Handa Opera di Sydney Harbour: AIDA

Opera di Sydney Harbour, Sydney, NSW. © Tourism Australia

Handa Opera di Sydney Harbour: AIDA

27 Mac – 27 April 2015
Sydney, NSW

Handa Opera di Sydney Harbour bukan hanya sebuah persembahan opera, malah ia merupakan hiburan malam yang lengkap di bawah langit malam musim panas. Acara yang tidak dapat dilupakan ini berlatar belakangkan tabir langit Sydney yang ikonik itu. Datang ke mari menaiki teksi air, nikmati minuman dan hidangan dengan penuh gaya di bar dan restoran sementara, kemudian bersantai di tempat duduk bertingkat sambil menyaksikan persembahan drama ini.

Mengapa anda perlu hadir

1. Handa Opera di Sydney Harbour terletak di lokasi paling hebat di Sydney dan menawarkan perspektif luar biasa bandar bercahaya dan ikonnya yang paling terkenal. Pentas dibina mengunjur ke permukaan air, namun bagi penonton, latar belakang juga turut memaparkan Sydney Opera House, Harbour Bridge, bangunan pencakar langit serta bintang berkelipan.

2. Handa Opera di Sydney Harbour bermula pada tahun 2012. Para penonton dipersembahkan dengan opera La Traviata pada tahun 2012, Carmen pada tahun 2013 dan Madama Butterfly pada tahun 2014. Selepas tamatnya opera Madama Butterfly, penaungnya Dr. Handa telah bersetuju untuk meneruskan acara opera luar ini selama tiga tahun lagi di Sydney. Acara seterusnya yang dinanti-nantikan ialah opera mengagumkan dan luar biasa iaitu AIDA.

3. Dari segi seni, Handa Opera di Sydney Harbour semakin hebat dari setahun ke setahun, sehingga penulis The Sydney Morning Herald, Peter McCallum, menggelar opera Madama Butterfly pada tahun 2014 sebagai ''persembahan paling mengesankan antara ketiga-tiga Handa Opera di Sydney Harbour dengan menggabungkan idea mencabar dan imej yang menghantui fikiran''. Time Out menyatakan, “Handa Opera pada tahun ketiganya di Opera Australia di Sydney Harbour ialah satu kejayaan dunia, tidak syak lagi opera luar yang paling hebat pernah dipentaskan.” Ini merupakan buah fikiran pengarah Catalan, Alex Ollé dan kumpulannya La Fura dels Baus yang terkenal di seluruh dunia dengan persembahan avant-garde dan besar-besaran.

4. Opera Madama Butterfly amat berjaya disebabkan penggunaan inovatif lokasi oleh pereka set Alfons Flores yang mengambil inspirasi daripada konsep reka bentuk taman Asia Timur iaitu "pemandangan pinjaman" dengan merangkumkan latar Port Jackson yang luas sebagai sebahagian pentas operanya.

5. Salah satu aspek menakjubkan dalam reka bentuk Handa Opera di Sydney Harbour ialah cara Australian Opera dan Ballet Orchestra ditempatkan di bawah pentas. Mereka mempunyai ‘cangkerang’ bunyi yang lengkap, dengan muzik yang dimainkan dilaungkan kepada para penonton melalui beratus-ratus pembesar suara yang tersembunyi. Reka bentuk bunyi yang memenangi anugerah ini ialah bukti kejayaan Opera Australia dalam memastikan bunyinya seindah rupanya!

6. Memang seronok berpakaian elok dan berdandan untuk menyaksikan persembahan opera, dan ramai penonton yang menghadiri Handa Opera di Sydney Harbour mengambil peluang ini untuk berdandan cantik. Namun, anda juga boleh memakai pakaian kasual. Opera Australia menggalakkan penonton yang hendak menghadiri persembahan di luar bangunan ini agar memakai pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca musim luruh. Suhu mungkin akan lebih sejuk pada hujung musim luruh tetapi jaket atau kardigan akan memastikan diri anda tidak kesejukan!

7. Terdapat enam lokasi katering yang dibina khas di tapak untuk persembahan ini. Pilihan ini merangkumi makanan murah dan meriangkan hinggalah makanan mewah, sesuai untuk semua bajet dan gaya. Makanan mewah ditawarkan di Platinum Lounge – restoran sementara yang dibina di puncak pepohonan. Tempahan mesti dibuat terlebih dahulu.

8. Ini ialah satu acara paling fotogenik yang mungkin akan anda hadiri di Sydney dan jika anda mempunyai akaun Instagram atau Twitter, anda mungkin akan tidak henti-henti mengambil gambar selfie dan membuat kiriman media sosial menggunakan hashtag #OperaHarbour

Apa yang perlu diperhatikan

Anda tidak perlu bergegas dari restoran di bandar untuk menyaksikan persembahan ini yang bermula pada jam 7.30 malam, tujui Royal Botanical Gardens dan makan malam di sana sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Sydney Harbour.

Cara ke sana

Cara yang paling glamor untuk sampai ke lokasi opera ini setakat ini adalah dengan menaiki teksi air: perkhidmatan bas ulang-alik beroperasi dari dermaga Circular Quay East, dermaga Circular Quay West, dermaga yang berdekatan dengan Park Hyatt Sydney, serta Man O’ War Jetty berdekatan dengan Sydney Opera House. Stesen kereta api paling dekat ialah Circular Quay. Sedikit bayaran akan dikenakan dan tempahan wajib dibuat terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut

www.operaonsydneyharbour.com.au
#OperaHarbour

Cari acara









Idea Lebih Lanjut mengenai Australia