Grand Slam Australia Tenis Musim Panas

Grand Slam Australia Tenis Musim Panas

Nikmati bulan Januari di Australia dengan sesi bersama gergasi tenis sedunia. Mulakan tahun baru di Brisbane dengan menonton pemain antarabangsa memanaskan badan untuk Australian Open di kejohanan Brisbane International. Lihat lapan pasangan lelaki dan wanita bertanding dalam Piala Hopman di Perth. Dapatkan tempat duduk untuk menyaksikan tenis hebat di APIA International di Sydney Olympic Park. Saksikan pemain lelaki, wanita dan bergu bertanding dalam Terbuka Australia di Melbourne, Grand Slam pertama setiap tahun, pada hujung Januari. Di luar gelanggang, nikmati pelbagai hiburan langsung dan gaya hidup musim panas bandaraya Australia yang cukup bertenaga.

Brisbane International
Brisbane International

Brisbane International

Brisbane, Queensland
Disember - Januari

The Brisbane International membawakan tenis bertaraf dunia ke Brisbane pada minggu pertama bulan Januari di mana pemain terhebat dunia menyediakan diri untuk Australian Open. Acara ini menarik pengunjung dari semua peringkat umur, sambil menawarkan sesuatu kepada semua ahli keluarga dan juga aktiviti kanak-kanak sehinggalah muzik secara langsung pada waktu malam. Kejohanan ini dimainkan di atas gelanggang keras luar di Queensland Tennis Centre. Pada tahun 2012, Brisbane International memenangi anugerah antarabangsa untuk "Pengalaman Penonton Terbaik' selepas diundi oleh ahli Association of Tennis Professionals. Acara ini mencatatkan rekod untuk kehadiran di karnival tenis, makanan dan hiburan langsung.

Hyundai Hopman Cup
Hyundai Hopman Cup

Hyundai Hopman Cup

Perth, Australia Barat
Januari

Selama lebih dari dua dekad, Hopman Cup telah menyajikan tenis antarabangsa yang terbaik. Dinamakan sempena Harry Hopman, salah seorang pemain dan jurulatih tenis terhebat Australia, ia adalah kejohanan pertama di tenis musim panas Australia. Sebahagian pemain terbaik dunia bertarung di perlawanan perseorangan dan beregu campuran sebagai acara pemanas badan untuk Australian Open. Perlawanan akhir yang lalu pernah dimainkan oleh lagenda dan johan tenis seperti Boris Becker, John McEnroe, Steffi Graf, Serena Williams, Roger Federer dan Monica Seles; begitu juga pemain tenis Australia Lleyton Hewitt dan Samantha Stosur.

Apia International
Apia International

Apia International

Sydney, New South Wales
Januari

Jadilah sebahagian daripada aksi ketika bintang tenis dunia tiba di Olympic Park Tennis Centre di bulan Januari selama seminggu bermain tenis terhebat di Apia International Sydney. Dahulunya dikenali sebagai New South Wales Open, Apia International Sydney, adalah salah satu kejohanan tenis tertua di dunia, ia bermula pada tahun1885. Ia kini telah menjadi salah satu kejohanan tenis kebangsaan yang terbaik. Kejohanan yang lepas menyaksikan hampir 90,000 peminat memenuhi stadium untuk menikmati tenis bertaraf dunia daripada johan Grand Slam seperti Victoria Azarenka dan Li Na, begitu juga bintang Australia seperti Samantha Stosur dan Lleyton Hewitt.

Australian Open [The Grand Slam of Asia Pacific]
Australian Open

Australian Open [Grand Slam of Asia Pacific]

Melbourne, Victoria
Januari

Pemain-pemain tenis dunia datang ke Melbourne Park dalam bulan Januari untuk menghadiri perlawanan Australian Open, Grand Slam of the Asia-Pacific dan gelaran Grand Slam yang pertama bagi musim tenis. Ketika bintang tenis antarabangsa bertarung di gelanggang untuk merebut piala idaman, acara-acara pesta terus berlangsung sepanjang masa di Melbourne. Terdapat konsert muzik pada waktu malam dan hiburan secara langsung yang berterusan di atas dan di luar gelanggang. Australian Open merupakan acara sukan yang menggabungkan keriangan dan keseronokan tenis dengan aktiviti sosial dan kebudayaan, di mana ia meraikan penduduk Australia yang gemarkan aktiviti luar.

World Tennis Challenge
World Tennis Challenge

World Tennis Challenge

Adelaide, Austaralia Selatan
Januari

World Tennis Challenge adalah acara hiburan inovatif yang melibatkan pertandingan tenis antara empat pasukan dari empat wilayah antarabangsa, menampilkan seorang pemain semasa dan seorang lagenda. Acara yang lalu pernah menampilkan lagenda tenis seperti Pat Rafter, Henri Leconte, Stanislas Wawrinka dan John McEnroe. Cabaran ini melibatkan tiga perlawanan yang dimainkan di atas dua gelanggang, yang melibatkan lagenda melawan lagenda, perseorangan dan beregu. Ada peluang untuk mendapatkan autograf bila pemain bertemu peminat pada setiap malam. Kejohanan ini diasaskan oleh pemain tenis tersohor Australia Mark Woodforde, Darren Cahill dan Roger Rasheed dan juga Jim Courier dari Amerika Syarikat.

Hobart International
Hobart International

Hobart International

Hobart, Tasmania
Januari

Pada minggu kedua Januari, bintang tenis wanita mempunyai peluang untuk menyempurnakan servis mereka di Hobart International. Saksikan pemain wanita bertarung di Domain Tennis Centre di Hobart. Kejohanan yang lalu telah membawakan bintang wanita dari Jerman, Perancis, Switzerland, Rusia, Jepun, China, AS, dan tentunya, Australia. Ketika tiada perlawanan terokai tepian air Hobart yang bersejarah, sambil melihat kapal layar, bangunan batu pasir dan juga restoran makanan laut. Berkunjunglah ke Salamanca Place yang bersejarah, nikmati perjalanan pelayaran pesiaran di Sungai Derwent atau daki Mt Wellington.

Burnie Tennis International
Burnie Tennis International

Burnie Tennis International

Burnie, Tasmania
Januari - Februari

Pro Tour (dahulunya Pro Circuit) adalah siri kejohanan tenis profesional yang bertindak sebagai penyambung antara kejohanan remaja dan ATP/WTA Tour. Kejohanan ini memberi satu peluang kepada pemain untuk pertama kali mendapat mata untuk kedudukan pemain dunia. Kejohanan Pro Tour biasany dianjurkan di kawasan setempat di tujuh negeri dan wilayah Australia dan berinteraksi dengan komuniti tempatan melalui aktiviti promosi. Burnie Tennis International, berlangsung di bandar Burnie di Tasmania adalah salah satu kejohanan dalam ATP Challenger Tour.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia