AFL - Siri Akhir Liga Bola Sepak Australia

AFL - Siri Akhir Liga Bola Sepak Australia

Kebangsaan; Melbourne, Victoria
September

Dari bulan Mac hingga September, pasukan-pasukan Bola Sepak Peraturan Australia (AFL) bertarung hebat untuk menjadi lapan pasukan teratas dan seterusnya layak bertanding dalam siri akhir yang akan diadakan di Melbourne dalam bulan September. AFL adalah liga sukan yang paling dihadiri ramai di Australia, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane. Hampir seramai 95,000 peminat memenuhi tempat duduk Padang Kriket Melbourne (MCG) untuk menyaksikan perlawanan akhir sementara berjuta yang lain menontonnya di televisyen di seluruh dunia. Tiada yang lebih baik daripada berada di sana untuk menyaksikan siri akhir. Seluruh penduduk bandar merasai suasana karnival yang meriah sementara para peminat teruja menyorak pasukan mereka mencapai kemenangan. Ia sememangnya satu pengalaman Australia yang unik.

Bola Sepak Peraturan Australia (AFL) adalah liga sukan yang paling dihadiri ramai, dengan penyokong pasukan yang amat bersemangat di Melbourne Sydney, Adelaide, Perth dan Brisbane. Perlawanan dimainkan di seluruh negara mulai bulan Mac, dan mencapai kemuncaknya pada siri akhir di Melbourne dalam bulan September.

Bola sepak peraturan Australia diwujudkan secara rasmi pada tahun 1859, apabila Kelab Bola Sepak Melbourne ditubuhkan dan menetapkan peraturan permainannya yang pertama. Menjelang 1897,mereka menyertai Carlton, Collingwood, Essendon, Geelong, Melbourne dan St Kilda untuk membentuk Liga Bola Sepak Victoria. Ini merupakan pelopor Liga Bola Sepak Australia (AFL), yang ditubuhkan pada tahun 1989 dan pada hari ini mempunyai 17 pasukan di seluruh Australia.

Asal usul sukan ini sering didebatkan, tetapi ahli sejarah menunjukkan ia mempunyai gabungan pelbagai pengaruh, termasuk permainan ‘caid’ Ireland, kesatuan ragbi dan permainan tradisional Orang Asli seperti marngrook.

Pada hari ini, permainan yang bertenaga dan pantas ini menampilkan 2 pasukan dengan 18 pemain, yang perlu membawa bola berbentuk bujur ke arah tiang gol dengan menendang, membaling dan berlari. Matlamat permainan ini adalah untuk mendapat skor dengan menolak bola melalui tiang atau menendang melalui bahagian tengah dua tiang. Peraturan Australia adalah sukan kontak dan pemain dibenarkan menyerang dengan tangan atau menghalang pemain dengan badan mereka.

Anda boleh menyaksikan sukan Australia unik ini di lebih 100 perlawanan di tempat tuan rumah atau tempat pasukan lawan atau lawatan yang diadakan antara lewat Mac dan September. Lihat Sydney Swans bermain di Padang Kriket Sydney, West Coast Eagles bermain di Wacca di Perth, atau Brisbane Bears mempamerkan kehebatan mereka di Gabba.

Untuk merasakan demam AFL sebenar, tiada yang seumpama perlawanan Peringkat Akhir di Padang Kriket Melbourne yang menjadi ikon. Seluruh bandar raya menghayati suasana pesta apabila dua puak bertarung untuk meraih kejayaan. Semangat grand final amat terasa di Melbourne, di mana peminat sering dibahagikan mengikut kesetiaan yang telah terbina beberapa generasi.

Daripada kesemua sukan Australia, AFL juga mempunyai perwakilan Orang Asli terbesar. Sukan ini sangat popular dalam masyarakat Orang Asli, termasuk di Kepulauan Tiwi yang indah berhampiran Darwin, di mana segala-galanya terhenti untuk menyaksikan Bola Sepak Peringkat Akhir pada bulan Mac.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia