Acara Lumba Basikal Australia

Jelajah Down Under Santos, Adelaide, SA. © SATC

Acara Lumba Basikal Australia

Pandangan darat Australia yang luas menyediakan latar terbaik untuk acara lumba basikal yang menarik para peserta dari serata dunia. Dari Tour Down Under di Australia Selatan ke tunggangan Tanjung ke Tanjung di sepanjang Great South West Edge di Australia Barat; ada sahaja yang menarik kepada kedua-dua pelumba serius dan para penonton. Ballarat menyediakan rupa bumi terbaik bagi Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan Mars Jalanan Australia di Victoria pada bulan Januari. Grand Prix Lumba Basikal Perth paling dikenali sebagai ‘pesta lumba basikal’; manakala Cabaran Lumba Basikal Pure Tasmania menyediakan sebab terbaik untuk menunggang di kawasan desa yang subur.

Tour Down Under
Jelajah Down Under

Jelajah Down Under

Adelaide dan wilayah Australia Selatan
Januari

Beberapa penunggang basikal profesional bertaraf dunia akan bertanding dalam Jelajah Down Under setiap bulan Januari. Ia acara pertama tahunan dalam ProTour Union Cycliste Internationale's (UCI) yang menjelajah serata dunia, dengan pertandingan berbasikal dan hiburan selama enam hari merentasi Adelaide dan Australia Selatan. Saksikan penunggang basikal berlumba melalui Adelaide Hills atau di sepanjang lorong-lorong kampung yang indah di Lembah Barossa atau Semenanjung Fleurieu. Ribuan penonton keluar untuk melihat perlumbaan akhir melalui jalan-jalan di Adelaide. Lawati Jelajah Perkampungan dan Ekspo Basikal dan bergaul dengan para pelumba dan pasukan-pasukan mereka sambil mereka bertarung untuk memenangi jersi pendahulu yang amat didambakan itu.

Mars Cycling Australia Road National Championships
Kejohanan Lumba Basikal Australia

Kejohanan Kebangsaan Menunggang di Jalanan Australia Mars

Ballarat/Buninyong, Victoria
Januari

Dikenali dengan nama mesra ‘The Nationals’ di kalangan pelumba basikal elit Australia, Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan Mars Jalanan Australia menarik golongan juara dunia para pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel dan bintang Tour de France Australia. Acara ini dijalankan sepanjang empat hari di Ballarat, Victoria, pada kemuncak musim panas. Terdapat banyak lokasi hebat tempat menyaksikan perlawanan ini setiap hari. Tidak banyak acara sukan kebangsaan yang membenarkan para peminat begitu hampir dengan aksi perlumbaan dan melihat wajah penunggang ketika mereka melangkah garisan penamat.

Perth Track Cycling Grand Prix
Grand Prix Lumba Basikal Trek Perth

Grand Prix Lumba Basikal Trek Perth

Perth, Australia Barat
Mac

Grand Prix Musim Sejuk Lumba Basikal Trek Australia Barat paling sesuai diperihalkan sebagai ‘pesta lumba basikal’. Lebih 1,000 pelumba basikal jalanan bertolak dari West Speed Dome Perth untuk bertanding dalam acara Cyclo Sportif merentasi pelbagai jarak sehingga 100 kilometer. Saksikan bintang lumba basikal Australia bersaing dengan para pelumba elit dari Malaysia, Afrika Selatan, New Zealand, Taiwan, Singapura dan Hong Kong untuk memenangi kumpulan hadiah terkaya bagi lumba basikal dalam acara Kategori 1 Union Cycliste Internationale ini.

Pure Tasmania Cycle Challenge
Cabaran Lumba Basikal Pure Tasmania

Cabaran Lumba Basikal Pure Tasmania

Tasmania
Mac

Cabaran Lumba Basikal Pure Tasmania adalah lumba basikal yang menjerihkan di pantai barat Tasmania. Terdapat dua perlumbaan: dari Gunung Cradle ke Strahan, dengan jarak 135 kilometer; dan perlumbaan 22 kilometer yang lebih panjang antara Devonport, Gunung Cradle dan Strahan. Acara ini adalah cara yang baik untuk mengalami hutan belantara yang masih murni dan liar dan kawasan desa yang mengagumkan di Tasmania.

Cape to Cape MTB
Tanjung ke Tanjung MTB

Tanjung ke Tanjung MTB

Augusta, Australia Barat
Oktober

Berlatar belakangkan pantai luncur, tanah ladang, singkapan berbatu dan hutan kebangsaan yang ikonik dan terkenal ke seluruh dunia, perlumbaan Tanjung ke Tanjung adalah acara yang mencabar bagi semua peringkat penunggang. Perlumbaan dijalankan pada laluan unik yang direka bentuk merentasi pelbagai jalan, trek dan denai yang berliku dari Tanjung Leeuwin ke Tanjung Naturaliste. Lebih 400 penunggang basikal bukit berhimpun di Great South West Edge Australia Barat untuk mengambil bahagian dalam acara empat hari itu, termasuk penunggang berstatus kejohanan Komanwel, Eropah dan Olimpik.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia