Renang Lautan Australia

Renang Lautan Australia

Dengan pantai keemasan yang disinari mentari, antara lautan yang paling jernih dan beribu kilometer garis pantai, tak hairanlah berenang di lautan merupakan bentuk sukan renang di air terbuka yang paling popular di Australia. Dari pertandingan antarabangsa yang utama seperti ‘Cooly Classic’ di Coolangatta, Queensland hingga acara setempat yang menyeronokkan seperti Lumba Renang Lorne Pier ke Pub di Victoria, ada yang sesuai untuk setiap peringkat dan kebolehan. Pakai baju mandi anda dan sertai salah satu acara renang yang hebat ini.

Lorne Pier-to-Pub Swim
Renangan Lorne Pier ke Pub

Renangan Lorne Pier ke Pub

Lorne, Victoria
Januari

Pada setiap tahun, lebih 4000 orang terjun ke laut dan berenang dalam laluan sepanjang 1.2 kilometer dari Lorne Pier ke Pub. Lorne Pier ke Pub adalah lumba renang air terbuka terbesar di dunia. Acara ini kini adalah sebahagian program tiga hari yang lebih besar yang termasuk Larian Suka-suka Gunung ke Luncur dan Lumba Klasik Bot Luncur. Acara ini telah dijalankan selama lebih 30 tahun dan merupakan acara kemuncak musim percutian musim panas di Lorne. Lorne adalah kampung tepi laut yang indah kira-kira dua jam perjalanan ke selatan Melbourne di Great Ocean Road.

Rottnest Channel Swim
Lumba Renang Selat Rottnest

Lumba Renang Selat Rottnest

Pantai Cottesloe, Australia Barat
Februari

Lumba Renang Selat Rottnest adalah antara lumba renang air terbuka yang terbesar di dunia. Ia memerlukan peserta menyeberang sejauh 19.7 kilometer dari Pantai Cottlesloe ke Thomson Bay di Pulau Rottnest, Australia Barat. Para peserta telah berenang merentasi Selat Rottnest semenjak tahun 1956, dan pada hari ini ia merupakan acara yang menarik lebih 2,000 orang perenang dan kira-kira 10,000 orang penonton.

Cole Classic
Cole Classic

Cole Classic

Sydney, New South Wales
Februari

Cole Classic di Sydney merupakan salah satu lumba renang yang paling besar di Australia. Beribu orang mengambil bahagian dalam acara ini yang termasuk lumba renang satu atau dua kilometer dari Pantai Manly ke Pantai Shelley di pantai utara Sydney, atau lumba renang sembilan kilometer yang bermula di Dee Why dan berlangsung melepasi Pantai Curl Curl dan Pantai Freshwater ke Pantai Shelley. Ia merupakan perlumbaan elit yang menyaksikan para pemenang dan pelari yang layak menerima piring ‘Cole’ yang terkenal itu. Peserta yang menamatkan perlumbaan dalam acara ini akan menerima pingat peringatan. Penduduk setempat akan keluar beramai-ramai bagi menjadikan acara ini hebat dengan para penonton membarisi pasir dan cenuram.

The Cooly Classic - Coolangatta Ocean Swim
Cooly Classic

Lumba Renang Lautan Cooly Classic - Coolangatta

Coolangatta, Queensland
April

‘Cooly Classic’ atau Renang Lautan Coolangatta setiap April adalah salah satu lumba renang yang paling ikonik Australia. Para perenang dan penonton akan berpusu-pusu ke Gold Coast untuk menyertai acara yang mencabar ini dan mengalami suasana pesta pantai. Sertai orang besi Australia, lelaki dan perempuan, menguji air dalam litar orang baru belajar yang lebih pendek atau mulakan skuad sorak di atas pasir. Bagi perenang lautan, tiub yang tiada penghujung itu memberi cabaran yang sangat berat. Litar ini merentasi dua lagi pecahan ombak yang besar sebelum garisan penamat di Pantai Kirra. Terdapat juga litar lebih pendek untuk perenang yang lebih muda dan kurang berpengalaman.

Cari acara









Idea Lebih Lanjut mengenai Australia