Pesta filem Australia

Pesta filem Australia

Terokai minat anda terhadap wayang gambar di pesta filem paling popular di Australia. Terdapat sesuatu untuk semua orang dalam pelbagai atur caranya, tidak kira sama ada anda peminat dokumentari, penggemar Anime, pembikin filem yang baru muncul atau cuma berminat untuk melihat filem baru terbit yang menerima sanjungan. Jadilah sebahagian daripada kemeriahan Pesta Filem Antarabangsa Melbourne atau tontoni tayangan perdana yang dinanti-nantikan di Pesta Filem Adelaide. Siapkan bekalan untuk berkelah semasa Tropfest Sydney, pesta filem pendek terbesar di dunia. Atau tonton pelbagai filem bebas di Perth. Lihat landskap Australia yang dipamerkan di Pesta Darwin, dapatkan sudut pandangan dunia lain di Pesta Filem Antarabangsa Canberra atau tonton kisah dari seluruh Asia Pasifik di Pesta Filem Brisbane.

Sydney, NSW
Sydney, NSW

Sydney, New South Wales

Setiap Januari, anda berpeluang melihat filem pendek teknologi terkini dari seluruh dunia di pavilion Pantai Bondi. Semua ini merupakan sebahagian daripada Flickerfest, satu-satunya pesta filem pendek yang diakreditasi oleh Academy Award. Menjelang Februari, berduyun-duyun orang berkelah di Domain untuk Tropfest. Ia merupakan pesta filem pendek terbesar di dunia dan ia semakin berkembang setiap tahun, dengan siaran langsung melalui satelit ke beberapa tempat di Melbourne, Canberra, Brisbane, Hobart, Adelaide dan Perth. Anda perlu meneliti program anda untuk Pesta Filem Sydney yang menayangkan sejumlah besar filem Australia, antarabangsa dan alternatif yang pelbagai sepanjang dua minggu dalam bulan Jun.

Melbourne, VIC
Melbourne, VIC

Melbourne, Victoria

Anda tidak perlu terbang ke Cannes, Rotterdam, Berlin atau Toronto. Selama tiga minggu setiap musim dingin, Pesta Filem Antarabangsa Melbourne menayangkan filem-filem yang meraih sanjungan dari pesta-pesta filem terkemuka di seluruh dunia. Lihat rencana yang diraikan, terokai filem hebat yang tidak pernah didengari sebelum ini atau saksikan pertandingan filem pendek yang berprestij. Menjelang Jun, Pesta Animasi Antarabangsa Melbourne yang berlangsung selama seminggu menonjolkan lebih 400 filem animasi dari lebih 30 negara. Memperagakan kedua-dua kepintaran luar biasa kreatif dan teknikal, filem yang ditonjolkan cukup serbaneka dari klasik, hinggalah ke penerbitan terkini. Jangan ketinggalan untuk menyertai Pesta Filem St. Kilda yang berlangsung selama seminggu pada bulan Mei dan membawa filem pendek dari seluruh dunia ke pawagam-pawagam di Melbourne bersempena pertandingan 100 filem pendek Terunggul Australia.

Brisbane, QLD
Brisbane, QLD

Brisbane, Queensland

Saksikan persembahan sinematik yang ditawarkan dari seluruh Asia-Pasifik di Pesta Filem Antarabangsa Brisbane pada bulan Ogos. Rencana yang meraih sanjungan, dokumentari yang menguja minda, kisah ngeri lewat malam, filem kanak-kanak dan kerja-kerja penjelajahan dalam filem adalah antara sorotan pesta 24hari ini. Berjalanlah di atas permaidani merah untuk tayangan gala, sokong pemenang pesta filem pendek atau amati isu sinematik dan budaya di seminar filem. Pesta Filem Queer Bribane yang berlangsung selama enam hari ini dimulakan dengan parti yang hebat pada bulan April, dan meraikan filem-filem gay dan lesbian yang sering tidak diterbitkan dalam media arus perdana.

Adelaide, SA
Adelaide, SA

Adelaide, Australia Selatan

Setiap selang satu bulan Februari, Adelaide menjadi pusat panggung wayang berani di Australia. Pesta Filem Adelaide yang berlangsung selama sebelas hari ini berlaku setiap selang setahun, secara bergilir-gilir dengan Pesta Seni Adelaide. Pesta filem ini menonjolkan lebih 150 filem dari 49 negara dan lebih daripada beberapa tayangan perdana yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Saksikan filem Australia terbaru atau saksikan persembahan dari seluruh dunia dalam tayangan antarabangsa. Terokai pelbagai genre filem, dari keluarga hingga ke filem seram, jenayah dan komedi. Pesta ini turut menonjolkan acara istimewa, dari pertandingan berkelah hinggalah ke kursus pembikinan filem. Setidak-tidaknya, sertailah mereka yang gila mengambil gambar!

Perth, WA
Perth, WA

Perth, Australia Barat

Rancanglah maraton menonton wayang sebagai sebahagian daripada Pesta Seni Antarabangsa Perth yang berlangsung selama sebulan pada bulan Februari dan Mac. Atau sertai revolusi sinematik di Pesta Filem Antarabangsa Perth yang menayangkan pelbagai filem bebas yang inovatif menjelang Julai. Sejak ia bermula di aras bawah tanah sebuah kelab jaz Perth, pesta ini berubah menjadi acara budaya aliran perdana, dengan tayangan di bar, pub dan kelab-kelab di seluruh bandar raya ini. Ia mempamerkan lebih 100 filem antarabangsa, termasuk dokumentari, animasi, filem pendek dan kerja-kerja eksperimental. Program unik ini turut menghayati persembahan, skor trek lagu live, persidangan akademik dan pameran seni.

Canberra, ACT
Canberra, ACT

Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia

Selami filem rencana dan dokumentari dari Australia dan seluruh dunia di Pesta Filem Antarabangsa Canberra, yang diadakan sepanjang 12 hari menjelang akhir Oktober/awal November. Rasai denyutan nadi kebudayaan lebih 20 negara melalui filem mereka, saksikan penerbitan baru filem Australia dan tonton klasik yang tidak dimamah usia pada layar perak. Pesta ini menonjolkan hampir 50 filem, yang diasingkan kepada tujuh kumpulan mengikut tema, cerita atau pendekatan pembikinan filem. Terdapat juga pelbagai acara tambahan yang anda boleh sertai. Sertai kelas master dengan pembikin filem utama, menginjak di atas permaidani merah untuk malam pembukaan dan bincangkan filem kegemaran anda dalam sesi Q&A dan perbincangan panel.

Darwin, NT
Darwin, NT

Darwin, Wilayah Utara

Dapatkan pandangan Top End yang unik mengenai filem di Pesta Darwin yang diadakan sepanjang 18 hari pada bulan Ogos. Tonton hasil kerja pembikin filem Orang Asli, raikan filem karya tempatan wilayah ini dan saksikan landskap Australia utara yang cukup indah di layar perak. Program pesta ini juga mencerminkan unsur berbilang budaya Darwin yang kaya, dengan wayang dari seluruh dunia dan Asia-Pasifik. Dari April hingga November, Deckchair Cinema menayangkan pelbagai filem berlatarkan Pelabuhan Darwin. Langit merah jambu ketika sang suria terbenam, semakin gelap dan mula dihiasi bintang berkelipan, ketika anda, sang kodok dan keluang menikmati tayangan gambar sambil berkelah makan malam.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya