The Ashes 2013

The Ashes 2013

Kriket ialah salah satu sukan masa lapang Australia yang paling disukai, pertandingan kriket paling utama ialah the Ashes – siri kriket Test paling hebat dipertandingkan antara Australia dan England.

The Ashes diadakan di Australia setiap dua tahun kerana siri ini bersilih ganti di antara UK dan Australia. Siri Ashes Test seterusnya akan diadakan di Australia pada tahun 2013.

Pertandingan persahabatan antara dua negara ini diraikan melalui tradisi bermain kriket sejak abad ke 19.

Ashes mendapat namanya selepas satu pertandingan kriket pada tahun 1882 apabila Australia mengalahkan England buat julung kalinya di padang kriket England sendiri. Satu notis obituari palsu diterbitkan dalam suratkhabar British yang menyatakan kriket Inggeris telah mati dan jasadnya akan dibakar dan abunya dibawa ke Australia. Media Inggeris memanggil jelajah England ke Australia yang seterusnya sebagai satu pemburuan untuk mendapatkan semula The Ashes.

Siri The Ashes biasanya merangkumi lima pertandingaan Test. Di Australia, setiap Test diadakan di bandar yang berlainan. Padang yang digunakan adalah Gabba di Brisbane, Adelaide Oval, WACA di Perth, Padang Kriket Melbourne (MCG) dan Padang Kriket Sydney (SCG).

Mengikut tradisi, Melbourne menjadi hos kepada Boxing Day Test manakala Sydney pula menjadi hos kepada New Year Test. Kedua-duanya bermula pada hari cuti am dan dihadiri oleh penggemar kriket Australia.

Negara yang memenangi paling banyak Test untuk siri berkenaan akan memenangi the Ashes. Sekiranya berlaku seri, negara yang telahpun membawa pulang the Ashes akan dapat mengekalkannya. England kini membawa pulang The Ashes selepas memenangi siri 2010/11.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya