Hari Australia

Hari Australia

Kebangsaan
Januari

Hari Australia memperingati hari ulang tahun di mana Kapten Arthur Phillip mula-mula menaikkan bendera British di Sydney Cove pada 26 Januari 1788. Ia adalah hari cuti am di mana ratusan acara kecil dan besar diadakan di seluruh negara. Di Sydney, ribuan orang berkumpul di persisiran pantai Pelabuhan Sydney untuk meraikan sambutan di atas air. Di pekan dan bandar pula terdapat sarapan pagi komuniti, pesta pantai, tarian puak Aborigin corroboree dan konsert, perarakan dan pertunjukan, acara sukan, pameran kebudayaaan dan sejarah serta pertunjukan bunga api. Upacara kerakyatan diadakan untuk meraikan penduduk baru. Inilah hari untuk warga Australia meraikan segalanya yang hebat tentang menjadi warga Australia.

Hari Australia menandakan hari ulang tahun apabila Kapten Arthur Phillip pertama kali menaikkan bendera British di Sydney Cove dan memperingati ketibaan orang Eropah ke Australia pada 26 Januari 1788.

Hari Australia adalah cuti umum dan ia masa bagi rakyat Australia dari segala lapisan masyarakat meraikan perpaduan. Ia juga merupakan masa untuk mengibarkan bendera dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

Hari Australia biasanya bermula dengan acara rasmi pada waktu pagi di mana bendera dinaikkan, lagu kebangsaan dinyanyikan, meriam ditembakkan, projek komuniti khas dan orang perseorangan diiktiraf dan upacara diadakan untuk meraikan rakyat baru negara ini. Terdapat sarapan barbeku percuma dan parti pantai yang menyeronokkan, pertemuan corroboree dan konsert, perarakan dan pertunjukan, sukan, pesta dan bunga api.

Sejarah Hari Australia

Dalam tahun 1787, King George III menentukan nasib Australia dengan mengisytiharkannya sebagai tanah jajahan banduan Britain yang baru. Dihantar ke Teluk Botany merupakan hukuman berat. Hukuman yang dijatuhkan berbagai-bagai dari buang daerah minimum selama 7 tahun hinggalah seumur hidup, dengan kerja berat yang berbeza-beza tahap beratnya.

Di bawah kuasa pemerintahan Arthur Phillip, 11 buah kapal Armada Pertama meninggalkan Plymouth pada 13 Mei 1787. Perjalanan itu amat meletihkan dengan lebih 1,400 orang tinggal dalam keadaan yang sesak dan sempit. Kerana Teluk Botany dipercayai tidak sesuai untuk pendudukan tetap, Kapten Phillip membawa armada menghala utara ke Pelabuhan Jackson, dan berlabuh pada 26 Januari 1788 selepas lapan bulan di laut. Phillip menamakannya Sydney Cove, sempena nama Lord Sydney, Menteri Dalam Negeri British.

Lebih daripada 700 orang banduan (188 wanita), 700 pelaut dagang, kakitangan dan keluarga Tentera Laut Diraja dan Marin, 209 ekor ayam, 74 ekor khinzir, 35 ekor itik, 29 ekor biri-biri, 29 ekor angsa, 19 ekor kambing, 18 ekor ayam belanda, lima ekor lembu betina, empat ekor kuda jantan, tiga ekor kuda betina dan dua ekor lembu jantan mendarat dari Armada Pertama.

Pribumi Australia

Hari kebangsaan Australia juga merupakan peluang tahunan yang penting untuk mengiktiraf kedudukan orang asli Australia dalam sejarah negara kita, dan untuk mempromosikan kefahaman, kehormatan dan perdamaian. Ia juga merupakan masa untuk semua rakyat Australia merenung kembali dan merayakan semua keistimewaan menjadi rakyat Australia.

Anugerah Rakyat Australia Tahun Ini

Anugerah Rakyat Australia Tahun Ini meraikan pencapaian dan sumbangan rakyat Australia yang terkemuka, tua dan muda, dalam semua bidang dari sains hinggalah sukan. Terdapat empat kategori: Warga Australia Tahun Ini; Warga Senior Australia Tahun Ini (60 tahun dan ke atas); Warga Muda Australia Tahun Ini (16 hingga 25 tahun); dan Hero Setempat Australia. Anugerah ini diumumkan di Canberra, bandar raya ibu negara, pada malam menjelang Hari Australia.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia