Layani kegilaan anda mengenai bot, tanpa memerlukan sedikit air pun

Layani kegilaan anda mengenai bot, tanpa memerlukan sedikit air pun

Pada hari Ahad terakhir bulan Ogos, Alice Springs mengadakan regata layar dan mendayung di atas dasar sungai yang telah kering kontang.
Pedalaman menjadikan anda gila. Bagaimana lagi anda boleh menjelaskan tentang Henley-on-Todd – regata layar dan mendayung yang diadakan setiap tahun di atas dasar sungai yang telah kering di Alice Springs.

Dengan pelancaran bom tepung dari kapal lanun, orang mendayung kanu dengan penyodok pasir dan tab mandi berkaki, anda pasti tertanya-tanya sama ada terdapat lebih haba dan debu berbanding fikiran yang waras di bandar pedalaman ikonik ini.

Setahun sekali, dasar Todd River yang berpasir bertukar menjadi trek perlumbaan bot gaya Flintstone yang dikemudi oleh anak kapal yang gila. Anda akan melihat golongan viking menembak meriam air dari kapal perang mereka, dan penyelamat nyawa menyelamatkan perenang yang dalam kesukaran dari pasir. Terdapat perahu layar tanpa dasar, kayak air tawar, papan boogie untuk lima orang dan ski pasir. Mereka yang berwaspada dengan air pun boleh turut serta dalam keseronokan ini – dengan melabuhkan sauh bot mereka atau menyodok pasir ke dalam tong 44 gelen.

Henley-on-Todd mula dimainkan pada tahun 1962 apabila anak tempatan Alice Springs, Reg Smith mencadangkan untuk mewujudkan semula perlumbaan yang menyerupai Henley-on-Thames di antara Universiti Cambridge dan Oxford. Meskipun pekan ini terletak 1,500 kilometer dari sumber air yang terdekat, Kelab Rotari di Alice Springs bersedia untuk menerima dan melaksanakan idea ini.

Tidak dapat dipastikan, keputusan ini dibuat kerana sama ada mereka benar-benar pintar, meracau atau lucu melampau. Apa yang penting adalah ketiga-tiga Kelab Rotari Alice Springs yang menjalankan acara ini hari ini telah berjaya mengumpulkan jutaan dolar untuk projek-projek kemanusiaan setempat, negara dan antarabangsa.

Henley-on-Todd merupakan sorotan kelakar yang unik di kalangan acara sukan sedunia. Program berbilang acara ini menarik perhatian peserta setempat dan antarabangsa, dan ramai yang muncul di kaca TV dalam berita dunia dalam tab mandi tanpa dasar atau diheret merentas pasir di atas papan boogie.

Sertai aktiviti air olok-olok atau bergembira menyaksikan kegilaan ini dari teduhan bayang-bayang pepohon damar. Apabila anda telah mula menghayatinya, kegilaan pedalaman ini amat menyeronokkan.

 

 

 

Idea Australia selanjutnya