Manjakan diri anda di Tasting Australia, Australia Selatan

Manjakan diri anda di Tasting Australia, Australia Selatan

Musim Luruh di South Australia adalah masa yang terbaik untuk memanjakan diri dengan makanan enak. Bayangkan, hari yang segar dengan sinaran mentari, hasil musim ladang anggur yang mewah dilitupi dedaun luruh berwarna merah keemasan. Perkara yang paling utama ialah ekstravaganza gourmet di pesta Tasting Australia. Pesta dua kali setahun ini diadakan selama lapan hari pada bulan April dan Mei. Pilihlah daripada lebih 40 acara yang berlangsung di seluruh Adelaide dan kawasan wain terkemuka seperti Barossa Valley, McLaren Vale, Clare Valley, Coonawarra dan Adelaide Hills. Sertai kelas memasak bersama tukang masak terkenal atau serasikan makanan dan wain anda pada makan tengah hari yang lamadi ladang anggur. Kunjungi pasar tani dan mendengar debat mengenai masa depan makanan atau menyertai pesta menghiburkan di pinggir sungai di Adelaide.

Pakar masakan pasti berminat menyertai kelas memasak amali dengan chef terkemuka dari Australia dan seluruh dunia. Pada tahun terdahulu, kelas ini meliputi segala-galanya dari memasak piza dalam ketuhar kayu api hinggalah  membuat hidangan keju atau hidangan Perancis. Jika anda lebih suka makan daripada memasak, daftar untuk salah satu daripada acara chef selebriti ini. Nikmati makan malam lima hidangan perlahan yang disediakan oleh lima chef berbeza. Atau temui idola masakan anda di kilang wain yang sangat indah pemandangannya.

Wain merupakan fokus utama bagi program Tasting Australia ini, di mana pakar wain boleh menguji deria rasa mereka dengan wain berkualiti tertinggi yang menyertai Royal Adelaide Show atau terokai dunia pembuatan wain biodinamik. Terdapat juga lelongan wain, makan malam penghargaan bir, sesi koktel dan kelas master champagne.

Cabaran terbesar di Tasting Australia adalah memilih pengalaman makan anda yang seterusnya. Sama ada anda mahu makan tengah hari, malam atau lewat malam, kepelbagaian yang menyukarkan anda untuk memilih akan membawa anda ke seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja. Rasai tucker Orang Asli atau nikmati gabungan makanan Itali dengan wain Australia Selatan. Nikmati yakitori dan hirup champagne atau teh earl grey dalam makan petang yang elegan. Pilih bankuet tapas atau kembali ke kelab supperzaman abad ke-19 atau makan secara bersahaja piza organik atau nikmati menu sajian 8-hidangan di salah sebuah restoran paling terkemuka di Adelaide. Dari barbeku Australia hingga ke parti koktel kugiran live 1950an di Carrick Hill Adelaide, suasananya dicipta dengan penuh teliti,seperti makanannya juga.

Kesemua keseronokan kulinari ini pastinya menginspirasikan perbincangan, maka debat Word of Mouth yang penuh bersemangat diadakan sepanjang hujung minggu pertama bulan Mei di pinggir Presint Adelaide Riverbank. Ayuh ke ke selatan untuk mendengar chef, pembru bir, pembuat wain dan penulis makanan berbincang isu yang berkisar sekitar makanan, wain dan bir. Pada hujung minggu yang sama, anda boleh menikmati hidangan dan hiburan Australia Selatan di Feast of the Senses yang diadakan di pinggir River Torrens. Dengar pemuzik, saksikan demonstrasi masakan atau sertai aktiviti amali bagi bakal tukang masak.

Sepanjang pesta ini, hasil segar yang mewah Australia Selatan dipamerkan di pesta dan pasar tani terpilih. Beli secara terus daripada pengeluar, petani, tukang masak dan pembuat keju di Adelaide Showground Farmers Market yang luas, atau di pasar yang terbentang dari Barossa Valley hingga Riverland. Beli seni kraf tangan di Adelaide Festival Centre dan lihat Rundle Street yang bergaya berubah menjadi pasar jalan di luar bangunan, menjual hasil gourmet, wain tempatan dan hidangan istimewa dari restoran terkenal di bandar raya ini.

Dengan begitu banyak pengalaman makanan dan wain untuk dirasai musim luruh ini, pastikan anda luangkan masa untuk menyertai acara kulinari di Tasting Australia.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya