Acara Lari (Olahraga) Australia

Acara Lari (Olahraga) Australia

Sama ada anda bersaing atau bersorak, keterujaan acara lari atau maraton Australia memang tiada tandingannya. Berlumba melewati air terjun, taman negara yang subur menghijau, dan Lautan Selatan yang liar dalam Maraton Great Ocean Road. Sertai pelari elit dan ceria dari seluruh dunia dalam Maraton Lapangan Terbang Gold Coast yang popular, di mana ribuan penonton berbaris di sepanjang laluan antara Broadwater dan Burleigh Heads. Dalam bulan Ogos, jalan-jalan di Sydney kembali hidup disebabkan City to Surf, acara lari olahraga terbesar di dunia. Maraton Melbourne diadakan dalam bulan Oktober. Terdapat festival lari olahraga dalam hampir setiap Negeri dan Wilayah Australia yang ditujukan kepada orang yang baru belajar hinggalah para profesional.

Great Ocean Road Marathon
Maraton Great Ocean Road

Maraton Great Ocean Road

Rantau Victoria
Mei

Pada bulan Mei setiap tahun, pelari elit dari seluruh dunia menguji ketahanan mereka di sepanjang garis pantai yang ikonik yang dikenali sebagai Great Ocean Road. Bermula di Lorne dan berakhir di Apollo Bay, laluan maraton Great Ocean Road dibarisi hutan hujan di satu sisi dan cenuram jalur pantai yang dramatik dan berceracakan di sisi yang satu lagi. Anda juga boleh menikmati pemandangan indah dalam separa maraton, yang mengunjur dari Sungai Kennett ke Apollo Bay. Atau mendaftar untuk larian lebih singkat sejauh 13 kilometer atau 6.5 kilometer. Perlumbaan ini dijadualkan sepanjang dua hari, jadi para peserta boleh memanaskan badan mereka dengan larian suka-suka.

Gold Coast Marathon
Maraton Gold Coast

Maraton Gold Coast

Gold Coast, Queensland
Julai

Maraton Lapangan Terbang Gold Coast adalah satu acara dua hari yang besar diadakan pada setiap bulan Julai, ia berjaya menarik ribuan pengunjung antarabangsa dan hampir 25,000 orang peserta ke Gold Coast di Queensland. Sertai sorakan orang ramai sepanjang laluan bermula sepanjang persisiran pantai Broadwater antara Southport Broadwater Parklands dan Burleigh Heads. Laluan ini terkenal sebagai laluan terpantas, paling rata, sesuai untuk pelari maraton bagi semua peringkat. Program muzik dan hiburan ditambah pada festival ini. Keluarga, pelari ceria, peserta kerusi roda dan pelari Olimpik dialu-alukan dalam acara ini yang turut menawarkan separa maraton dan laluan 10 kilometer.

Australian Outback Marathon
Maraton Pedalaman Australia

Maraton Pedalaman Australia

Alice Springs, Wilayah Utara
Julai

Maraton Pedalaman Australia adalah acara lari olahraga Australia yang benar-benar unik. Rasai kejauhan laluan hilang apabila anda berlari melepasi keindahan Uluru dan Kata Tjuta (The Olgas) yang mengilhamkan itu. Latar belakang Maraton Pedalaman Australia menggalakkan kedua-dua pelari maraton profesional dan amatur dengan acara untuk setiap kebolehan berlari. Terdapat maraton penuh, maraton separa dan perlumbaan yang lebih pendek jaraknya. Amat sesuai untuk semua yang suka berlari dan mengembara, kerana kebanyakan laluannya adalah di jalan yang tidak bertar, lengkap dengan ‘tanah merah’ yang terkenal itu. Maraton Pedalaman Australia menyokong badan kebajikan Yayasan Cathy Freeman.

City to Surf, Sydney
City to Surf, Sydney

City to Surf, Sydney

Sydney, New South Wales
Ogos

Perlumbaan 14 kilometer Sydney, City to Surf adalah acara lari olahraga bermasa yang paling besar di dunia, yang menarik minat lebih 75,000 peserta. Laluan ini berliku dari Hyde Park di CBD Sydney ke Bondi Beach yang ikonik melalui subbandar Sydney yang paling eksklusif, sebelum berakhir di pinggir Lautan Pasifik. Sertai orang ramai yang bersorak di kaki lima dan dari dalam kafe dan pub di sepanjang laluan. Acara ini juga antara acara mengutip derma yang paling besar di dunia, yang telah mengutip kira-kira empat juta dolar untuk tujuan kebajikan. Pandangan darat yang mengagumkan, pemandangan bandar yang memegunkan dan rasa kekitaan dan semangat komuniti menjadi lambang larian suka-suka City2Surf di Sydney.

City to Surf, Perth
City to Surf, Perth

City to Surf, Perth

Perth, Australia Barat
Ogos

Perlumbaan City to Surf merupakan acara lari olahraga di atas jalan raya yang diadakan setiap tahun di Perth, Australia Barat yang mana para peserta berlumba dari kawasan bandar ke pantai City Beach, dengan jarak kira-kira 12 kilometer. Laluan empat kilometer yang lebih pendek juga diadakan buat kali pertama pada acara tahun 2009. Acara ini merupakan larian suka-suka dan juga perlumbaan, yang menarik minat pelari yang serius dan juga peserta dari kalangan masyarakat yang boleh memilih untuk berlari atau berjalan. Acara-acara terdahulu telah berjaya mendapatkan penyertaan lebih 45,000 orang dan ia merupakan antara acara sukan komuniti yang terbesar di Australia Barat.

Sydney Running Festival
Festival Larian Sydney

Festival Larian Sydney

Sydney, New South Wales
September

Festival Larian Sydney pada bulan September termasuk larian bagi para peserta dengan semua tahap kecergasan. Ia merupakan salah satu acara lari olahraga dan maraton yang paling luar biasa di dunia. Sesiapa sahaja boleh menyertai acara ini sama ada anda seorang atlet elit, pelari kelab, ahli gimnasium, atau hanya seorang yang suka berjalan atau berjoging untuk bersosial. Acaranya termasuk maraton melalui Sydney Harbour Bridge ke Centennial Park Sydney dan maraton separa ke Royal Botanic Gardens. Terdapat juga Larian Jambatan dan Larian Keluarga. Acara ini diuruskan badan bukan berasaskan keuntungan, Athletics Australia di mana para pelari biasanya mengutip wang untuk tujuan kebajikan.

Melbourne Marathon
Maraton Melbourne

Maraton Melbourne

Melbourne, Victoria
Oktober

Pilih perlumbaan yang anda inginkan, berjoging atau berlari dalam Maraton Melbourne, yang menyusuri liku-liku bandar raya ibu negeri tepi sungai Victoria dalam bulan Oktober. Laluan maraton lengkap bermula di Batman Ave berdekatan Sungai Yarra dan melalui hampir sejauh Esplanad St Kilda sebelum menggelung kembali melalui bandar raya ini ke Padang Kriket Melbourne. Terdapat juga perlumbaan yang disesuaikan untuk semua peringkat termasuk larian kanak-kanak, yang diadakan di dalam di sekitar Taman Botani Melbourne. Acara ini menyediakan peluang terbaik untuk menjelajahi tempat menarik beli-belah, restoran dan budaya seperti Federation Square dan Promenad Southbank.

City2Sea
City2Sea

City2Sea

Melbourne, Victoria
November

Acara tahunan City2Sea kembali ke Melbourne Dalam bulan November. Acara kembar kepada City2Surf Sydney, laluan 14 kilometer ini bermula di Melbourne Arts Centre dan bergerak ke sepanjang St Kilda Road yang dibarisi pepohonan, mengelilingi trek Albert Park Grand Prix dan seterusnya ke garis penamat yang gilang-gemilang berhampiran pantai di St Kilda. Ia merupakan acara yang menyeronokkan bagi semua pelari, pejoging dan pejalan kaki elit dan suka-suka dari seluruh Australia, dengan ramai yang memakai pakaian beragam dan muzik langsung bergema di sepanjang laluan. Para peserta boleh memilih untuk berlari dan mengutip derma untuk lebih 450 badan kebajikan.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia