British & Irish Lions 2013

British & Irish Lions 2013

Kebangsaan
Jun

Pasukan ragbi British dan Irish Lions akan mengunjungi Australia dalam bulan Jun dan Julai tahun 2013. Lawatan ini hanya berlaku di Australia setiap 12 tahun, jadi ia suatu acara yang tak boleh dilepaskan oleh para pencinta ragbi. Pemilihan untuk bermain dalam pasukan British dan Irish Lions merupakan sanjungan muktamad bagi para pemain dari England, Scotland, Ireland dan Wales. Kepada para pemain antarabangsa di hemisfera selatan, ini merupakan satu penghormatan yang tinggi dan peluang besar yang biasanya datang hanya sekali sepanjang kerjaya mereka. Perlawanan akan diadakan di Sydney, Perth, Brisbane, Canberra, Melbourne dan Newcastle. Ini merupakan acara ragbi terbesar diadakan di Australia semenjak Piala Dunia Ragbi dalam tahun 2003.

Pasukan ragbi British dan Irish Lions akan mengunjungi Australia dalam bulan Jun dan Julai tahun 2013. Lawatan ini hanya berlaku di Australia setiap 12 tahun, jadi ia suatu acara yang tak boleh dilepaskan oleh para pencinta ragbi.

Selama 125 tahun, pasukan ragbi British dan Irish Lions telah mengelilingi dunia untuk bermain dengan pasukan-pasukan elit ragbi seluruh dunia. Dalam lawatan tahun 2013, pasukan Lions akan bermain melawan pasukan-pasukan terbaik Australia dan bertarung dengan pasukan Qantas Wallabies untuk cuba memenangi Piala Tom Richards.

Sembilan perlawanan di enam bandar akan dimainkan sepanjang lawatan enam minggu itu, termasuk tiga perlawanan Ujian dan permainan melawan kelima-lima pasukan Ragbi Super 15 Australia. Ketiga-tiga perlawanan Ujian akan berlangsung di Brisbane pada 22 Jun; Melbourne pada 29 Jun; dan peringkat akhir siri di Sydney pada 6 Julai. Perlawanan akan juga diadakan di Perth, Canberra dan Newcastle.

Pemilihan untuk bermain dalam pasukan British dan Irish Lions merupakan sanjungan muktamad bagi para pemain dari Four Home Unions: England, Scotland, Ireland dan Wales. Kepada para pemain antarabangsa di hemisfera selatan, ini merupakan satu penghormatan yang tinggi dan peluang besar yang biasanya datang hanya sekali sepanjang kerjaya mereka. Pasukan Lions hanya membuat lawatan setiap empat tahun mengikut pusingan, ke Australia, Afrika Selatan dan New Zealand, maka mereka melawat Australia hanya sekali setiap 12 tahun.

Trofi Tom Richards akan dianugerahkan kepada pemenang siri tahun 2013 antara pasukan Qantas Wallabies dan Lions. Trofi ini telah dipertandingkan sekali sahaja sebelum itu, yang dibuat untuk lawatan pasukan British dan Irish Lions pada tahun 2001 ke Australia, dengan pasukan Wallabies menjadi pemenang sulungnya.

Trofi ini dinamakan sempena nama Tom Richards, satu-satunya pemain dalam sejarah yang telah mewakili kedua-dua pasukan Wallabies dan Lions. Pada kali terakhir acara ini diadakan di Australia dalam tahun 2001, lebih daripada 25,000 peminat pasukan Lions mengembara ke Australia untuk menyaksikan persembahan hebat ini secara langsung.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya