakan percutian anda di Canberra, di mana di sinilah terletaknya semua monumen nasional, muzium dan galeri Australia. Terokai tarikan ibu negara yang menakjubkan dan nikmati hari-hari musim luruh yang cerah dan disinari mentari di sekitar tasik atau di kawasan belukar bandar yang luas. Dalam ruang lingkup bandar raya ini, anda boleh berkanu, atau berkayak di Tasik Burley Griffin, bushwalk di Australian National Botanic Garden atau Canberra Nature Park dan kembara berjalan kaki mendaki Black Mountain untuk menikmati pandangan panorama. Pandu lebih jauh untuk berenang, menaiki bot, memancing dan berkelah di sepanjang Koridor Murrimbidgee River. Terokai tempat perlindungan hidupan liar peribumi di Tindibilla Nature Reserve atau puaskan ketagihan kembara anda di dalam suasana liar Namadgi National Park, yang lebih mudah aksesnya,iaitu sebahagian daripada banjaran Alp Australia. Jika ini semua   terlalu aktif untuk anda, pandu Laluan Poachers melalui pedalaman beralun wain Canberra, yang dipenuhi citra warna musim luruh. Laluan yang indah pemandangannya ini melalui ladang anggur, galeri seni, kafe yang nyaman, restoran yang disinari cahaya lilin dan khidmat penginapan dan sarapan suasana desa..

Semua ini merupakan alasan yang kukuh untuk menaiki belon udara panas  di Pesta Belon Canberra pada musim luruh ini.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya