Pesta Muzik Rakyat, Country dan Muzik Dunia

Pesta Muzik Rakyat, Country dan Muzik Dunia

Sertai hiburan tanpa henti bersama pencinta muzik rakyat, country dan dunia di pelbagai festival muzik di sepanjang tahun di Australia. Nikmati muzik country terbaik di festival perdana Tamworth Music yang melonjakkan karier Keith Urban, atau menari dengan kepelbagaian muzik dunia di WOMAD di kawasan dalam bandar Adelaide. Terokai kampung di tepi pantai Pelabuhan Fairy untuk Festival Muzik Folk Pelabuhan Fairy atau berkhemah di daerah pedalaman Sunshine Coast di Queensland untuk Festival Woodford Folk. Dari muzik country hinggalah ke folk, pasti terdapat sesuatu yang bersesuaian dengan cita rasa muzik anda.

Tamworth Country Music Festival, New South Wales
Pesta Muzik Country Tamworth

Pesta Muzik Country Tamworth, New South Wales

Januari

Pesta Muzik Country Tamworth menyediakan peluang untuk mengalami persembahan terbaik artis muzik country Australia. Acara ini diiktiraf sebagai antara sepuluh festival muzik popular di dunia. Anda boleh mendengar setiap jenis muzik country di pelbagai jenis tempat dari Pusat Hiburan dan Konferens Wilayah Tamworth yang bersaiz raksasa hinggalah kelab, teater, dewan dan pentas terbuka di dalam taman. Ini adalah acara kasual yang diadakan di kemuncak musim panas Australia dengan dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Pesta Muzik Country Tamworth telah melancarkan kerjaya artis seperti James Blundell dan Keith Urban.

WOMADelaide
WOMADelaide

WOMADelaide

Adelaide, Australia Selatan
Mac

WOMAD bermaksud World Music, Arts & Dance, yang dipelopori oleh pemuzik Peter Gabriel dalam tahun 1982, dan WOMADelaide bermaksud festival WOMAD Australia. Sepanjang 20 tahun yang lepas, ia telah menjadi salah satu festival luar Australia yang paling disukai ramai. WOMADelaide berlangsung dalam tempoh empat hari di Taman Botani di tengah bandar Adelaide. Program ini menampilkan persembahan dan bengkel dalam tujuh tahap oleh pemuzik tradisional dan kontemporari yang terbaik di dunia, penari dan DJ. Terdapat teater dan artis tampak jalanan, program memasak, program perbincangan alam sekitar, dan ceramah ‘Perbualan Artis’. Terdapat juga pasar yang mengandungi kira-kira 100 gerai makanan, runcit dan kebajikan.

Port Fairy Folk Music Festival
Pesta Muzik Rakyat Port Fairy

Pesta Muzik Rakyat Port Fairy

Pelabuhan Fairy, Victoria
Mac

Port Fairy adalah kampung menawan penuh sejarah di tepi laut pantai barat daya Victoria. Pesta muzik ‘rakyat, akar umbi dan lebih lagi’ yang bebas dan dijalankan oleh masyarakat mempersembahkan artis terkenal antarabangsa dan kebangsaan sepanjang pesta empat hari yang besar. Lebih kurang 500 persembahan diadakan di tempat berbumbung di The Arena dan di sekeliling kampung termasuk konsert, konsert tema, bengkel, kelas, ceramah, tarian dan aksi komedi. Program berpelbagai meliputi genre muzik termasuk roots & rhythm, country, 'world's sounds', komedi dan kabaret.

National Folk Festival
Festival Rakyat Kebangsaan

Festival Rakyat Kebangsaan

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia
Mac - April

Terdapat hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga di Festival Rakyat Kebangsaan yang diadakan di Exhibition Park di ibu negara, Canberra, pada hari Easter. Beratus pemuzik mengambil bahagian dalam perayaan kebudayaan muzik tradisional dan kontemporari, tarian, puisi dan penceritaan. Hampir 200 penghibur berbeza sepanjang festival lima hari ini menyediakan hiburan, kelas dan bengkel di berbilang tempat. Terdapat juga pasar festival dengan gerai-gerai yang boleh dilawati, serta program khas untuk kanak-kanak. Festival ini mencipta suasana desa yang meraikan tradisi yang telah wujud di Australia dari dahulu.

Mildura Country Music Festival
Pesta Muzik Country Mildura

Pesta Muzik Country Mildura

Mildura, Victoria
September - Oktober

Pesta Muzik Country Mildura adalah festival artis bebas muzik country yang terbesar di Australia. Festival ini berlanjutan selama sepuluh hari dengan lebih 100 artis memberi persembahan di tempat-tempat di sekeliling Mildura di Victoria dan daerah-daerahnya. Setiap hari beribu peminat dihiburkan di tempat dalam dan luar dengan kehangatan musim bunga dan muzik country terbaik. Kemuncak festival ini adalah Anugerah Muzik Country Bebas Australia yang merupakan pertunjukan gala di mana anugerah tahunan untuk artis bebas Australia dipersembahkan. Setiap cita rasa tidak dilupakan dengan 'line dancing', rock country, bluegrass, bush ballad yang dipersembahkan di tebing sungai legenda Australia, Sungai Murray.

Woodford Folk Festival
Festival Rakyat Woodford

Festival Rakyat Woodford

Sunshine Coast, Queensland
Disember

Festival Muzik Rakyat Woodford adalah acara bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap tahun sepanjang enam hari siang dan malam dari Hari Krismas hingga Tahun Baharu. Lebih 2000 penghibur dan 580 acara menampilkan tetamu setempat, kebangsaan dan antarabangsa. Program ini menampilkan konsert, tarian, teater jalanan, bengkel penulis, festival filem, sesi komedi, jam akustik, dialog sosial dan debat, ubat-ubatan tradisional dan festival kanak-kanak. Terdapat juga persembahan sarkas, kabaret lewat malam, perarakan dan acara api yang menakjubkan. Festival Rakyat Woodford diadakan di atas tanah taman mesra alam yang terletak di pedalaman Sunshine Coast. Perkhemahan juga tersedia di tapak ini.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia