Minggu F.O.O.D. Orange

Minggu F.O.O.D. Orange

Ayuh ke pusat wilayah Orange selama 10 hari untuk menikmati makanan segar yang sangat lazat dalam suasana warna-warni musim luruh di Minggu F.O.O.D. Orange pada bulan April. Kurang daripada 4 jam dari Sydney, lebih daripada 60 acara akan membolehkan anda merasai hidangan terkemuka di wilayah ini dan bertemu sendiri mereka yang membuatnya. Sarapan di ladang anggur, bersiar-siar di dusun epal atau sertai kelas memasak di salah sebuah restoran tempatan yang terkenal. Nikmati juga makan malam atau parti bertopeng dan lawati kilang wain bersuhu sejuk di kawasan ini apabila acara rasmi sudah berakhir. Di mana sahaja anda pergi, pesta luar bandar yang rancak ini akan pasti meninggalkan anda dengan keghairahan baru terhadap makanan, sahabat dan kehidupan.

Orange dikenali di Australia sebagai bandar berwarna-warni di negara ini kerana empat musimnya yang sangat indah, dan Minggu F.O.O.D. adalah masa yang terhebat untuk menikmati dedaun musim luruh. Ia sememangnya menjadi latar belakang yang memukau, tidak kira sama ada ia hari perlumbaan pertama, berkunjung ke dusun epal atau bersantai menikmati makan tengah hari tempatan. Mari ke pesta menuai, di mana terdapat hidangan jeruk, cutni, keju, coklat, wain bersuhu sejuk, roti yang dibakar segar dan pic, strawberi serta anggur yang enak.

Pengalaman selera anda berubah dari santai ke santapan mewah. Berpakaian segak untuk makan malam tari menari atau pakai topeng untuk parti bertema Itali. Rasai pengalaman kembali ke tahun 1876 untuk menikmati masakan dalam makan malam ini. Rasai ciptaan chef gourmet tempatan dalam makan malam romantis, atau cipta makanan anda sendiri dalam kelas masakan yang dianjurkan. Rasai keju bermutu tinggi dan kuins yang dimasak perlahan dalam kelab makan lewat malam atau terokai pasar malam untuk menikmati pencuci mulut yang enak. Rasai segelas rose tempatan semasa minum petang atau nikmati sayur-sayuran tempatan dalam sajian gaya Asia. Makan malam 100-batu – di mana semua bahan datang dalam lingkungan 100 batu .Ia adalah konsep masakan enak yang memperagakan hasil dari wilayah ini.

Minggu F.O.O.D. turut mempamerkan budaya tempatan yang unik dan tempat-tempat yang menarik di Orange.. Nikmati hidangan mewah disamping alunan jaz  secara live dan opera di tengah-tengah pepohon anggur. Dengarisajak dari penyajak Aussie serta pelajari mengenai ubat-ubatan peribumi dalam laluan tumbuhan Orang Asli. Anda juga boleh menonton teater  di Orange Civic Theatre yang bersejarah, yang berlangsung bersempena Minggu F.O.O.D.

Terokai hasil sayuran segar di pasar tani, yang diadakan setiap Sabtu kedua di Orange Showground. Jika anda penggemar wain, jangan tinggalkan bandar ini tanpa merasai wain bersuhu sejuk kawasan ini, yang sangat lazat di hampir 40 kilang wain. Lawati  bangunan bersejarah dan taman-taman yang diselimuti dedaun musim luruh. Daki gunung berapi yang tidak lagi aktif, Mt Canobolas untuk menyaksikan pemandangan bandar yang indah. Untuk penginapan pula, anda boleh pilih rumah tetamu yang indah, rumah agam bersejarah, penginapan dan sarapan tempatan, kotej sendiri dan hotel butik.

Nikmati Minggu F.O.O.D. Orange Hayati pemandangan indah, alami perjalanan yang tidak dapat dilupakan dan hidangan tempatan yang begitu menyelerakan.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya