Acara golf Australia

Acara golf Australia

Australia mempunyai susunan padang golf yang menarik dan pertandingan golf PGA Australia tidak boleh dilepaskan. Berikut adaah contoh beberapa acara golf utama Australia diadakan di seluruh negara di padang golf bertaraf dunia di Sydney, Melbourne, Perth dan pantai Sunshine (Gold Coast). Padang golf Australia adalah antara yang terbaik reka bentuknya dan paling mencabar di dunia. Ia biasanya terletak di hutan belukar yang indah pemandangannya dan dikelilingi hidupan liar. Dalam negara yang telah banyak melahirkan pemain golf yang handal seperti Greg Norman, Ian Baker-Finch dan Tiger Woods, keghairahan Australia terhadap permainan ini semakin berkembang.

ISPS Handa Women’s Open Championship
Women’s Open Championship

ISPS Handa Women’s Open Championship

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
Februari

Ramai pemain golf terbaik dunia akan datang ke Canberra pada 2013 untuk ISPS Handa Women’s Australian Open di Royal Canberra Golf Club. Kejohanan ini yang akan diadakan pertama kali di Canberra adalah sebahagian daripada perayaan 2013 Centenary of Canberra dan merupakan acara pembukaan untuk dunia LPGA Tour. Pemain yang sudah awal lagi mengesahkan penyertaan termasuk johan empat kali dan ahli World Golf Hall of Fame Karrie Webb dari Australia. Webb telah memenangi tujuh kejohanan utama dan akan ti mula sekali lagi dengan johan golf wanita yang lain di Canberra.

Perth International Golf Championships
Kejohanan Golf Perth

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth

Perth, Western Australia
Oktober

Kejohanan Golf Antarabangsa Perth membawakan sebahagian pemain golf terbaik dunia ke Australia Barat untuk bertanding di kejohanan golf yang menawarkan hadiah terbesar di Australia di Lake Karrinyup Country Club. Padang golf ini dinilai sebagai salah sebuah padang golf sepuluh terbaik di Australia, dikenali kerana susun atur dan persekitaran hutan belukarnya.yang mencabar. Pertandingan ini dipersetujui bersama oleh PGA Tour of Australasia dan European Tour. Acara perdana akan dimainkan dalam bulan Oktober 2012. Bintang golf antarabangsa Jason Dufner, ketika ini bertempat di nombor sembilan di dunia, manakala Charl Schwartzel, juara Masters Champion 2011 telah disahkan akan menyertai pertandingan.

Australian Masters
Australian Masters

Australian Masters

Melbourne, Victoria
November

Pertama kali diadakan pada 1979, Australian Masters sentiasa menarik minat pemain terbaik dari seluruh dunia. Penyampaian jaket kejohanan berwarna emas kini menjadi tradisi golf Australia. Acara ini telah melancarkan ramai pemain terkenal Australia ke persada antarabangsa yang kini pemain terbilang di dunia golf. Australian Masters 2012 telah diadakan di Kingston Heath Golf Club yang berkedudukan sebagai padang nombor dua terbaik di Australia dan nombor 27 terbaik di dunia. Acara tahunan Australian Masters adalah yang 'terbaik di dalam kelasnya' dan ia adalah kemuncak dalam kalendar golf Australia.

PGA Championship
PGA Championship

PGA Championship

Sunshine Coast, Queensland
Disember

Australian PGA Championship pada setiap tahun membawa ramai pemain golf terbaik dunia dan ribuan penonton ke Sunshine Coast yang amat menarik di Queensland. Kejohanan profesional tertua Australia, Australian PGA Championship mempunyai senarai johan tahun-tahun lepas yang amat menakjubkan. Padang ini telah diserikan oleh pemain terbaik, dengan pemenang terkini termasuklah Greg Chalmers (2011), Peter Senior (2010), Robert Allenby (2009), dan Geoff Ogilvy (2008). The Australian PGA Championship adalah acara yang mesra keluarga yang berlangsung di Pamer Coolum Resort yang amat indah. Penonton akan berada di cuaca subtropika, sambil menonton golf di destinasi peranginan bertaraf dunia.

[Emirates] Australian Open
[Emirates] Australian Open

[Emirates] Australian Open

Sydney, New South Wales
Disember

[Emirates] Australian Open diadakan di The Lakes Golf Club di Sydney, salah satu padang kejohanan golf yang paling mencabar di Australia. Pemain bertarung untuk memenangi wang hadiah $1.5 million dan piala idaman Stonehaven Cup. Padang ini dibina di atas bukit pasir yang berumur jutaan tahun yang membenarkan permainan diadakan ketika cuaca basah semasa padang lain terpaksa ditutup. Kawasan pasirnya sangat sukar walaupun kepada pemain yang mahir. Lakes Golf Club hanyalah 15 minit dari Sydney. Sertai peminat lain dan tonton pemain golf terbaik dunia dan pada masa yang sama nikmati apa yang terbaik di Sydney.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia