Temui bakat anda menggembala lembu, Australia Selatan

Temui bakat anda menggembala lembu, South Australia

Alami kehidupan sebagai gembala lembu pada pengiringan lembu dwitahunan di sepanjang Oodnadatta Track, kawasan pedalaman South Australia. Setiap dua haribulan Ogos, anda boleh mengikut jejak peneroka Australia yang menjelajah landskap yang berbahaya dan berpengaruh ini. Bertemu dengan lagenda gembala lembu dan rasai pengalaman menjadi pengembala dengan mengiring 500 ekor lembu sambil menunggang kuda. Tungganglah melalui kawasan luas stesen lembu Australia dan di sisi landasan keretapi lama Ghan. Pada waktu malam, berkongsi cerita di tepi unggun api, nikmati hidangan lazat dan tidur dalam khemah mewah di bawah langit padang pasir yang dipenuhi bintang. Seluruh proses pengiringan sepanjang lima minggu mengikut Oodnadatta Track dari Marree ke Oodnadatta, merentasi landasan kereta api asal Ghan dan laluan perdagangan purba Aborigini. Ia suatu perjalanan hebat yang kaya dengan sejarah.

Anda boleh menyertai pengiringan lembu selama lima hari dari Adelaide atau bandar perlombongan opal, Coober Pedy yang berhampiran. Tapak khemah pengiringan lembu terletak di kawasan terpencil berdekatan bandar kecil William Creek. Di sini, anda boleh menjalinkan persahabatan dan menikmati pemandangan kawasan desa yang hebat. Selepas jamuan aluan tengah hari di kawasan khemah, anda akan dipasangkan dengan kuda yang sesuai untuk pengalaman menunggang anda, walaupun anda tidak pernah duduk di atas pelana sebelum ini. Anda juga akan bertemu dengan kargo berharga anda – kawanan lembu yang besar.

Setiap hari selepas bersarapan pagi, anda akan mengiring lembu sejauh14km melintasi dumuk merah dan dataran meluas, pokok gam dan kawasan berbatu. Belajarlah mengenai ‘boss drovers’ dahulukala dari kumpulan pengembala anda, penunggang kuda tahan lasak lelaki dan perempuan yang meneruskan warisan mereka. Dengar cerita mengenai orang Aboriginal yang bekerja dalam pengiringan lembu serta hubungan suci mereka dengan landskap yang mencabar ini. Ikuti landasan keretapi lama Ghan dan lihat peninggalan Overland Telegraph Line, wayar tembaga tunggal yang satu ketika dahulu menghubungkan England dengan Australia.

Pengiringan lembu memperlihatkan keadaan sebenar kesukaran di kawasan pedalaman. Di sebuah pub yang dibina dari kayu dan atap zink, temuilah semua 10 orang penduduk William Creek, salah satu bandar terkecil di Australia. Kemudian teruskan perjalanan melalui kawasan lapang seluas 24,000 kilometer persegi di Anna Creek Station, sebuah stesen lembu yang masih beroperasi. Anda akan menemui landskap pedalaman yang lebih dramatik dalam salah satu pakej pelancongan yang boleh dipilih. Lihat matahari terbenam dalam lapisan berapi di Breakaways dan lawati lombong opal bawah tanah di Coober Pedy yang terletak berhampiran. Ambil penerbangan dan nikmati pemandangan merentasi Lake Eyre yang meluas dan dilapisi garam, Painted Hills atau kolam artois semulajadi di Dalhousie Springs.

Pada waktu malam, bandingkan pengalaman dengan rakan penjelajah anda di tepi unggun api yang marak, atau semasa menikmati hidangan bufet kawasan pedalaman dalam khemah. Penternak seabad dahulu akan merasa seperti dalam syurga dalam kawasan perkhemahan mewah ini dengan tandas moden, dapur dengan katerer terbaik, bar dan perpustakaan. Selepas hari yang panjang dan mengujakan di atas pelana, mandian air panas, katil khemah dan khemah yang berpermaidani sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan.

Pada penghujung lawatan anda, kembali ke Adelaide atau terus ke satu lagi pengembaraan kawasan pedalaman. Tinggal di pub kecil di bandar pedalaman klasik seperti Maree dan Roxby Downs. Tungganglah unta sambil melalui Coongie Lakes National Park atau berkhemah berdekatan Dalhousie Springs di Wijitra National Park. Sewa kenderaan pacuan empat roda dan mulakan mengembara sepanjang laluan padang pasir Birdsville, Oodnadatta atau Strzelecki yang mencabar. Anda juga boleh memandu ke Alice Springs dan terus ke Darwin di Northern Territory mengikut Explorer’s Highway yang hebat.

Pengembaraan gembala lembu akan meluaskan pandangan anda dan dapat membuktikan banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan.

Idea Australia selanjutnya