Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart

Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart

Sydney, New South Wales; Hobart, Tasmania
Disember

Bermula pada Boxing Day [26 Disember] setiap tahun, perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart merupakan tradisi musim panas Australia. Kapal layar besar hinggalah ke pelumba hujung minggu menyertai acara ini, bermula dari Taman Nielsen di Pelabuhan Sydney dan membawa kapal antarabangsa ini lebih daripada 1100 kilometer ke garisan penamat di Hobart, Tasmania. Perlumbaan ini tamat tepat pada masanya bagi keraian malam Tahun Baru di bandar. Anda tidak perlu menjadi seorang kelasi untuk menikmati perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart. Permulaan persembahan berwarna-warni ini dapat dilihat dari berbagai sudut pandangan di sekeliling Pelabuhan Sydney.

Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart adalah perlumbaan tahunan kapal layar lautan, yang dianggap antara yang paling sukar di dunia. Ia bermula di Pelabuhan Sydney pada Boxing Day dan berakhir beberapa hari selepas itu di Hobart, kira-kira 1,170 kilometer (630 batu nautika) jauhnya.

Di Sydney, menonton permulaan perlumbaan Sydney ke Hobart merupakan suatu tradisi pada Boxing Day. Setiap tahun pada 26 Disember, orang ramai membarisi tepi pantai Pelabuhan Sydney untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para peserta ketika mereka keluar dari Pelabuhan Sydney lalu merentasi Laut Tasman ke Sungai Derwent. Dapatkan tempat anda di tanjung tinggi dari Teluk Rushcutters ke Teluk Watsons dan South Head. Dari pantai utara, kedudukan yang baik termasuk Cremorne Point, Bradleys Head dan Clifton Gardens atau melepasi Manly menuju ke North Head.

Sebaik sahaja konvoi kapal layar telah menuju ke arah selatan dan melintasi Selat Bass yang berbahaya, aksi akan bermula di Hobart. Ketika kapal layar yg di hadapan berlumba di sepanjang Sungai Derwent ke garisan penamat di Battery Point, mereka diberi sambutan yang bergemuruh di dermaga Hobart yang bersejarah sebagai pendahulu Malam Tahun Baru yang menguja.

Semenjak perlumbaan pertamanya dalam tahun 1945, Perlumbaan Kapal Layar Sydney ke Hobart telah menjadi satu antara tiga perlumbaan kapal layar luar pantai paling popular di dunia, dan ia kini menarik pelumba hujung minggu dan kapal layar besar yang rapi dari seluruh dunia.

Sememangnya ini waktu berpesta bagi bandar ini, yang turut menjadi tuan rumah untuk Taste Festival Tasmania selama seminggu pada masa yang sama. Saksikan bunga api di Sullivans Cove, bersantai dengan segelas wain Tasmania yang bermutu di sepanjang pantai atau menari hingga ke pagi mengikut rentak kugiran dan DJ.

Dari mula hingga tamat, perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart merupakan pengalaman musim panas Australia yang ikonik.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia