Acara penyelamat nyawa luncur air Australia

Acara penyelamat nyawa luncur air Australia

Australia telah membuka kelab penyelamat nyawa luncur air yang pertama di dunia di Pantai Bondi pada tahun 1906. Sejak dari itu, penyelamat nyawa Australia yang kulit mereka perang terbakar dek sinar mentari dalam pakaian seragam mereka yang berwarna merah dan kuning terang menjadi simbol gaya hidup jalur pantai kami. Mereka juga telah menyelamatkan hampir setengah juta orang di lautan. Aksi berani harian ini adalah hasil budaya kelab luncur air yang bermula dengan ‘Nippers’ yang berusia kurang daripada tujuh tahun dan berakhir dengan atlet berdaya tahan yang dikenali sebagai ‘Ironmen’ dan ‘Ironwomen’. Karnival luncur air diadakan di pantai di seluruh Australia antara bulan November dengan April. Berikut adalah panduan kepada antara acara terbesar.

Siri Kellogg’s Nutri-Grain Ironman & Ironwoman, Queensland & NSW
Siri Kellogg’s Nutri-Grain Ironman & Ironwoman, Queensland & NSW

Siri Kellogg’s Nutri-Grain Ironman & Ironwoman, Queensland & NSW

Terdapat lima acara dalam siri Ironman yang diadakan sepanjang Januari dan Februari. Empat yang pertama berlaku dalam dua hujung minggu berasingan di sepanjang Gold Coast dan Sunshine Coast, manakala secara tradisi, pusingan akhirnya diadakan di Pantai Cronulla Sydney. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 36 atlet penyelamat nyawa Australia yang paling hebat membuktikan kemahiran mereka dalam ski luncur air, kayuh papan luncur, berenang di lautan dan berlari pecut di pantai. Keadaan menjadi semakin menarik dalam pusingan akhir di Cronulla, apabila peserta rambang dua lelaki dan perempuan memasuki pertandingan elit. Ikuti siri ini ke selatan di sepanjang Pacific Coast Touring Route, sambil berhenti sebentar di Byron Bay, Coffs Harbour dan Port Stephens dalam perjalanan.

Australian Surf Life Saving Championships, Queensland
Australian Surf Life Saving Championships, Queensland

Australian Surf Life Saving Championships, Queensland

Penyelamat nyawa dari lebih 300 buah kelab luncur air berhimpun di Gold Coast untuk acara empat hari Australian Championships pada bulan Mac. Ini merupakan acara sukan yang terbesar bagi kategori ini di dunia, di mana anda akan saksikan remaja belasan tahun, orang dewasa, mereka yang ingin menjadi juara dan peserta olimpik menjadi antara lebih 7,000 orang peserta acara ini. Setiap aspek penyelamat nyawa dipertunjukkan dalam festival yang unik di Australia ini. Saksikan ski luncur air, mengayuh papan luncur, lumba bot luncur dan resusitasi berganti-ganti serta pertandingan Ironman dan Ironwoman. Ini hanya antara sebahagian daripada hampir 300 acara yang ditawarkan. Bersantai di pasir dan nikmati tenaga festival yang begitu bersemangat, dilengkapi muzik dan hiburan tepi pantai.

Ironman dan Ironwoman Australia, New South Wales
Ironman dan Ironwoman Australia, New South Wales

Ironman dan Ironwoman Australia, New South Wales

Anda pasti terpegun dengan stamina yang dipamerkan dalam Ironman dan Ironwoman Australia yang diadakan di Port Macquarie pada bulan Mei. Perlumbaan ini terdiri daripada acara renang 2.4 batu, berbasikal 112batu dan berlari 26.2 batu, dan para peserta perlukan kelajuan serta kemahiran teknikal untuk unggul. Saksikan super hero sukan ini mempamerkan kepelbagaian mereka sambil bertarung untuk mendapatkan salah satu daripada 40 tempat dalam Ironman World Championship di Hawaii. Acara ini turut merangkumi lumba Ironman 70.3, perlumbaan kelayakan untuk Ironman 70.3 Asia-Pacific Championship di Thailand. Jimatkan sedikit tenaga untuk menerokai Port Macquarie yang indah, separuh jalan di sepanjang Pacific Coast Touring Route antara Sydney dengan Brisbane.

Australian Inflatable Rescue Boat Championships 2011, Australia Selatan
Australian Inflatable Rescue Boat Championships 2011, Australia Selatan

Australian Inflatable Rescue Boat Championships 2011, Australia Selatan

Anda boleh saksikan pelbagai aksi gaya Baywatch dalam acara Inflatable Rescue Boat Championships, yang diadakan di Pantai Glenelg Adelaide menjelang Julai 2011. Bot penyelamat boleh tiup yang dimasyhurkan oleh siri TV Amerika ini akan terdapat di mana-mana. Lebih daripada 500 penyelamat nyawa Australia dijangka menyertai acara ini, yang akan merangkumi pertandingan lautan, pantai dan kolam renang. Saksikan mereka mengendalikan dingi berwarna merah terang melawan gelombang atau bekerja di bawah tekanan dalam simulasi usaha-usaha menyelamat. Selepas itu, kunjungi sub bandar pantai Henley yang berhampiran, atau Port Adelaide yang bersejarah atau naiki tram ke Adelaide untuk menjelajahi restoran, taman yang luas dan tarikan kebudayaan di sini.

Coolangatta Gold, Queensland
Coolangatta Gold, Queensland

Coolangatta Gold, Queensland

Anda perlukan lebih daripada besi untuk menyempurnakan triatlon Coolangatta Gold pada bulan November. Ia digambarkan sebagai “antara acara fizikal yang paling mencabar di planet ini”. Namun begitu, sekurang-kurangnya 500 atlet dari seluruh dunia mendaftar untuk cabaran ini setiap tahun. Lelaki mendayung ski, renang luncur air, mendayung papan luncur dan melakukan larian pantai yang amat mencabar dalam lingkaran 50km dari Surfers Paradise. Lumba berpasukan mengikuti laluan yang sama, manakala wanita pula menghadapi laluan yang lebih pendek dari Greenmount. Sertai ribuan penonton yang membarisi pantai dan bantu mereka bersorak memberi semangat kepada para atlet yang nekad ini sehingga mereka tidak akan berasa lesu.

World Life Saving Championships - Rescue 2012, Australia Selatan
World Life Saving Championships - Rescue 2012, Australia Selatan

World Life Saving Championships - Rescue 2012, Australia Selatan

Penyelamat nyawa dari seluruh dunia akan menuju kembali ke Pantai Glenelg Adelaide untuk kejuaraan dunia pada bulan November 2012. Rescue 2012 dijangka menarik ribuan peserta dan penonton, dari dalam dan luar Australia. Saksikan acara menjelang senja di sepanjang Pantai Glenelg dan Pantai Christies atau saksikan penyelamat nyawa terkenal menguji bakat mereka di pusat akuatik di Marion. Raikan atlet yang berkunjung dan setempat dalam upacara pembukaan dan penutup sebelum menerokai Australia Selatan dengan lebih lanjut. Barossa Valley, Kangaroo Island, Semenanjung Fleurieu bahkan Banjaran Flinders yang berceranggah semuanya dapat dimuatkan dalam satu hari perjalanan dari Adelaide.

Ironman Western Australia, Australia Barat
Ironman Western Australia, Australia Barat

Ironman Western Australia, Australia Barat

Pekan pantai yang damai Busselton, yang terletak hampir dengan wilayah Margaret River, menjadi latar bagi triatlon ini menjelang Disember. Perlumbaan bermula apabila fajar menyingsing dan merangkumi renang sejauh 3.8km, menunggang basikal 180km dan larian sejauh 42.2km. Sesiapa sahaja boleh menyertainya namun 1,400 tempat yang disediakan dipenuhi dengan segera. Para peserta boleh bersantai di Perkampungan Ironman yang sibuk, memanaskan badan dengan renang latihan dari Jeti Busselton dan meraikan parti pasca perlumbaan dan upacara anugerah di sini. Seusainya pertandingan ini, wilayah Margaret River yang memukau menanti. Bersnorkel dalam teluk yang membiru, meluncur air di pantai yang tidak tercela, kembara berjalan kaki melalui hutan yang menjulang tinggi dan manjakan diri anda dengan makanan dan wain yang lazat.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya