Acara Sukan Bermotor Australia

Acara Sukan Bermotor Australia

Di Australia anda boleh memenuhi keinginan anda untuk berlumba motor sepanjang tahun. Tujulah ke Melbourne untuk Formula 1 Grand Prix Australia pada bulan Mac atau kunjungi litar motorsikal terkenal di Pulau Phillip. Untuk aksi menguja adrenalin V8, terdapat Gold Coast 600 di Surfers Paradise, Sydney 500 dan Clipsal 500 di Adelaide. Saksikan kereta sport elit berlumba mengelilingi Tasmania di Targa Tasmania atau saksikan aksi ketahanan memandu sebenar di Bathurst 1000. Ikuti motosikal beroda empat, 4WD dan motosikal dari Perth ke Kalgoorlie dalam Safari Australasia. Atau saksikan jentera jalan raya yang ganas di Festival Kereta Summernats di Canberra.

Street Machine Summernats Car Festival
Festival Kereta Street Machine Summernats

Festival Kereta Street Machine Summernats

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
Januari

Festival Kereta Street Machine Summernats diadakan di Exhibition Park di Canberra selama empat hari pada bulan Januari. Acara ini menarik minat peminat kereta tempatan dan antarabangsa. Summernats menggabungkan acara perlumbaan dengan pertunjukan kereta jalanan yang diubah suai, 'hot rods' dan kenderaan istimewa. Hiburan bertenaga ini termasuk 'burnout' dan pertandingan memandu, kumpulan muzik, lagak ngeri yang menakjubkan, bunga api dan banyak lagi. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan anugerah Street Machine Car of the Year Awards, di mana kereta baru elit diketengahkan secara rasmi. Terdapat sehingga 170 pempamer runcit dan pedagang dengan segala alatan daripada alat prestasi tinggi sehinggalah bahan seni dan alat-alatan.

Superbike World Championship Phillip Island
Kejohanan Motor Berkuasa Tinggi Dunia Pulau Phillip

Kejohanan Motor Berkuasa Tinggi Dunia Pulau Phillip

Pulau Phillip, Victoria
Februari

Kejohanan Dunia Superbike adalah salah satu siri sukan motor tiga teratas di dunia di samping Formula 1 dan MotoGP. Perlumbaan Superbike menampilkan generasi terkini menunggang motor enjin empat lejang berkuasa tinggi, manakala pengilang bertanding merebut gelaran kejohanan dunia. Program acara ini menyaksikan lebih daripada 140 orang penunggang mewakili 27 negara dan menarik minat penonton kira-kira satu juta orang. Kejohanan diadakan sebanyak 13 pusingan di tiga benua sepanjang lapan bulan. Pulau Phillip yang hebat ini merekodkan salah satu kelajuan purata tertinggi antara mana-mana litar di dunia. Pasangkan khemah dan nikmati hiburan di kawasan khemah tepi trek.

Clipsal 500
Clipsal 500

Clipsal 500

Adelaide, Austaralia Selatan
Mac

Adelaide mendapat cetusan adrenal apabila Clipsal 500 berkunjung ke bandar ini pada bulan Mac. Acara empat hari ini adalah pusingan pertama dalam perlumbaan Siri Australian V8 Supercar Championship dan menampilkan perlumbaanV8 Supercar merentas lapan kategori. Ia adalah acara sukan bermotor terbesar tempatan di Australia. Terdapat juga aksi berani atas trek, pertunjukan udara yang hebat, pameran motor dan zon keluarga. Sertai majlis makan wanita anggun atau naiki helikopter untuk melihat pemandangan di atas litar ini. Saksikan motosikal bersejarah dan Lamborghini, Ferrari dan Aston Martin edisi terhad. The Clipsal dikenali kerana konsert besar selepas perlumbaan yang mempersembahkan ramai ahli muzik ternama Australia.

Formula 1 Australian Grand Prix
Australian Grand Prix Formula 1

Australian Grand Prix Formula 1

Melbourne, Victoria
Mac

Sertai orang ramai selama empat hari menikmati aksi mengagumkan pemandu dan kereta lumba paling pantas di dunia menyinari Melbourne dan litar Albert Park di Australian Grand Prix Formula 1 dalam bulan Mac. Grand Prix Australia adalah perlumbaan pembukaan musim Formula 1. Aksi luar trek sama menyeronokkan dengan demonstrasi, zon pameran dan pameran udara oleh Angkatan Tentera Udara Di Raja Australia. Teriakan dari tempat duduk sama hebatnya dengan deruman dari kereta lumba semasa para pemandu memecut pada kelajuan hingga 300 kilometer sejam. Acara ini berakhir dengan finale akhir hiburan selepas perlumbaan.

V8 Supercars Tasmania
V8 Supercars Tasmania

V8 Supercars

Tasmania
Mac - April

V8 Supercars adalah kategori perlumbaan kereta touring bertempat di Australia dan dijalankan sebagai Siri Antarabangsa di bawah peraturan Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Acara V8 Supercar diadakan di semua negeri di Australia dan telah menarik minat lebih 250,000 penonton. Kereta-kereta V8 Supercars adalah berdasarkan sama ada Holden Commodore atau Ford Falcon, antara dua kereta penumpang yang paling popular di Australia. Perlumbaan diadakan di Darwin, Adelaide, Sydney, Launceston in Tasmania, Gold Coast, Bathurst dan Pulau Phillip, Victoria.

Targa Tasmania
Targa Tasmania

Targa Tasmania

Tasmania
April

Bekas juara dunia dan selebriti yang menggemari kelajuan berebut-rebut untuk memandu dalam perlumbaan tarmak menguja ini yang mengelilingi Tasmania pada bulan April. Direka khas untuk kereta sport elit, touring dan grand tourer, acara enam hari ini bermula di Launceston dan mengembara sejauh lebih 2,000km sebelum berakhir di Hobart. Bersorak dalam seksyen yang mencabar dari kawasan penonton yang ditetapkan. Atau sertai para pemandu untuk makan tengah hari di pekan-pekan luar bandar yang indah pemandangannya seperti George Town, Sheffield, St Helens, Devonport dan New Norfolk. Bahkan anda juga boleh memohon untuk memandu kereta sport anda sendiri dalam rally yang indah pemandangannya yang ditayangkan melalui televisyen di seluruh dunia.

Quit Forest Rally
Quit Forest Rally

Quit Forest Rally

Busselton, Australia Barat
April

Pusingan kedua daripada enam pusingan Kejohanan Australian Rally, Quit Forest Rally sentiasa menjadi kegemaran penonton dan pesaing kerana ia diadakan di tempat percutian yang terbaik di Australia Barat.
Pusingan Australia Barat di Kejohanan Australian Rally sentiasa menonjolkan kereta dan pemandu terbaik, termasuk kereta klasik. Rali ini juga menampilkan motorsikal, menjadikannya hujung minggu ekstravaganza sukan bermotor. Lebih daripada 200 buah kereta dan motorsikal bersaing dalam acara ini. Selain daripada kenderaan baru dalam kejohanan, terdapat juga pesaing di Quit Forest Rally berlumba sepanjang hujung minggu menaiki motorsikal dan motorsikal bertayar empat.

Finke Desert Race
Perlumbaan Finke Desert

Perlumbaan Finke Desert

Alice Springs, Wilayah Utara
Jun

Perlumbaan Finke Desert adalah acara perlumbaan 'off-road' yang paling hebat di Australia dan menarik peminat motorsikal, kereta dan bugi. Ia dikenali sebagai salah satu perlumbaan 'off-road' yang paling sukar dan diadakan di tempat paling terpencil di seluruh dunia. Ia merupakan perlumbaan dua hari melalui pelbagai bentuk muka bumi dan juga padang pasir dari Alice Springs sehingga pekan kecil Aputula (Finke). Perlumbaan ini dipertandingkan di sebahagian trek perkhidmatan Old Ghan Railway melalui trek yng berliku, muka bumi tanah merah di pedalaman, pasir dan spinifeks. Lebih 12,000 orang berkhemah di tepi trek perlumbaan, tidur di dalam khemah berlangitkan kerlipan bintang .

Australian Targa Championship
Kejohanan Australian Targa

Kejohanan Australian Targa

Adelaide, South Australia; Australian Alps, Victoria; Hobart, Tasmania
Ogos - April

Kejohanan Australian Targa mempunyai empat pusingan, bermula denganTarga Adelaide pada bulan Ogos; Targa High Country di Victoria pada bulan November; dan Targa Hobart semasa bulan Februari. Siri ini disudahi dengan rali yang paling hebat, Targa Tasmania yang merentasi negeri Tasmania pada bulan April. Format ini memberikan peluang unik kepada pemilik kereta sport dan GT untuk memandu di jalan tar yang paling mencabar di dunia. Kejohanan Australian Targa adalah berdasarkan ciri-ciri terbaik daripadaTarga Florio, Mille Miglia, Coupe des Alpes dan Tour de Corse.

Australasian Safari
Safari Australasia

Safari Australasia

Wilayah Australia Barat
September

Safari Australasia yang berlangsung selama tujuh hari menjangkau lebih daripada 4,000 kilometer dari Perth sehingga Kalgoorlie. Kenderaan pacuan empat roda, motorsikal dan motorsikal beroda empat yang paling berdaya tahan sekali pun diuji dalam perlumbaan ketahanan yang melalui kawasan pedalaman Australia Barat yang berwarna keemasan. Ikuti bahagian-bahagian litar ini menggunakan motorsikal atau 4WD anda sendiri, berhenti dekat penonton untuk menyelami aksi dengan debu berterbangan ini. Anda boleh menerokai Perth, Swan Valley yang indah pemandangannya dan pekan lombong emas seperti Coolgardie dan Kalgoorlie sepanjang perjalanan ini. Terdapat juga lawatan berpemandu lasak, yang memberi anda pengalaman keterujaan kompetitive rali ini secara peribadi.

V8 Supercars Bathurst 1000
V8 Supercars Bathurst 1000

V8 Supercars Bathurst 1000

Bathurst, New South Wales
Oktober

The Bathurst 1000 yang diadakan di Mount Panorama,Bathurst pada bulan Oktober, adalah perlumbaan trek ketahanan sejauh 1,000 kilometer yang menjerihkan. Ia adalah ikon sukan bermotor Australia dan telah berlangsung selama 50 tahun. Perlumbaan ini bermula daripada Armstrong 500 pada tahun 1960 dan hari ini ia adalah salah satu peringkat untuk Siri V8 Supercar. Tontoni pemandu V8 terbaik dunia bertarung untuk trofi dan gelaran 'raja gunung'. Peminat sukan seluruh dunia berkumpul di Mount Panorama untuk banyak hiburan di dalam dan luar trek dan ia adalah acara sukan Australia yang paling ulung.

Australian Motorcycle Grand Prix
Grand Prix Motorsikal Australia

Grand Prix Motorsikal Australia

Pulau Phillip, Victoria
Oktober

Sama ada anda peminat setia atau peminat baru, MotoGP adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, dengan peminat motorsikal dari pelbagai lapisan masyarakat bersama menikmati perlumbaan bertaraf dunia di Grand Prix Motorsikal Australia. Perlumbaan di Litar Pulau Phillip yang sangat menarik ini dianggap perlumbaan yang paling hebat untuk tahun itu. Salah satu trek yang paling menarik dan unik di dunia dengan panorama berlatar belakang lautan dan kawasan penonton yang boleh melihat seluruh bahagian litar. Acara ini menjanjikan peluang untuk peminat sejati untuk makan, tidur dan menghayati perlumbaan motorsikal selama tiga hari yang indah.

Gold Coast 600
Gold Coast 600

Gold Coast 600

Gold Coast, Queensland
Oktober

Gold Coast 600 ialah karnival lumba kereta V8 diadakan di Surfers Paradise selama tiga hari dalam bulan Oktober. Pantai Gold Coast memberikan latar yang sempurna bagi acara ini, di mana program sosial adalah sama pentingnya dengan aksi lumba kereta. Saksikan Kereta Berkuasa Tinggi V8 terunggul di dunia menderum di sekeliling trek tepi pantai atau saksikan perlumbaan ketahanan yang mengujakan oleh 18 pemandu terhandal antarabangsa. Di sebelah malam, suasana tempat hiburan yang dikhaskan di Broadwater Parklands menjadi hidup. Konsert muzik tepi trek menampilkan kedua-dua penghibur Australia dan antarabangsa. Acara yng diadakan sebelumnya telah membawakan bintang pop terkenal dunia seperti Pink.

Red Bull X-Fighters
Red Bull X-Fighters

Red Bull X-Fighters

Sydney, New South Wales
Oktober

Pertandingan nombor satu motocross gaya bebas (FMX) berlangsung di tanah dan ruang udara Australia sebagai acara kemuncak Jelajah Dunia pada setiap tahun. Pulau Cockatoo di Pelabuhan Sydney menjadi tuan rumah untuk acara akhir Jelajah Dunia Red Bull X-Fighters pada bulan Oktober. Ia adalah peringkat terakhir untuk siri ini di mana ahli sukan yang terbaik di muka bumi bersaing untuk merebut gelaran Jelajah Dunia. Lihat bagaimana penunggang 'dirt bike' melawan graviti sambil mempamerkan lagak ngeri dan libas belakang, berlatar belakangkan Pelabuhan Sydney.

Sydney 500
Sydney 500

Sydney 500

Sydney, New South Wales
November - Disember

Ratusan ribu peminat berkumpul di Sydney Olympic Park di Disember untuk finale tiga hari berkelajuan tinggi Siri Australia V8. Pemandu bertaraf dunia sekali pun mendapati sukar untuk melengkapkan pusingan yang sempurna dalam litar mencabar yang direka bentuk oleh wira ini. Saksikan para pakar menangani bonjol dan melakukan belokan pada kelajuan yang sangat tinggi dari astaka besar pada waktu siang. Ketika malam, rayakan dengan muzik konsert percuma di dalam stadium. Tarikan tepi litar juga termasuk pertunjukan kereta yang cukup besar, zon keluarga, perkampungan makanan antarabangsa dan persembahan tarian bertenaga tinggi. Jangan ketinggalan untuk ke padok pameran, di mana anda boleh melihat pasukan menala kereta mereka atau dapatkan autograf daripada pemandu.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia