Adelaide: Berseronok sepuas-puasnya di kawasan luar yang elegan

Adelaide: Berseronok sepuas-puasnya di kawasan luar yang elegan

Berseronok dengan pelbagai telatah gila-gila festival di jalan yang bersih di Adelaide.
Ada sebab Adelaide digelar bandar raya festival Australia. Jalan berhiasnya yang lebar dan tamannya yang subur menjadi tuan rumah kepada keseronokan tanpa henti sepanjang tahun.

Pelbagai keadaan huru-hara berlaku di jalan yang bersih ini terutamanya pada akhir musim panas iaitu pada akhir bulan Februari ketika festival pinggiran terbesar di Hemisfera Selatan diadakan di sini. Adelaide Fringe merupakan bulan yang bersemangat penuh dengan teater luar bangunan, pameran seni, penghibur jalanan, persembahan tarian, kabaret, penyaringan filem dan muzik secara langsung. Lihat Adelaide bertukar menjadi sarkas jalanan apabila penjugel, ahli silap mata, akrobat, ahli mahir lepas diri, akrobat udara dan pelawak terbaik di dunia mempamerkan kemahiran masing-masing. Dengarlah celoteh DJ terbaik negara ini dan menari ketika parti waktu malam sempena pembukaan besar-besaran festival ini. Atau bawa seluruh ahli keluarga ke Rymill Park untuk menghasilkan sendiri seni dan kraf di Get In and Get Dirty Workshops.

Jika anda rasa bandar raya ini akan sunyi selepas persembahan ini berakhir, tekaan anda memang salah. Pada hujung minggu pada awal bulan Mac, Adelaide bertukar menjadi sebuah perkampungan global untuk WOMADelaide iaitu perayaan muzik dunia di Botanic Park yang subur di bandar raya ini. Juga dalam bulan Mac, Skycity Adelaide Cup Day dan Magic Millions Race Day diadakan dan pada waktu ini anda boleh menyertai perlumbaan, melihat fesyen, menikmati makanan dan berseronok. Pada bulan April, pemain-pemain ragbi terpantas di dunia akan tiba di Adelaide Oval untuk menghadiri International Rugby Sevens yang merupakan karnival gempak selama dua hari.

Hidup menjadi kabaret pada bulan Jun apabila anda boleh menikmati muzik, satira, komedi dan seni persembahan di Pesta Kabaret Adelaide. Pada bulan Julai, penonton akan termenung dengan persoalan ‘jalan manakah menuju ke masa hadapan? ’ di Pesta Idea Adelaide. Pada bulan September, karnival berkunjung ke pekan ini untuk Pertunjukan Royal Adelaide dan pada bulan Oktober, pencinta seni berkumpul di Adelaide Cathedral yang bersejarah bagi Pertunjukan Seni Cathdral Adelaide.

Untuk keseronokan pesta tanpa henti, anda tidak boleh terlepas daripada melawat Adelaide yang elegan dan bersemangat.

Idea Australia selanjutnya