Karnival Piala Melbourne

Karnival Piala Melbourne

Melbourne, Victoria
November

Karnival Piala Melbourne adalah acara lumba kuda paling bertenaga di dunia. Festival lumba kuda, fesyen dan keseronokan ini bermula pada bulan September dan berakhir pada pertengahan bulan November. Balapan lumba kuda Flemington merupakan pentas bagi hari perlumbaan terkenal seperti Hari Derby, Piala Melbourne dan Hari Oaks. Piala Melbourne, diadakan pada hari Selasa yang pertama dalam bulan November ialah pusat tumpuan karnival dan hari cuti am di Victoria. Kebanyakan penduduk Australia berhenti untuk menonton atau mendengar perlumbaan, namun tiada yang lebih baik daripada berada di sana di antara 100,000 khalayak ramai untuk merasai pengalaman acara yang unik ini.

Karnival Piala Melbourne ialah salah satu daripada acara sukan dan sosial paling penting di Australia. Terdapat empat hari perlumbaan paling penting semasa Karnival, di mana Piala Melbourne [Emirates] menjadi sorotan karnival pada setiap tahun diadakan pada hari Selasa pertama dalam bulan November. Piala Melbourne adalah acara lumba kuda paling kaya di dunia dan menjadi kebanggaan tradisi lebih daripada 150 tahun dahulu hingga tahun 1861.

Terkenal sebagai perlumbaan yang memukau rakyat jelata, Hari Piala Melbourne ialah hari cuti am di Victoria dan lebih daripada 100,000 orang menghadiri perlumbaan ini di Balapan lumba kuda Flemington di Melbourne. Kebanyakan rakyat Australia menonton atau mendengar perlumbaan yang disiarkan di televisyen secara langsung kepada lebih daripada 700 juta orang di lebih daripada 120 buah negara.

Rakyat Australia meraikan perlumbaan Piala Melbourne dengan berbagai cara yang berbeza seperti perarakan fesyen tempat kerja, cabutan bertuah di pejabat, sarapan pagi di tempat perniagaan, makan tengah hari kebajikan, acara berpakaian sekolah, persembahan muzik secara langsung di karnival dan barbeku perlumbaan tempatan.

Acara Karnival Piala Melbourne lain yang utama ialah Hari Derby Victoria [AAMI], Hari Oaks [Crown] dan Hari Stakes [Emirates].

Piala Melbourne juga dikenali kerana fesyennya yang bercitarasa tinggi. Secara tradisional, hitam dan putih ialah skema warna penting untuk wanita di Derby Day, sementara lelaki pula biasanya memilih untuk memakai sut pagi berwarna kelabu, ves biru merak dan seluar berjalur halus. Oaks Day dikenali sebagai ‘hari wanita’ secara tradisionalnya, di mana golongan wanita berpakaian paling cantik dan menuju ke trek perlumbaan. Kanak-kanak juga boleh menayangkan gaya mereka semasa Stakes Day iaitu hari keluarga tidak rasmi yang menjadi acara penutup Karnival Piala Melbourne.

Banyak legenda telah memecut ke depan sepanjang sejarah Piala Melbourne. Kuda yang mengecap kemenangan berulang-kali seperti Makybe Diva, Kingston Town dan Phar Lap dianggap sebagai wira negara.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia