Tour Down Under

Tour Down Under

Adelaide dan wilayah Australia Selatan
Januari

Beberapa penunggang basikal profesional bertaraf dunia akan bertanding dalam Tour Down Under setiap bulan Januari. Ia acara pertama tahunan dalam Union Cycliste Internationale's (UCI) ProTour menjelajah serata dunia dengan berbasikal selama enam hari dan hiburan merentasi Adelaide dan Australia Selatan. Saksikan penunggang basikal mengayuh pantas merentasi Adelaide Hills atau di sepanjang lorong-lorong kampung yang indah di Barossa Valley atau Fleurieu Peninsula. Ribuan penonton berduyun-duyun hadir menyaksikan pertandingan akhir melalui jalan-jalan raya di Adelaide. Kunjungilah Tour Village dan Bike Expo serta bermesra dengan penunggang basikal dan pasukannya di mana mereka bertanding untuk jersi juara yang menjadi rebutan.

Bukan sekadar lumba basikal, Tour Down Under adalah satu festival berbasikal dengan pelbagai acara dan festival berkaitan yang mencipta suasana parti yang menakjubkan di seluruh Australia Selatan. Dengan musim cuti musim panas bulan Januari pada kemuncaknya, seluruh negeri akan terlibat. Acara lumba utama bermula dan berakhir di litar jalan bandar Adelaide yang sangat menarik dan peringkat-peringkat perlumbaan diadakan di seluruh kawasan Australia Selatan.

Terdapat banyak aksi untuk penonton serta penunggang amatur juga boleh ikut serta dan menunggang di sebahagian laluan perlumbaan Jelajah Dunia.

The Tour Down Under pertama kali diadakan pada tahun 1999 dan kini telah menjadi acara berbasikal yang terbesar di hemisfera selatan. Ia telah menyertai siri Jelajah Dunia UCI yang amat berprestij pada tahun 2008 - acara pertama yang disenaraikan di luar negara-negara Eropah. Ia kini menjadi acara pertama dalam kalender perlumbaan basikal dunia.

Ramai penunggang basikal jalan raya yang terbaik di dunia telah bertanding di Tour Down Under semenjak lima belas tahun dahulu. Johan Tour de France Oscar Pereiro, Alberto Contador dan Carlos Sastre semuanya telah berlumba di Adelaide, bersama-sama lagenda Australia Stuart O’Grady, Robbie McEwen, Cadel Evans dan Allan Davis.

Cari acara









Lebih Lanjut mengenai Idea Australia