Terbuka Australia [Grand Slam Asia Pasifik]

Terbuka Australia [Grand Slam Asia Pasifik]

Melbourne, Victoria
Januari

Pemain-pemain tenis dunia datang ke Taman Melbourne dalam bulan Januari untuk menghadiri perlawanan Terbuka Australia, Grand Slam Asia Pasifik dan gelaran Grand Slam yang pertama bagi musim tenis. Sementara bintang-bintang tenis antarabangsa bertungkus-lumus untuk merebut trofi kemenangan di atas gelanggang tenis, pesta dan keraian tetap berterusan sepanjang masa. Terdapat konsert muzik pada waktu malam dan hiburan secara langsung yang berterusan di atas dan di luar gelanggang. Terbuka Australia merupakan acara sukan yang menggabungkan keriangan dan keseronokan tenis dengan aktiviti sosial dan budaya, yang meraikan cinta Australia terhadap kehidupan dan aktiviti luar.

Terbuka Australia merupakan salah satu daripada empat acara tenis Grand Slam yang diadakan di serata dunia pada setiap tahun. Melbourne menjadi tuan rumah kejohanan Terbuka Australia di Taman Melbourne dalam bulan Januari setiap tahun. Ia merupakan kejohanan pertama Grand Slam setiap musim. Acara ini menarik para pemain tenis terbaik dunia dan menarik lebih daripada setengah juta penonton sepanjang dua minggu perlawanan.

Tiket ke acara ini amat dikehendaki ramai. Jika anda tak berjaya mendapatkan tiketnya, anda masih boleh menyaksikannya di Federation Square Melbourne, di mana perlawanan disiarkan secara langsung pada skrin gergasi dengan percuma. Temasya berterusan siang dan malam dengan konsert muzik dan hiburan langsung tanpa henti.

Diadakan pada kemuncak musim panas Australia, kejohanan Terbuka Australia dimainkan di dua gelanggang berbumbung boleh sentut utama iaitu Arena Rod Laver dan Arena Hisense. Hanya Terbuka Australia dan Wimbledon sahaja yang merupakan kejohanan Grand Slam yang dimainkan di dalam bangunan. Kejohanan ini diadakan untuk kali pertama pada tahun 1905, apabila ia dikenali sebagai Kejohanan Australasia. Ia menjadi Terbuka Australia dalam tahun 1969, dan sehingga 1988 ia dimainkan di atas gelanggang rumput.

Berkongsilah kenangan saat-saat hebat dalam kejohanan tenis. Mats Wilander merupakan satu-satunya pemain lelaki yang telah memenangi kejuaraan ini di atas kedua-dua gelanggang rumput dan keras. Andre Agassi dan Roger Federer buat masa ini berkongsi rekod bagi kejuaraan yang paling banyak dimenangi oleh pemain lelaki di kejohanan Terbuka Australia, dengan menjadi juara sebanyak empat kali. Kejuaraan Serena Williams sebanyak lima kali pula merupakan yang terbanyak dimenangi oleh pemain wanita dalam kejohanan Terbuka Australia ini.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia