Minggu Fesyen di Melbourne dan Sydney

Pengemar fesyen dijemput ke minggu fesyen di Melbourne dan Sydney

Dari pertunjukan runway hinggalah ke parti karpet merah, anda tidak boleh menandingi glamor minggu fesyen terbesar Australia. Saksikan koleksi musim luruh/dingin pereka paling terkenal Australia di Pesta Fesyen Melbourne L'Oreal – karnival fesyen dan budaya terkini selama seminggu pada bulan Mac. Pada bulan Mei, sertai penggemar fesyen yang berduyun-duyun ke Sydney untuk pertunjukan musim bunga/panas dalam Pertunjukan Fesyen Australia Rosemount. Tempah tiket pertunjukan catwalk, di mana anda boleh berbual mesra dengan para selebriti dan perintis gaya yang hebat. Pastikan anda mempunyai maklumat terkini mengenai trend bermusim berikut dan kunjungi gedung pereka Australia kegemaran anda.

Setelah sekian lama dikenali sebagai ibu negeri gaya Australia, Melbourne merupakan tempat yang amat menyeronokkan untuk menikmati pesta fesyen tahunan. Inilah tempatnya orang ternama dalam arena fesyen Australia berkumpul selama seminggu untuk acara runway yang gilang-gemilang, kebanyakannya mempunyai tempat duduk awam. Tempah tempat anda dalam senarai mereka yang terkemuka dalam pertunjukan koleksi pereka profil tinggi Australia seperti Wayne Cooper, Willow, Kirrily Johnston, Lisa Ho, Zimmerman, Sass & Bide dan Camilla and Marc. Kemudian lihat hasil kerja yang penuh semangat dan kreatif oleh para pelajar yang amat berbakat dan pereka muda.

Selain  itu, anda akan dapati pertunjukan yang menyeronokkan di atas pentas catwalk yang “boleh kembung” di seluruh pusat bandar raya Melbourne. Semasa minggu fesyen, pentas catwalk ini dikembungkan di merata-rata tempat seperti Southern Cross Station dan Federation Square, mempamerkan jenama Australia ternama seperti Bonds dan Lili. Turut berlangsung adalah pelbagai program kebudayaan, bercirikan 65 acara daripada pameran seni dan fotografi hinggalah ke pemasangan reka bentuk. Luangkan sedikit masa untuk penerokaan membeli belah di sepanjang Chapel Street Yarra Selatan atau lorong-lorong tersembunyi bandar ini.

Dalam bulan Mei, tinjau trend musim bunga/musim panas di Minggu Fesyen Australia Rosemount yang diadakan di Circular Quay, berlatarkan pemandangan Sydney Harbour yang memukau. Ini merupakan acara industri, namun anda boleh menyertai acara fesyen ini dengan pakej VIP khas. Anda akan dialu-alukan olehorang dalam industri, lawatan belakang pentas dan akses ke bar VIP. Rebutkan peluang bersama perintis gaya dan selebriti Australia sebelum anda mengambil tempat anda di sebelah runaway. Saksikan peragaan ciptaan pereka Australia seperti Anna & Boy, Kirrily Johnston, Nicola Finetti, Zambesi, Marnie Skillings, Josh Goot dan Jayson Brunsdon. Anda juga mungkin membawa balik beg cenderahati rasmi – aksesori minggu fesyen yang terunggul.

Jangan kecewa jika anda tidak dapat menghadiri acara eksklusif ini. Pada bulan Ogos, minggu Fesyen Sydney kembali sekali lagi kepada orang awam. Anda akan dapat menyaksikan koleksi Mei terbaik, semasa ia tiba di kedai. Selepas diperagakan di pentas catwalk, bawa senarai pereka anda merentas presint beli belah Sydney, seperti Oxford St Paddington dan Bangunan Queen Victoria yang bersejarah di CBD.

Penggemar fesyen tidak boleh ketinggalan dalam minggu fesyen utama pereka Australia di Melbourne dan Sydney.

Cari acara









Idea Australia selanjutnya